Wednesday, October 1, 2008

Manhaj Al-Azhar Terjaga -Syeikh Usamah


Penerimaan masyarakat dunia kepada Al-Azhar dapat dilihat sejak tertubuhnya Al-Azhar itu lebih 1,000 tahun yang lalu, demikian ditegaskan oleh Syeikh Dr.Usamah Sayyid Al-Azhari, seorang ulamak Al-Azhar yang terkenal di Mesir ketika menyampaikan ceramahnya 28 September lalu di hadapan ratusan para mahasiswa dan mahasiswi di Dataran Hayyul 'Asyir pada program Wada' Ramadhan anjuran Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL). Ucapan beliau itu yang memakan masa lebih dua jam itu mengupas tajuk Manhaj Al-Azhar Dalam Aqidah Dan Syariah telah berjaya memukau para hadirin yang datang membanjiri dataran tersebut.

Beliau memulakan perbincangan dalam Fekah. Menurut beliau, sejak dahulu telah terdapat 90 orang ulamak yang dikenali sebagai "mujtahid" dalam Islam. Antara mereka, Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Malik,Imam Ahmad bin Hanbal,Imam Laith bin Sa'ad serta ramai lagi. Namun akhirnya masyarakat dunia menerima empat dari kalangan mereka sebagai sumber Islam bagi mazhab Fekah dalam Islam iaitu empat Imam Mazhab yang masyhur. Begitu juga dalam bidang Aqidah, lahirnya aliran Asy'ari dan Matrudi. Begitu juga dalam bidang Hadis,diiktiraf enam kitab sebagai sumber bagi bidang Hadis antaranya Bukhari dan Muslim.

Presiden PMRAM bersama Syeikh UsamahMenceritakan kehebatan manhaj yang dibawa oleh Al-Azhar beliau menerangkan bagaimana Al-Azhar berjaya mengambil tempat di hati kalangan para ulamak silam dari pelbagai negara di dunia ini. Antara mereka yang mengembara dalam perjalanan menunaikan haji dari negara masing-masing,singgah seketika di Al-Azhar. Antara mereka hingga tinggal mepelajari di Al-Azhar beberapa tahun hingga dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar. Untuk itu, beliau turut menerangkan kehebatan mereka hingga ada yang mahir dalam bidang lain selain ilmu agama. "Ada kalangan syeikh Al-Azhar dahulu pernah menulis buku tentang kejuruteraan,muzik,geografi dan sains,"ujar beliau.

Di Al-Azhar, terdapat 70 lebih ilmu agama Islam yang diajar termasuk Tafsir, Hadis,Usul Feqh dan pelbagai lagi.

Menurut Syeikh Usamah yang banyak mempelajari ilmu dari Mufti Mesir sekarang,Dr.Ali Jumaah, ilmu-ilmu yang berada di dalam tulisan tidak mencukupi tanpa pemegang amanah yang menanggung ilmu-ilmu tersebut.

Beliau juga menasihati para mahasiswa dan mahasiswi agar berpegang dengan manhaj yang dibawa oleh Al-Azhar kerana ia adalah terjaga. "Jika seorang dari kalangan ulamaknya terpesong dari manhaj ini,akan ada lagi berpuluh-puluh lagi ulamak lain yang akan mempertahankannya (manhaj tersebut),"

Majlis yang dikendalikan oleh mantan Presiden PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husin tersebut turut membuka sesi soal jawab kepada para hadirin.
sumber : www.pmram.org

Friday, September 26, 2008

Penuntut Ilmu Perlu Capai Qiraah Sohihah

26 September 2008M bersamaan 26 Ramadhan 1429H adalah malam ke 27 pada bulan Ramadhan tahun ini. Saban tahun di Masjid Amru Al-asr akan diadakan solat Tarawikh berjamaah bersama Syeikh Muhammad Jebril. Boleh dilihat gelombang masyarakat Mesir yang hadir dalam majlis solat tarawikh ini. Ribuan atau puluh ribuan dan tidak diketahui jumlah sebenar, yang pasti perkarangan Masjid Amru dibanjiri manusia.

