Sunday, October 31, 2010

Pembacaan Kutub Sittah Hari Keempat(31/10/10) Hari Terakhir.

Pembacaan Hadis 12. Syeikh Jamal Farouq Al-Daqqaq.

8.15pagi: Sambungan pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-2863.

9.50pagi: Tangguh pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-2941.

Pembacaan Hadis 13. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani.

10.00pagi: Sambungan pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-2942.

12.00tengahari: Tangguh pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-3086.

Majlis solat dan makan.

Pembacaan Hadis 14(Terakhir). Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani.

1.30petang: Sambungan pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-3087.

3.00petang: Tamat pembacaan hadis bukhari pada akhir kitab jizyah. Hadis ke-3189. Berakhir pembacaan bagi majlis pembacaan kutub sittah siri 2.

Majlis solat dan rehat sementara menunggu majlis penutupan pembacaan kutub sittah siri 2.

Saturday, October 30, 2010

Pembacaan Hadis 11. Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani.

3.30petang: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab syurud. Hadis ke-2711.

5.20malam: Tangguh pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab jihad dan siar. Hadis ke-2863.

Majlis pembacaan hadis sohih bukhari ditangguhkan dan akan disambung pada keesokan hari.

Pembacaan Hadis 10. Syeikh Jamal Farouq Al-Daqqaq dan Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari.

1.15petang: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab syahadat. Hadis ke-2637.

3.00petang: Tangguh pembacaan hadis sohih bukhari pada akhir kitab sulhi. Hadis ke-2710.

Majlis berhenti solat asar berjemaah.

Pembacaan Hadis 9. Syeikh Dr. Rif'at Fauzi AbdulMuthalib.

10.00pagi: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab hibah. Hadis ke-2573.

12.10tengahari: Tangguh pembacaan hadis bukhari pada akhir kitab hibah. Hadis ke-2636.

Syeikh Rif'at Fauzi mengijazahkan sanad secara umum pembacaan sohih bukhari dan kutub sittah kepada penuntut yang hadir. Fadhilat Syeikh meriwayatkan dari guru-gurunya antaranya Syeikh Muhammad Al-Hafiz ibni Salim Al-Tijani Al-Masri Al-Husaini Al-Hasani, Syeikh Soleh Al-Arkani, Syeikh Abdullah Siddiq Al-Ghumari.

Majlis solat dan makan.

Pembacaan Kutub Sittah Hari Ketiga (30/10/10).

Pembacaan Hadis 8. Syeikh Redho Zakaria Muhammad Abdullah.

8.15pagi: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari pada Kitab Syarikah. Hadis ke-2495.

10.00pagi: Tangguh pembacaan hadis sohih bukhari pada Kitab Hibah. Hadis ke-2574.

Majlis berhenti rehat.

Friday, October 29, 2010

Video Klip Rakaman Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 2

Gambar - Gambar Sekitar Pembacaan Kutub Sittah Siri 2

Majlis Pembacaan Kutub Sittah Siri 2 Dirasmikan Oleh Steikh Dr.Syeikh Muhammad Mahmud Abu Hasyim, 'Amid Kuliah Usuluddin Zaqaziq mewakili Syeikhul Al-Azhar.

Syeikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari bersama Syeikh Ahmad Al-Hadrami

Syeikh Dr.Yusri Rushdi

Presiden Menyampaikan Hadiah Kepada Perasmi

Thursday, October 28, 2010

Pembacaan Hadis 7. Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari.

3.30petang: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab fi istiqradh. Hadis ke-2397.

5.00petang: Tamat pembacaan hadis sohih bukhari pada hari kedua Kitab Syarikah. Hadis ke-2494.

Pembacaan akan disambung pada hari sabtu (30/10/10).

Pembacaan Hadis 6. Syeikh Rif'at Fauzi Abdul Mutholib.

1.00petang: Sambungan Pembacaan hadis pada kitab musaqah. Hadis ke-2351.

3.00petang: Tangguh pembacaan hadis pada kitab fi istiqradh. Hadis ke-2396.

Kemudian Syeikh Rif'at mengijazahkan hadis musalsal bil auwaliah yang diriwayatkan oleh guru beliau iaitu Syeikh Soleh Al-Arkan.

Majlis berhenti solat dan rehat.

