Wednesday, December 31, 2008

Berdoalah Untuk Palestin


Berdoalah Untuk Palestin

Saat ini dapat kita perhatikan begitu angkuh yahudi laknatullah, begitu kejam zionis yang melancarkan serangan, begitu ganas dan tidak berperikemanusiaan israel terhadap bumi Palestin.Hingga hari ini telah banyak nyawa umat islam melayang angkara serangan dan pengeboman yang dilakukan oleh rejim zionis laknatullah ini. Hari demi hari Palestin dibanjiri darah, air mata tangisan ibu yang kehilangan anak dan tangisan anak yang kehilangan ibu bapa. Anak kecil yang belum mengenali dunia mati dengan penuh kejam dan zalim. Ibu-ibu yang sarat mengandung gugur kandungan dek bom yang berdemtum saban waktu.Bangunan Universiti, Hospital dan rumah-rumah kediaman musnah sama sekali.

Apa yang tinggal untuk Palestin?
Di mana hak kemanusiaan untuk Palestin?
Mengapakah hal ini berlaku terhadap Palestin?
Bagaimanakah untuk melenyapkan penderitaan ini dari Palestin?.
Persoalan demi persoalan dilontarkan untuk Palestin. Tetapi apakah jawapannya?

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..

Seluruh ummat islam perlu celik dan lihat apa yang berlaku pada Palestin. Kita ummat islam perlu bangun dari buaian mimpi untuk lihat apa peranan kita dan tindakan kita untuk pulihkan keadaan di bumi Palestin.Masing-masing kita berfikir, APA KITA BOLEH BUAT? Darah yang gugur di bumi Palestin adalah darah yang sama yang mengalir di tubuh badan kita atas dasar ISLAM.

Ulama' dunia mengecam perbuatan hina dari israel ini sebagai jenayah. Lazimnya setiap jenayah mesti dilakukan oleh penjenayah.Setiap penjenayah mestilah menerima hukuman atas jenayah yang dilakukannya.Dan setiap hukuman mestilah dijatuhkan oleh hakim. Persoalan, jenayah ini satu dunia telah tahu, penjenayahnya juga jelas "terang tang-tang" tetapi apakah hukuman dan siapakah hakim yang bakal menjatuhkan hukuman terhadap perjenayah ini.

Ya Allah.. Ya Alim.. Ya Hakim..

Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Ali Jum'ah mengecam keras pembantaian yang dilakukan Israel terhadap penduduk Ghazah dan menyatakannya sebagai tindakan paling biadab terhadap kemanusiaan. Dr. Ali Jum’ah meminta seluruh organisasi antarabangsa untuk lebih serius uutuk sekian kalinya, dalam menjalankan seluruh keputusannya yang melibatkan isu penjajahan Israel di tanah Palestin.

Dr Yusuf al Qaradawi, Presiden Ulama' Islam Sedunia turut mengecam jenayah Zionis dengan apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi sedunia. Demikian itu Dr. Yusuf al Qardhawi meminta agar semua masyarakat Muslim bersatu menentang kebiadaban Israel di Ghazah.

Pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khameinei dengan mengisytiharkan fatwa yang sekian banyaknya diwartakan, iaitu kewajipan membantu saudara Islam di Palestin. "Seluruh pejuang Palestin dan umat Islam dunia, bertanggungjawab mempertahankan wanita, kanak-kanak dan penduduk Ghazah dengan apa jua cara. Mereka yang terbunuh dalam melakukan pembelaan tanah air ini adalah mati syahid", katanya.

Dr. Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin pula meminta pemimpin Arab khusus di negaranya iaitu Presiden Mesir, Husni Mubarak supaya bertaubat kepada Allah. Gerakan politik Ikhwanul Muslimin mengerahkan penduduk Mesir untuk mengadakan demonstrasi agar pemimpin membuka pintu sempadan Ghazah.

Prof. Dr.Ahmad Umar Hashim menyeru umat Islam agar bersatu atas nama Islam dan aqidah serta hentikan sebarang persengketaan sesama sendiri.

Kenyataan-kenyatan ulama' diatas jelas menunjukkan umat islam perlu bangkit menjalankan kewajipan dari segi jasmani dan rohani. Umat Islam wajib bersatu dalam memerangi musuh agama Allah ini. Pimpinan-pimpinan negara Islam wajib mengatur dan mengorak langkah dalam memastikan penjenayahan ini diberhentikan.