Apabila melihat suasana ini terdetik dihati dan merasakan kekuatan ummat islam antaranya terletak kepada solat berjamaah.Dengan bilangan jamaah yang ramai tidak terhitung ramainya apabila mengaminkan bacaan al-fatihah imam berasa begitu tenang dan kuat untuk terus memperjuangkan Islam.
Ya Allah.. Indahnya jika dapat kita sedarkan diri kita dan ummat tentang keutamaan ini.

Kenapa begitu ramai orang hadir? Sangguh ruku'sujud di tengah-tengah jalan dibawah pohon-pohon pokok kadang-kadang sujud tidak beralas. Namun dengan lelakinya perempuannya, makcik-makcik, pakcik-pakcik datang berduyun-duyun tak tentu dari mana datangnya.Demi ingin mengikuti Solat Tarawikh ini sanggup berkejaran.Persoalan yang jelas jawapannya. Bila diteliti dikaji faktor pembacaan Al-Imam itu sangat menusuk hati. Tambahan orang arab yang memahami isi kandungan Al-Quran. Bacaannya dengan penuh tartil dan tarunum yang ringtonenya sesuai pada ayat membuatkan makmum merasai khusyuk dalam solat.

Indahnya Al-Quran bila dialunkan dengan baik dan betul tajwidnya.Bertadabbur dengan isi kandungan Al-Quran. Diri kita ni perlu kita koreksi tahap mana pembacaan Al-Quran kita. Mampukah kita menjadi Syeikh Muhammad Jebril yang kedua di tanahair kelak. Tambahan pula kita penuntut dan pemburu ilmu percapai tahap Qiraah Sohihah.Bila pulang dan sampai ke tanahair kelak jatuh cinta pandangan pertama terhadap Khirrij Al-Azhar pada bacaannya ketika memimpin solat berjamaah kali pertama.Bermula dari sinilah peranan kita sebagai azhari dan penuntut ilmu untuk berjuang dan berbakti terhadap agama dan masyarakat.

Semoga kita menjadi sebenar-benar penuntut dan pemburu ilmu.

Thursday, September 25, 2008

RAMADHAN DI PENGHUJUNG

Datangnya dinantikan, kehadirannya disambut, keberadaan di dalamnya di manfaatkan, penghujungnya dirisaukan dan pemergiannya dirindukan..


Datangnya Dinantikan..

Bulan yang diawalnya rahmah, dipertengahannya magfirah dan dipenghujungnya bebas dari api neraka. Kedatangan ramadhan amat dinantikan oleh semua umat islam tak kira apa jua lapisan masyarakat. Cuma menjadi perbezaan terhadap niat dan pengamalan setiap syaksi dan intividu itu sendiri. Sebelum kehadirannya disebut-sebut dan diperkatakan. Suasana berubah. Keadaan masyarakat berubah. Iklim pengamalan dan pekerjaan dalam kehidupan berubah. Apabila tiba..


Kehadirannya Disambut..

Persediaan yang meriah, anak-anak pulang bercuti. Berpuasa dan berbuka bersama. Kelainan yang dapat dirasai oleh semua orang. Satu bulan yang ganjil daripada 11 bulan yg lain. Sambutan yang riang. Apabila tiba..



Keberadaan Di Dalamnya Dimanfaatkan..