Pembacaan Hadis 5. Syeikh Saad Saad Jawish.

10.10pagi: Sebelum pembacaan Syeikh Saad mengijazahkan 'hadis rahmah musalsal bil auwaliah' kepada semua penuntut. Hadis musalsal ini diriwayat dari Al-Alim Hadis Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani dan bersambung sanadnya kepada Baginda Habibuna Nabi Muhammad ibni Abdullah sallallahu alaihi wa alihi wasallam.

Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari kitab muzara'ah. Hadis ke-2327.

11.45pagi: Majlis pembacaan hadis tangguh pada akhir kitab muzara'ah. Hadis ke-2350.

Majlis berhenti solat dan makan.

Hari Kedua (28/10/10) Pembacaan Kutub Sittah Siri 2.

Assalamualaikum..
Sahabat dan sahabiah sekalian, alhamdulillah majlis anjuran PMRAM ini terus berjalan dengan lancar dan sekata. Mari sama-sama kita doakan agar ianya terus hingga akhir majlis dengan jayanya.

Fokus PMRAM untuk menghidupkan biah 'julus ma'a ulamak' ini harus disambut oleh seluruh mahasiswa/wi Malaysia di Republik Arab Mesir ini.

Semoga majlis ini pemangkin buat mahasiswa/wi sekaligus meletakkan ilmu dan ulamak target utama dalam menyelusuri kehidupan sebagai penuntut ilmu di perlembahan nil ini. Amin.

Pembacaan Hadis 4. Oleh Syeikh Redho Zakaria Muhammad Abdullah dan Syeikh Jamal Farouq Al-Daqqaq.

8.30pagi: Sambungan pembacaan hadis kitab sohih bukhari kitab syuf'ah. Hadis ke-2257.

10.00pagi: Tangguh pembacaan pada kitab muzara'ah. Hadis ke-2327.

Majlis rehat sebentar.

Wednesday, October 27, 2010

Pembacaan Hadis 3. Syeikh Muhammad Ibrahim dan Syeikh Jamal Farouq.

3.30petang: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari (Kitab Buyu') Jual Beli. Hadis ke-2047.

5.20malam: Tangguh pembacaan hadis sohih bukhari pada bab salam hadis ke-2256.

Majlis solat magrib dan bersurai. Akan disambung pada keesokan hari.

Pembacaan Hadis 2. Syeikh Yusri Rushdi Sayyid Jabr

1.00petang: Sambungan pembacaan hadis bab sahur hadis ke-1918.

2.55petang: Tangguh pembacaan hadis bab iktikaf. Hadis ke-2046.

Berhenti solat asar.

Pembacaan Hadis 1. Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari

10.00pagi: Bermula pembacaan Kitab Sohih Bukhari dari Kitab Umrah. Hadis ke-1773.

11.50pagi: Tangguh pembacaan hingga Kitab Puasa, Bab Firman Allah Surah Al-Baqarah Ayat 187. Hadis ke-1917.

Majlis berhenti rehat dan solat.

Majlis Perasmian Majlis Pembacaan Kutub Sittah

:Assalamualaikum..
9.45 pagi, Nadi Riadi : Tamat majlis perasmian Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri ke-2. Antara masyaikh yang hadir adalah Syeikh Muhammad Mahmud Abu Hasyim, 'Amid Kuliah Usuluddin Zaqaziq mewakili Syeikhul Al-Azhar sebagai perasmi, Syeikh Jamal Farouq Al-Daqqaq, Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari dan Syeikh Ahmad Al-Hadrami.

Wednesday, October 20, 2010

AZHARI MARI REALISASIKAN WEB TV AL-AZHAR ASY-SYARIFF

Assalamualaikum..

Dari : Blog Ustaz Hairul Nizam Mat Husain

Web Penyebaran Video Pengajian Oleh Para Ulama Al-Azhar, Kami Perlu Sumbangan

Saya dan beberapa orang rakan sedang berusaha untuk mewujudkan satu web yang akan memaparkan video pengajian ilmiah yang disampaikan oleh para ulama al-Azhar di Mesir. Rakaman video tersebut dijangka akan dapat membantu para pencinta ilmu yang berkebolehan memahami bahasa Arab untuk mengikuti kelas-kelas pengajian dari bumi Mesir.