Bagi kita yang tak mampu untuk menjadi tentera, mengangkat senjata dan memerintah agar jenayah ini diberhentikan marilah kita berdoa bermunajat kepada Allah Jalla Wa 'ala agar Allah memberi bantuan dan pertolongan serta mematahkan serangan musuh. Marilah kita bangun kuatkan hati-hati kita dan teguhkan iman kita. Moga-moga usaha, doa ,tawakkal kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar menyelamatkan kaum muslimin dan mujahidin di Palestin dan di sekelian tempat dan pada setiap masa. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430



Pemburu ilmu Mengucap Salam Maal Hijrah 1430 H.
Semoga Allah menerima amal ibadat yang kita kerjakan. Semoga di tahun baru ini kita lebih kuat dan bersemangat dalam memperjuangkan agama Allah 'Azza Wajalla.



Salam Hijrah,
( Pemburu Ilmu)
1 Muharram 1430 H
Hayyu Asyir, Madinah Nasr,
Kaherah, Mesir.

Kenali Mazahib Arba'ah

Kenali Mazahib Arba'ah

Imam Abu Hanifah

Abu Hanifah al-Nu'man bin Stabit bin Zautha dilahirkan di Kufah pada tahun 80 H/699. Orang tuanya berasal dari keturunan Persia dan ketika ia masih dalam kandungan di bawa pindah ke Kufah dan menetap disini hingga Abu Hanifah lahir. Menurut cerita, ketika Zautha bersama anaknya Stabit ( ayah Abu Hanifah ) berkunjung kepada Ali bin Abi Thalib, dengan serta merta kedua orang ini didoakan agar mendapat keturunan yang mulia. Abu hanifah dibesarkan di Kufah dan dikota ini ia mulai belajar dan menimba ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya. Setelah itu berhijrah ke Hijaz, terutama di Mekkah dan Madinah untuk menambah dan memperdalam ilmu dan wawasan yang luas. Ia berusaha memahami pemikiran hukum yang bersumber dari Umar dan Ali bin Abi Thalib melalui sahabat - sahabat mereka. Termasuk diantaranya ialah Hammad bin Abi Sulaiman, Ibrahim Al Nakhai, Abdulah bin Mashud dan Abdulah bin Abbas. Ia pernah bertemu dengan beberapa sahabat Rasulullah seperti Anas bin Malik, Abdullah bin Auqa di Kufah, Sahal bin Sa'ad di Madinah dan Abu Thufail Ibnu Wailah di Mekah.

Karya karyanya yang sampai kepada kita adalah kitab al-Fiqul Akbar, Kitab Al-Risalah, kitab Al- 'Alim wal Mutallim dan kitab Al-washiyah. Tidak ada buku fiqih karya abu Hanifah. Meskipun demikian tulisan murid-muridnya telah merekam secara lengkap semua pandangan fiqih Abu Hanifah hingga menjadi ikutan kaum muslimin. Muridnya antara lain Abu Yusuf bin Ibrahim Al-Auza'I, Zafr bin Al - Ajil bin Qois, Muhammad bin Hasan bin Farqad al-syaibani dan al-Hasan bin Ziyad al-lu'lu'I . murid-murid inilah yang merekam dan menulis pemikiran Abu Hanifah, baik bidang akidah maupun bidang hukum. Murid-murid di bidang tasawuf antara lain Ibrahim bin Adham Fudhail bin 'lyad, Dawud al - Tha'I dan Bisyt al-Hafi.

Abu Hanifah memiliki ilmu yang luas dalam semua kajian Islam hingga ia merupakan seorang mujtahid besar (imamul a"zdam ) sepanjang masa. Meskipun demikian ia hidup sebagaimana layaknya dengan melakukan usaha berdagang dalam rangka menghidupi keluarga. Dengan prinsip berdiri di atas kemampuan sendiri, ia prihatin juga terhadap kepentingan kaum muslimin , terutama bagi mereka yang berhajat akhlak yang mulia yang dimilikinya mampu mengendalikan hawa nafsu, tidak goyah oleh imbauan jabatan dan kebesaran duniawi dan selalu sabar dalam mengahadapi berbagai cobaan. Meskipun ia berdagang ia hidup sebagai kehidupan sufi dengan zuhud, wara, dan taat ibadah. Kalau kita hayati kehidupannya maka akan nampak bahawa Abu Hanifah hidup dengan ilmu dan bimbingan umat dengan penuh kreatif, hidup dengan kemampuan sendiri tidak memberatkan orang lain. Disamping menjalankan usaha dagangnya. ia juga hidup dengan ibadah yang intensif siang dan malam.