Orang yang menyedari bertapa untungnya jualan ketika di bulan ini tidak akan melepaskan peluang untuk mempergandakan usaha perniagaannya. Orang yang menyedari bertapa enaknya juadah berbuka yang tidak didapati dari 11 bulan yang lainnya akan tidak melepaskan peluang untuk makan dan merasa semua juadah yang disekelilingnya. Orang yang menyedari bertapa indah amalan dibulan ramadhan tidak akan melepaskan peluang untuk beribadat semaksimum mungkin. Ramadhan bermanfaat dari segenap segi. Hanyalah menjadi penilaian di sisi Allah tahap penghayatan terhadap di bulan ini. Penelitian peristiwa-peristiwa besar dibulan ramadhan yang menjadi sejarah islam yang sentiasa memotivasikan kita sepanjang zaman. Pengamalan didalamnya yang digandakan ganjaran tidak didapati dibulan yang selainnya. Mafhum Hadis Baginda Rasulallah S.A.W " Apabila masuk bulan ramadhan dibuka pintu syurga seluas-luasnya, ditutup pintu neraka serapat-rapatnya dan dibelenggu syaitan" ini peluang yang jelas dan amatlah rugi jika diabaikan. Apabila tiba..


Penghujungnya Dirisaukan..

Ramadhan kian meninggalkan. Carilah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lihatlah wajah-wajah insan yang memanfaatkan tika didalamnya. Sedih,pilu, sebak, takut dan risau akan peninggalannya adalah pertemuan terakhir. Risau akan Madrasah Ramadhan ini tidak dapat dilaksanakan di bulan lainnya. Apabila tiba..


Pemergiannya Dirindukan..

Untuk menemukannya jarak amatlah jauh sehingga 11 bulan mendatang. Bermula episod rindu dan terus merindui. Seringlah berdoa semoga ramadhan yang lalu bukanlah yang terakhir. Semoga ditemukan dimasa mendatang dengan lebih bersemangat dan penuh tadabbur.


Kembalilah Berdoa Allhumma Ballighna Ramadhan.

Saturday, August 30, 2008

ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Ramadhan bulan yang dinantikan

Insan soleh mencari ramadhan

Ramadhan senantiasa dirindui


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Bulan penuh rahmah dan magfirah

Bulan digandakan pahala dalam amalan

Bulan yang diikat syaitan


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Amalan digandakan

Ramadhan madrasah

Madrasah Quran, Madrasah Ibadah

Madrasah meninggalkan maksiah daiman abada


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Padanya satu malam

Terlebih baik dari seribu bulan

Pahala digandakan dosa diampunkan

Carilah malam yang dinamakan lailatul qadar


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Bulan pengikat hati kepada Allah

Bulan peneguh kepada ukhuwwah fillah

Moga amalan kekal walau ramadhan meningalkan


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Rindu padanya tika tiba dan pergi

Penuhi,manfaati bila didalamnya

Ramadhan adalah role model bila diluarnya


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Fi kulli sanah

Ramadhan Alkarim AlluhuAkram.

Friday, August 8, 2008

MAHASISWA DITUNTUT MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PALESTIN


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Ana mulakan coretan kerdil ini dengan ayat basmalah agar amalan kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. "Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang" pelbagai tafsiran ulama' mengenai ayat basmalah ini.
Basmalah adalah kalamullah yang diturunkan kepada Rasulallah S.A.W yang terdapat dalam surah An-nahl. Cuma menjadi perbezaan pendapat antara mazhab adakah dikira pada awal surah fatihah ataupun tidak. Apa apa pun 'ala kulli hal basmalah merupakan ayat yang terdapat padanya banyak kelebihan.Hatta dari kecil kita diajar agar memulakan sesuatu dengan ucapan Bismillahirahmanirrahim.