Setidak-tidaknya para pelajar yang tidak berkesempatan untuk mengikuti pengajian-pengajian ilmiah ini secara langsung dapat mengikutinya melalui web ini. Rakaman pengajian tersebut akan dapat dimuatturunkan oleh para pelayar web ini.

Web ini bukan berunsurkan keuntungan. Ia hanyalah usaha sukarela dalam menyebarkan mutiara ilmu Islam dari bumi al-Azhar.

Makanya pihak pengurusan web memerlukan sumbangan material dalam menjayakan usaha ini. Diharap para pembaca prihatin dalam menjayakan usaha murni ini.
Sumbangan boleh disalurkan pada akaun Maybank bernombor: 5540 5320 3615. Nama akaun adalah AZHAR SHARIF MEDIA CENTRE.

Berikut adalah kertas kerja berkenaan dengan projek penjelmaan web ini.

Sila klik Kertas Kerja Web TV Pengajian Bersama Ulama Al-Azhar Syariff


Tambahan :
1. Usaha ini sangat murni. Tidak bertujuan untuk perniagaan. Maka marilah sama-sama kita realisasikan.


2. Para azhari perlu sahut harapan dan usaha yang tinggi menggunung ini.

3. Semoga penyebaran ilmu, manhaj dan fikrah azhariah dapat dirasai oleh semua.

ARMA Yang Dipertaruhkan...



Assalamualaikum..


Sahabat sahabiah sekalian..

Sekian lama saya mendengar isu ARMA ini sejak hadir ke bumi Mesir tahun 2005 dahulu. Saya sangat mendambakan kebersamaan semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah ini. Sejarah jelas membuktikan bahawa pengorbanan dan keberanian anggota PMRAM satu ketika dahulu hingga dianugerahkan tapak tanah buat anak-anak Melayu. Tiada siapa yang mampu menyatakan perkara ini tidak benar. Adapun begitu terdapat perjanjian antara PMRAM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan bangunan bagi kemudahan penempatan dan aktiviti ahli-ahli PMRAM dan anak-anak Malaysia. Perjanjian ini seingat dan setahu saya PMRAM hanya ingin dapatkan anjung ARMA itu untuk dijadikan pejabat pentadbiran. Ya, ketika dahulu PMRAM telah mendiaminya. Persoalannya sekarang kenapa hari ini tidak? Saya bukan pimpinan PMRAM saya tidak tahu kenapa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah atau Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah masih tidak memberikan hak itu kepada PMRAM. Adakah PMRAM telah melanggar janji atau apa-apa yang masalah menyebabkan hukumannya tidak dapat lagi menghuni anjung ARMA itu.

Sekian lama saya memikir hal ini. Kenapa ianya tidak terungkai. Ingin diri ini melihat pendamaian antara dua kuasa besar untuk anak-anak Malaysia di bumi Mesir ini. Ayuhlah kita mencari titik kebaikan. Hilangkan sebarang persengketaan. Kedua-dua pihak perlu berbincang kebaikan dan cari jalan yang terbaik untuk selesaikan isu ARMA ini. Jangan biarkan anak-anak Malaysia yang tidak tahu menahu akan mengganggap sebelah pihak salah dan sebelah pihak benar ataupun sebaliknya. Ini fenomena yang tidak baik. Saya yakin sahabat dan sahabiah cukup masak isu ini. Tapi sampai bilakah ianya akan berterusan. Duduk berbincanglah. Keluarkan masing-masing pandangan dan pendapat seterusnya sepakatkan satu keputusan secara bersama yang mana keputusan itu menampakkan "win win situation".

Sekian lama isu ini berlegar di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Ayuh kita berganding bahu tamatkan hal ini. Mungkn boleh saya cadangkan agar isu ini tamat. 1. Anjurkan satu perbincangan antara PMRAM dan KBMK&JPMK. cari keputusan. Jika tidak berasil. 2. Anjurkan perbincangan di hadapan mahasiswa/wi dan sama-sama kita terlibat dalam perbincangan itu. Kita sama-sama lihat di mana puncanya. Apakah ianya begitu sukar untuk dirungkaikan. Janganlah masing-masing dengan pendirian masing-masing sahaja dan yang menjadi korban adalah anak-anak Malaysia yang tidak tahu menahu ini termasuk diri ini.

