Thursday, March 11, 2010

KEHILANGAN SEORANG TOKOH AL-AZHAR AS-SYARIF


Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid At-Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Malik Khaled , Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham berada di sana kerana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehingga beliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.

Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya.

Pihak Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kedah Timur Tengah bersama seluruh pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah berasa sedih dengan kehilangan sebutir permata berharga ini dan mendoakan agar roh Allayarham Dr. Muhammad Sayyid Tantawi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para aulia' dan solihin.

Sumber Terjemahan

Semoga Allah merahmati beliau, al Fatihah...

Rujukan :- www.pmram.org

Baca Sumber lain di sini