Meniti kehidupan sebagai mahasiswa adalah satu tempoh yang amat berharga dan amat bernilai kepada diri,keluarga dan masyarakat. Satu lagi sudut yang perlu mahasiswa lihat walaupun masih belum di lapangan ummat, adalah membantu dan memberi sumbangan dalam apa jua jenis bantuan dan sumbangan terhadap masyarakat Palestin khususnya dan negara-negara lain amnya.
Kini mahasiswa di bumi Mesir melancarkan Projek Sumbangan Amal Palestin 2008 dibawah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Projek ini dilakukan saban tahun di Republik Arab Mesir ini. Ana melihat ini adalah usaha yang mulia dan perlu kepada mahasiswa/wi menyahut dan memberi sumbangan seadanya. Walaupun kita tidak sampai ke tahap memakai pakaian tentera dan bersenjata untuk mempertahankan Palestin namun dengan usaha memberi sumbangan pakaian,wang, barangan elektrik,makanan kering, kelengkapan rumah dan sebagainya kepada rakyat Palestin adalah antara usaha mempertahankan bumi Palestin.
Kita jelas rintihan yang dialami oleh Palestin air mata setiap masa dan waktu berlenangan dalam menempuh kehidupan yang penuh duri. Kita mahasiswa perlu merasai dan rasa terpanggil untuk membantu dan memberi sumbangan. Perlu kita sentiasa berdoa dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah S.W.T terhadap bumi yang bersejarah ini dan antara bumi kemulian islam.
Ana menyeru diri ana sendiri, sahabat dan sahabiah seperjuangan agar kita tergolong di dalam golongan insan yang membantu insan yang memerlukan. Sumbanglah sekadar mana yang kita mampu moga kita mendapat Keredhoan dari Allah 'Azza Wajalla.Amin.

KEMBALIKAN HAK PALESTIN

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.

PalestinNakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui Setiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).

Isu Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

PalestinCadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Pengganas Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa a.s lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin untuk tempoh empat tahun sahaja sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636M - 1917M).

Bangsa Yahudi juga suatu ketika dahulu ramai yang telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengannya terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M - kurun ke-20).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah.

Rasulullah SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani - martabat Hassan)

Palestin - al-AqsaSelain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan keistimewaan Baitulmaqdis di dalam Islam yang menunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ia juga menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayangi bumi Palestin ini. Malah ketika Umar al-Khattab r.a menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah wakaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

Artikel ini ditulis oleh Najib Afif Arip seperti mana yang tersiar di Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut tentang Palestin boleh juga didapati di Palestin Kini.

Saturday, July 19, 2008

ILMU MASYARAKAT PERLU DIKUASAI

Kesibukan dalam menuntut ilmu dan tangungjawab terhadap persatuan adalah menjadi rutin harian kepada pemburu ilmu. Pelbagai ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai sebelum bergelar 'alim ulama'. Ilmu Allah itu luas kama a'rafna jika dibandingkan ilmu manusia hanyalah setitik air laut berbanding ilmu Allah S.W.T seluas mata memandang. Setelah lama tidak pemburu ilmu lukirkan coretan di dalam www.azhardanperjuangan.blogspot.com ini buat tatapan pembaca. Kini, InsyaAllah inginku giatkan penulisanku dilaman blog ini untuk manfaat kita bersama dalam mencari dan memburu ilmu Allah. Untuk kali ini suka pemburu ilmu kongsi bersama antum tentang bertapa pentingnya kepada seorang penuntut ilmu menguasai ilmu masyarakat. Masyarakat amat memerlukan mahasiswa yang bakal turun ke medan dalam keadaan yang siap sedia dengan ilmu agama dan ilmu kemasyarakatan.

19 Julai 2008 satu ilmu yang kudapat dan perlu dalami secara serius. Hari ini bermula Konvensyen Anak Kedah Mesir yang bertemakan "Ke arah memperkasa institusi surau dan masjid". Dalam program ini pemburu ilmu ingin mengatakan bahawa program ini adalah memberi satu ilmu yang penting yang boleh dinamakan ilmu masyarakat. Ilmu masyarakat inilah yang akan dilaksanakan oleh setiap pemburu ilmu apabila di medan kelak. Pembentangan mengenai pengurusan jenazah. Slot yang pertama diisi. Sungguhku rasa perlu didalami dan melaksanakan secara praktikal. Kini di tempatku kurangnya anak muda yang boleh menguruskan jenazah dari A hinggalah Z. Pemburu ilmu merasakan betapa perlu untuk mengetahui bagaimana untuk menguruskan jenazah dari memandikan, mengafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan. Dimana saja kita berada mesti ada orang yang meninggal dunia jadi ini adalah satu ilmu daripada ilmu masyarakat yang wajib pemburu ilmu kuasai.