Sekian lama hal ini terjadi, apa yang saya lihat banyak hal-hal yang lebih utama telah terbantut. Bagaimana kita hendak menyatukan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa,keturunan dan agama sedangkan kita di sini hanya satu bangsa dan agama masih belum cukup baik dalam hal menyelesaikan masalah di kalangan kita. Isu ARMA ini harus ditamatkan segera. Berikan hak ini kepada PMRAM sesuai dengan perjanjian yang telah disepakati sejak dahulu. Pimpinan PMRAM adalah pelajar yang juga memerlukan ruang dan masa untuk menumpukan pembelajaran. Janganlah biarkan mereka terkorban kerana kesibukan hal-hal yang tak sepatutnya dipanjangkan ini. Gahnya PMRAM kerana pengorbanan pimpinannya. Saya juga sedang menanti gahnya KBMK&JPMK kerana tingginya peranannya dalam membantu persatuan dan mahasiswa.

Sekian lama saya menulis..
Harapan saya dapat saya rasakan sama juga dengan ribuan mahasiswa/wi di bumi Mesir ini. Akhirnya marilah sama-sama kita kembalikan zaman perdamaian dahulu. Lihatlah hasil orang-orang terdahulu. Azhari antara penyumbang dalam kemerdekaan dan pembagunan negara. Negara kita kian hari kian banyak gejala yang buruk berlaku. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memperelok keadaan itu? kitalah antara peribadi yang perlu memikul tanggungjawab ini. Justeru itu, ayuh kita bersama tanamkan azam tingkatkan keilmuan dan yang paling penting kesatuan.

Abu Bakar Razak
Asrama Darul Aman 2, Haiyu Asyir.
3.03 petang.
20 Oktober 2010.

Wednesday, October 13, 2010

MAJLIS PEMBACAAN KUTUB SITTAH DI MALAYSIA


مجلس سماع احاديث الكتب الستة

Majlis Sama’ Ahadis Al-Kutub As-Sittah

(Siri 1)

Di Bawah Pimpinan :

Allamah Imam Al-Muhaddis

Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba`ith Al-Husaini Al-Kattani

(Muhaddis Iskandariah - Penasihat Kehormat Maahad Darul Hadis)

JADUAL PROGRAM

8 Oktober 2010 (Jumaat)

2.00 Ptg Ketibaan Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani di KLIA

9 Oktober 2010 (Sabtu)

9.00 Pagi Ramah mesra Ahbab Al-Kattani.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 1 di Masjid Al-Muttaqin Bandar Darul Aman

10 Oktober 2010 (Ahad)

9.00 Pagi Kunjungan ke Jabatan Mufti Negeri Kedah & Pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 2 di Masjid Bakar Arang, Sg. Petani.

11 Oktober 2010 (Isnin)

9.00 Pagi Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 3 di Kolej Universiti Insaniah

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 4 di Maktab Pengajian Islam, Kodiang.

12 Oktober 2010 (Selasa) – Merc E280

2.30 ptg Kunjungan ke Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 5 di Masjid Jamiul Ma’mur, Kulim.

13 Oktober 2010 (Rabu)

9.00 Pagi Kunjungan ke Maahad Tarbiah Islamiah, Derang.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 6 di Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (MATIN), Perlis.

14 Oktober 2010 (Khamis)

9.00 Pagi Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 7 di Masjid Darul Ulum.

4.00 Ptg Majlis Pengijazahan Aurad Al-Kattani, di Masjid Sungai Daun Tengah.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 8 di Masjid Al-Bukhari.

15 Oktober 2010 (Jumaat)

9.00 Pagi Acara Penangguhan Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi & Pelancaran Pengajian Maahad Darul Hadis di Dewan Sri Mentaloon (Kediaman YAB MB Kedah).

Bersama :

- Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Husaini Al-Kattani &

- Syeikh Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki

2.00 Ptg Lawatan ke Majlis Agama Islam Pulau Pinang & Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang.

8.00 Mlm Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi di Masjid Bertam

16 Oktober 2010 (Sabtu)

9.00 Pagi Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi di Maktab Perguruan Tunku Bainun, B.Mertajam.

8.00 Mlm Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi di Masjid Pusat Islam USM, P. Pinang.

17 Oktober 2010 (Ahad)

9.00 Pagi Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi di Kompleks Tabung Haji P.Pinang (PAKSI P.Pinang)

4.00 Petang Wida’ di Airport Bayan Lepas, P.Pinang.

Objektif

- Membina dan membentuk masyarakat yang berjiwa ulama'

- Melahirkan Generasi Ulama dan Ahli Hadith

- Memelihara sunnah Rasulullah s.a.w daripada penyelewengan

- Memupuk semangat dan suasana ilmu dikalangan masyarakat

- Menerapkan semangat cintakan hadith dan ilmu

- Melahirkan masyarakat yang cintakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W

Pelaksanaan

1. Syeikh akan membacakan sahaja hadith satu persatu dan memberi penerangan terhadap perkara-perkara tertentu mengikut keperluan seperti perkataan-perkataan yang susah difahami.

2. Penterjemah akan menterjemahkan kalimah-kalimah yang telah diterangkan oleh Syeikh kepada pendengar khususnya supaya tidak berlaku kekeliruan dan mendapat kefahaman yang jelas tentang hadis tersebut

3. Setiap pendengar perlu ada kitab yang dibacakan bagi merujuk dan menumpu terhadap hadis yang dibacakan oleh Syeikh. Sebaiknya,pendengar memiliki kitab hadis yang telah disertakan dengan terjemahan khususnya masyarakat awam yang kurang memahami bahasa arab.

4. Pendengar perlu membetulkan perkataan yang terdapat di dalam hadis mengikut apa yang disampaikan oleh Syeikh. Syeikh membaca hadis mengikut sanad yang telah diperolehi daripada ulama-ulama terdahulu yang sampai kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W

5. Di akhir pembacaan, Syeikh akan menyampaikan ijazah sanad pembacaan hadis yang telah disampaikan.

6. Majlis ini dimulakan dengan Kitab Sohih Al-Bukhari dan akan berterusan dari semasa ke semasa sehingga menamatkan pembacaan Kutub Sittah. Insya ALLAH.

Biodata Syeikh:

Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini.

Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.” Beliau pernah menyatakan, bahawa beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail al-Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.” Beliau mempunyai ramai guru; di antaranya ialah ayahandanya sendiri, Syeikh Ibrahim ibn Abdul Ba’ith. Beliau mengambil Tariqat al Syazuliyyah daripada ayahandanya ini. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah.

Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya ini dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain.

Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani. Di antara gurunya juga ialah al Muhaddisth Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari. Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah.

Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya mengandungi senarai 700 orang gurunya.

PENGENALAN DIRI

NAMA : Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim

ASAL KETURUNAN : Nasab keturunannya bersambung sehingga Sayyidina Husain RA

BAPA : Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim

TARIKH LAHIR : 01 Jun 1946 M

TEMPAT LAHIR : Bandar As-Saghr, Iskandariah, Mesir

LATAR PENGAJIAN

1. Mendapat pendidikan awal ilmu asas dalam bidang Syariah Islamiah di sekolah bersistem biasa.

2. Berguru dengan Syeikh Ahmad Siddiq Al-Ghumariy ( Muhaddith besar) di dalam ilmu hadis.

3. Berguru dengan Syeikh Abdullah Siddiq Al-Ghumariy

4. Beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah.

5. Berguru dengan Syeikh Muhammad Al-Haafiz At-Tijaani

6. Beliau mengambil Tariqat al Syazuliyyah daripada ayahandanya sendiri.

7. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah.

8. Antara guru-gurunya lagi :

- Syeikh Abd ‘Aziz Siddiq Al-Ghumariy

- Syeikh Abdul Haiyyi As-Siddiq

- Syeikh Abd Rahman Al-Kittani

- Syeikh Muhammad Muntasir Al-Kittani

- Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani

- Syeikh Ahmad Sardan

- Syeikh Abul Faidh Al-Kittani

- Syeikh Abd Rahman Al-A’zhomiy

- Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah

- Syeikh Ahmad Khairiy ( murid kepada Syeikh Al-Kauthariy )

- Syeikh Abi Al-Mahaasin Al- Qawuqjiy.

PENGLIBATAN DALAM ERA DAKWAH

1. Menyampai ceramah dan kuliah dalam siaran televisyen seperti Ar-Risalah Iqra’ dan lain-lain lagi.

2. Menjadi tenaga pengajar jemputan di Masjid Al-Azhar, Masjid Saiyyidina Husain ,Universiti Al-Azhar, Pusat Pengajian Mudhoyafah, Akademi Pengajian ‘Asyirah Muhammadiah.