Slot kedua kami peserta diisi dengan perubatan islam sunnah yang ditinggalkan. Setelah melihat perbentangan berkaitan at-tib nabawi dalam perubatan islam apa yang boleh pemburu ilmu simpulkan walaupun kini perubatan canggih yang pelbagai namun perubatan secara islam tidak wajar ditinggalkan. Pemburu ilmu juga mendapat ilmu-ilmu baru daripada pembentangan ini. Jika disoal dimana ilmu masyarakat dalam slot ini? Boleh pemburu ilmu nyatakan bahawa perkataan islam itu sudah cukup untuk mengembalikan masyarakat kepada "addin" yang menjadi cara hidup buat masyarakat. Jika hanya dengan menggunakan perubatan moden yang dimonopoli oleh dunia barat maka tidak dapat diterapkan "addin" dalam masyarakat. Jadi perubatan islam juga merupakan ilmu masyarakat yang perlu dikuasai oleh pemburu ilmu.

Pengisian disebelah petang adalah yang terpenting dan bertepatan dengan bidang yang diambil oleh pemburu ilmu di Universiti Al-Azhar As-Syarif. "Perundangan Kekeluargaan Islam" menjadi topik perbentangan dalam slot di sebelah petang ini. Pelbagai input yang baik dan perlu pemburu ilmu titikberatkan. Soal perkahwinan, perceraian, masalah rumah tangga, masalah gejala anak-anak, bagaimana untuk mendidik anak-anak, prosuder dalam mahkamah syariah dan jabatan agama adalah antara maudu' yang diperbincangankan. Pemburu ilmu juga boleh menterjemahkan pembentangan ini sebagai kursus perkahwinan. Soal kekeluargaan ini lebih menjurus kepada perkahwinan. Jika tidak berkahwin bagaimana timbul keluarga. Perbentangan ini memang penting dan la budda untuk pemburu ilmu perlengkapkan dan perkemaskan agar boleh disesuaikan dengan masyarakat bila tiba di Malaysia kelak. Ini juga wajib kepada penuntut agama walau di bidang lughah atau usuluddin atau di bidang-bidang yang lain agar tidak diabaikan soal perundangan kekeluargaan islam ini

Klimak untuk program pada hari pertama ini adalah di sebelah malam yang di bentangkan oleh Sohibus Samahah Mufti Kelantan Darul Naim Datuk Haji Syukri. Tajuk yang dibincangkan adalah "Institusi Surau dan Masjid Pusat Kecemerlangan Ummah". Tajuk yang baik dan dibentang oleh orang yang terbaik. Ilmu yang berkaitan masjid memang wajib dituntut oleh pemburu ilmu dalam menambat hati masyarakat dalam menarik mereka kepada landasan yang kebenaran. Melihat kisah Baginda Rasulullah yang berhijrah dari kota Mekah ke Madinah. Apakah binaan yang pertama yang dibina oleh Baginda Nabi setelah tiba di kota Mekah? Lain tak bukan adalah masjid. Masjid adalah merupakan tempat yang suci dan tempat melakukan kegiatan masyarakat dalam menjadikan islam cara hidup. Pemburu ilmu begitu tertarik dengan pembentangan dari Al-Fadhil Mufti dalam mengajar agar pemburu ilmu tidak melupakan bahawa institusi surau dan masjid sebagai medan kecemerlangan ummat. Diceritakan mengenai peranan masjid dalam lipatan sejarah dan peranan masjid pada zaman kini. Penuntut ilmu dan masjid tidak boleh dipisahkan dalam mentarbiah ummat untuk beramal dengan agama Allah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Panjang lebar pemburu ilmu persembahkan mengenai program yang dijalankan bertujuan untuk penuntut ilmu menguasai ilmu masyarakat.

Boleh pemburu ilmu simpulkan bahawa peripentingnya penuntut ilmu atau mahasiswa yang bakal terjun di lapangan ummat kelak agar mendalami dan mengetahui kaedah dalam membawa masyarakat pada kemudian hari.