3. Menjadi pengisi jemputan dalam seminar-seminar pemikiran Islam di beberapa Negara seperti Lubnan, Malaysia, Morocco Arab Saudi dan banyak lagi.

4. Mengajar ilmu hadis dari Kutub Sittah di Masjid beliau di Iskandariah.

5. Sering dijemput untuk peyampaikan pengajian hadis dan pengijazahannya di seluruh Mesir.

KATA-KATA ULAMAK DAN PERKARA-PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU TERHADAP BELIAU.

1. Syeikh Jamal Farouq Ad-Daqaq Al-Hasani ( Pensyarah Univ. Al-Azhar ) menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu seminar telah diadakan di Malaysia. Di dalam seminar tersebut kesemua hujah ahli panel lain dipertikaikan oleh para hadirin, akan tetapi apabila Fadhilah Syeikh Muhammad Ibrahim menyampaikan ucapan dan hujah,tidak ada seorang pun yang mampu mematahkan hujah beliau. Menurut Syeikh Jamal lagi, antara kehebatan Fadhilah Syeikh Muhammad Ibrahim ialah tidak ada golongan yang berani mempertikai apa yang dikeluarkan oleh beliau terutama golongan Wahabi. Golongan Wahabi mampu mempertikaikan hujah Mufti besar Mesir namun mereka tidak mampu berhadapan dengan Fadhilah Syeikh Muhammad Ibrahim.

2. Pernah suatu ketika seorang pemuda pergi ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Pada suatu hari dia mendengar suara meminta darinya agar meyampaikan salam kepada Fadhilah Syeikh Muhammad Ibrahim yang ketika itu berada di Iskandariah. Setelah pulang dari Mekah pemuda tersebut terus mencari Beliau dan menyampaikan salam dari suara yang didengarinya.

3. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini. Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.”

4. Fadhilah Syeikh Muhammad Ibrahim pernah menyatakan, bahawa beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail al Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.”

5. Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya Syeikh Soleh Al-Ja’fari i kepada Syeikh Muhammad Fuad al Maliki dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain.

الشيخ محمد ابراهيم عبد الباعث

الحمد لله وحده ، والصلاة والسلام على من لا نبي بعده ، وآله الطيبين الطاهرين وصحابته المنتجبين المنتخبين .

وبعد فهذا تعريف موجز بكاتب هذه السطور ، وهو العبد المسكين الذي لا شيء بشأنه إلا ما كان من الواجب المحتوم عليه من التحدث بنعمة ربه الذي يهب ما يشاء لمن يشاء ولو أساء ، فله الحمد في الأولى والآخرة وله الحكم وإليه ترجعون " ما يفتح الله للناس من رحمة فلا ممسك لها " .

اللهم صن أسرارنا معك عن أعدائنا فيك الحاسدين لنا على ما أنطقتنا به من آثار نعمتك وغرائب حكمتك ، وأشغلهم عنا بلطفك ، وفرغنا للاهتمام بتعاهد فروضك واستعمال سننك ، والقيام بما أوجبت علينا من نصرة دينك والذود عن محبة رسولك – صلى الله تعالى عليه وآله وسلم – الذي شرفتنا به وأوجبت لنا الحق على الخلق بسببه .

الاسم والنشأة

أنا محمد بن إبراهيم بن عبد الباعث بن أحمد بن غنيم ، وينتهي نسبي إلى سيد شباب أهل الجنة الإمام أبي عبد الله الحسين السبط بن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب – عليهما السلام – من البضعة الزهراء فاطمة سيدة نساء العالمين بنت أشرف الخلق صفوة الملك الحق سيد الأولين والآخرين – صلى الله تعالى عليه وآله وسلم –

ولدت بمدينة الثغر ( الإسكندرية ) يوم الإثنين الأول من شهر يوليو سنة ست وأربعين وتسع مائة وألف ميلادية ، في بيت متواضع من والدين كريمين .

أما والدي فقد كان عالما نابغا وفقيها ذا دراية ، واسع الاطلاع في شتى علوم الشريعة منقولها ومعقولها ، كما كان شاعرا مطبوعا ومحاضرا موهوبا ، ذا مشرب عرفاني وخلق رباني ، جميل الطلعة مشرق المحيا ، من رآه بديهة هابه ومن خالطه عشرة أحبه ، يصدق عليه قول رسول الله –صلى الله تعالى عليه وآله وسلم – ( خيار عباد الله الذين إذا رُؤوا ذكِرَ الله ... ) الحديث ، رواه أحمد وابن أبي شيبة والطبراني في الكبير وابن أبي الدنيا بطرق .

وضريحه بمسجده بالإسكندرية مشهور ومعروف ، يؤمه القاصي والداني ، وفي العزم أن أفرده بترجمة واسعة يَسَّرَ اللهُ إخراجها .

وأما والدتي فقد كانت متنسكة متعبدة كثيرة الذكر طويلة الصمت ، دائمة العكوف على تلاوة القرآن والانشغال بالصلاة على رسول الله – صلى الله تعالى عليه وآله وسلم – بكاءة من خشية الله ، وقافة عند حدوده ، لا تنتهك في مجلسها الحرمات ولا تثنى فيه الفلتات ، ذات زهادة في زهرة الدنيا ، تعامل والدي معاملة المريد الصادق لشيخه من حسن السمع والطاعة وصدق الخدمة وحفظ الحرمة ، فلا ترفع صوتها عليه ولا تكلفه من مؤونة الحياة ما يبهظه ، توفي وهو عنها راضٍ ، فجزاهما الله من أبوين كريمين ، ورحمهما كما ربياني صغيرًا .

تحصيل العلوم

لم يقدر الله لي الالتحاق بالكليات الأزهرية وإنما تعلمت في المدارس النظامية والتي أفدت منها مبادئ العلوم الأولية بجانب علوم أخرى لم تكن محط رحلي ولا موضع اهتمامي فحمدت الله على ذلك ، فوجدت في بابه عوضا عن كل فائت ، ومن غفلة الكثيرين إعظام الشأن في جانب تأهيل الخلق وعدم الاهتبال بما دلت عليه الشواهد من تأهيل الحق ، وفي هذا المعنى يقول الشيخ أبو الفيض محمد بن عبد الكبير الكتاني في إحدى حكمه ( علم آدم الأسماء كلها ولم يدخل مدارس التعليم إنباء منه سبحانه عند افتتاح الدورة الآدمية أن عطاءاته العظمى لا تتوقف إلا على التأهيل الأزلي لا على ما اشترطه الخلق )

ولا تعتقد أن كلامنا هذا دعوة إلى إهمال الأسباب ، وإنما هو تأكيد لواقع مسلّم لا سبيل إلى مصادرته ، ونذكر هنا نشأة أسلافنا الذين تخرج على دراسة كتبهم والنظر في آثارهم كلُّ طالب درس بجامعاتنا الإسلامية في المشرق والمغرب .

ولقد قال لي والدي - رحمه الله – سيسعى إليك العلم وسوف تعان على تحصيله وطلبه ، وقد حقق الله – وله الحمد والمنة – بشارته فأينعت فينا غروسه وتبدت منا عروسه وذلك فضل الله يؤتيه من يشاء.

ولست أبالــــي مع ذلك إذا رضيت عني كرام عشيرتي

نعم لقد كانت السابقة في تحقيق هذا الفضل لصنيع قدمته والدتي – رحمها الله – وهو أنها كانت لا يعيش لها الذكور من أولادها فقامت بشراء نسخة من صحيح الإمام أبي عبد الله البخاري – رحمه الله – وأوقفتها باسمي على المشاركين في ختم الصحيح الجامع في أشهر رجب وشعبان ورمضان من كل عام فوهب الله لها من لدنه هذا العبد الفقير إلى نواله منة منه سبحانه ، فنشأت بناشئة الفضل محبا للعلم ، ساعيا إلى تحصيله ، عاكفا على تلقيه وأخذه من أربابه منذ نعومة أظفاري ، فلم يكن يشغلني ما يشغل الأطفال في الصغر حتى في مرحلة دراستي كان الهم والاهتمام بالعلوم الشرعية فلزمت مجالس والدي – رحمه الله – ملقيا الرسن في بابه والصماخ إلى عذب خطابه ، وكان – رحمه الله – لا يضن عليّ بما ندُر من الكتب وعزّ من الأمهات التي وجدت فيها بغية الطالب وبلغة القاصد ، فكان رحمه الله عمدتي من بعد الله ورسوله في ترسم سبيل القصد في تحصيل العلوم الشرعية .

وقد خاطبني رحمه الله تعالى وأنا في إحدى سنيّ الطلب بقوله نظمًا :

أقر الله عيني يـا مـحمــــدا بتـوفيق لشخصك في الأنام

ودمت بصحةٍ دنيـا و دينًـــا يحـالفك النجاح بلا انصرام

ولا زلت المقدم في البـرايا بحب الله والهــادي التهامي

ولقد دفعني والدي إلى إلقاء خطبة الجمعة في عدة مساجد وأنا ابن ست عشرة سنة ، وكنت شديد العناية بكل ما يصقل أدائي في هذا الدور العظيم الذي أنيط بي وأنا في هذه السن المبكرة .

ثم توفي والدي - رحمه الله تعالى – سنة سبعين وتسع مائة وألف عن ثلاث وسبعين سنة ، فتركت وفاته في نفسي أثرا أيقظ مني فواتر الهمم في طلب الحديث بعد أن حفظت القرآن حالة صغري على يد زوج أختي الشيخ / حنفي محمود والشيخ / محمد الشافعي رحمهما الله تعالى .

فيسر الله لي الاتصال في ذلك الوقت وأنا ابن أربع وعشرين سنة بشيوخ الرواية والإسناد من آل الصديق وفي مقدمتهم السيد/ عبد الله الصديق الغماري رحمه الله والذي كان ينزل في بيتي مدة إقامته بالإسكندرية وأخويه السيد/ عبد العزيز والسيد/ عبد الحي .

واتصلت أيضا بالسيد/ إبراهيم الكتاني والسيد/ عبد الرحمن الكتاني والسيد/ محمد المنتصر الكتاني وغيرهم من سادة البيت الكتاني .

كما أخذت عن الشيخ/ محمد الحافظ التيجاني بالقاهرة بزاويته بالمغربلين ، والشيخ/ صالح الجعفري وغيرهم .

مؤلفاتي

أنا قليل البضاعة في التأليف وذلك لأنني لا أحب أن أطرق بابًا قد طرقه غيري ولكثرة الدروس التي أقوم بإلقائها بمساجد الإسكندرية في كل أيام الأسبوع.

ففي يوم السبت أقوم بشرح أحاديث صحيح الإمام مسلم بمسجد شرق المدينة وفي يوم الأحد أُدَرِّسُ السيرة بمسجد نور الإسلام ، وفي يوم الإثنين أشرح أحاديث صحيح الإمام البخاري بمسجد الميناء الشرقية ، وفي يوم الثلاثاء أقوم بتدريس التصوف بمسجد النبي دانيال ، وفي يوم الأربعاء أقوم بتفسير القرآن بمسجد بدر ، وفي يوم الخميس أقوم بشرح الشمائل بمسجد والدي رحمه الله تعالى.

أما ما طبع من المؤلفات فكتاب صححت فيه مفهوم الافتراق في هذه الأمة بعنوان ( إبراء الذمة بتحقيق القول حول افتراق الأمة ) وكتاب ( نقل الأعضاء بين الحِلِّيَة والحرمة ) ، والجزء الأول من كتاب ( رد المتشابهات إلى المحكمات في جانب خاتم النبوات صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ) يسَّر الله إخراج الجزء الثاني .

والعزم على الاشتغال بعدة تآليف حول القدر والقرآن والخصائص بتناول جديد كما هو منهجي في التعامل مع الأبواب المطروقة والذي يشتمل على التصحيح ورد الشبهات وحل المعضلات وإزالة المشكلات وتفنيد الأباطيل والافتراءات مما تدعو إليه حاجة العصر .

وختاما أسأل الله جلت نعمته أن يجعل في ما يقدر من القدر المحتوم الذي لا يرد أن يطيل عمري في عافية وأن يحقق لي آمالي فيما أرجوه من نشر هذا العلم الشريف وأن ينفع به المسلمين وأن يرزقني صدق الوجهة فيما طلبت وحسن القصد فيما أديت وأن يحسن لي العقبى فيما سألت إنه وليّ ذلك والقادر عليه .

وصلى الله تعالى على سيدنا محمد وآله وسلم


http://hadis-centre.blogspot.com/