Khalifah al-Manshur akan mengangkat hakim agung dengan memiliki salah satu diantara 4 orang ulama besar: Abu Hanifah, Sofyan Tsauri, Mis'ar bin Kidam, dan Syuraih. Sementara mereka berjalan bersama menemui Khalifah, Abu Hanifah bekata kepada para sahabat-sahabatnya : "Aku akan menolak jabatan ini dengan cara tertentu. Mis'ar hendak menolaknya dengan berpura -pura menjadi gila, Safyan Tsauri akan lari ke negeri lain dan Syuraih agar dapat menerima jabatan ini". Sofyan lalu kabur pergi ke pelabuhan untuk naik kapal menuju negeri lain. Yang lain melanjutkan dan bertemu kalifah dalam sebuah pertemuan rasmi. Khalifah berkata kepada Abu Hanifah :" Engkau harus bersedia menjadi hakim agung". Abu Hanifah menjawab:" Wahai Amirul Mukminin , aku bukan orang arab dan pemimpin-pemimpin arab tidak akan menerima keputusan-keputusanku. Karena itu aku merasa bahwa aku tidak sesai untuk jabatan ini". Khalifah berkata:" jabatan ini tidak ada kaitannya dengan masalah keturunan melainkan berkaitan dengan keahlian. Dan engkau adalah seorang ulama terkemuka di masa ini". Abu Hanifah berkata:"wahai Khalifah, apa yang baru kukatakan menunjukkan bukti Bagaimana keberadaan saya. Jika telah kukatakan aku tidak sesuai dan juga telah kukatakan sebuah kebohongan tentu tidak dibenarkan seorang pendusta menjadi hakim atas kaum muslim dan tidak debenarkan pula engakau mempercayai kepada kehidupan kekayaan dan kehormatan yang engkau miliki". Lalu Mis'ar tampil ke muka dengan berjabat tangan khalifah dan bertanya macam-macam yang tidak layak hingga khalifah marah dan menyatakan gila dan khalifah meminta untuk menjadi hakim agung tersebut dan menolaknya setiap alasan yang dikemukakannya.

Abu Hanifah menolak jabatan dan tidak mahu dibantu oleh penguasa. Ketika Abu Ja'far al-Manshur menghadiahkannya 10,000 dirham, Abu Hanifah menolak. Seorang sahabatnya berkata kepadanya:" kepada kamu diberikan dunia kamu menolaknya padahal kamu berkeluarga". Abu Hanifah menjawab:" keluargaku kuserahkan kepad Allah, sedang makananku sebulan cukup dua dirham saja. Pada suatu kerika Abu Hanifah mengirim barang dagangan kepada kongsinya. Didalam barang dagangan itu ada sehelai kain yang cacat. Abu Hanifah mensyaratkan kepada kongsinya supaya menerangkan cacat kain itu. Lalu si pembeli tidak mengetahui. Ketika Abu Hanifah mengetahui hal itu maka ia segera bersedekah sebanyak 30.000 dirham.

Dalam kehidupan, disamping memiliki akhlak dan tingkah laku mulia, ia selalu menjaga kesucian diri dan harta, disamping ia selalu dalam peribadahan selama 40 tahun Abu Hanifah memenuhi malam malamnya dengan solat dan selama itu solatnya subuh dilaksanakan dengan wudhu pada waktu isyak. Dan dalam solatnya itu dibacanya al-Quran dan ketika ia meninggal ia telah menghatamkan al-Quran 7000 kali. Ilmu yang dimiliki oleh Abu Hanifah demikian luas terutama dibidang hukum dan menyelesaikan masalah-masalahnya sejumlah 60,000 masalah hingga di digelar dengan imam al-A'zdam dan kuluasan ilmunya itu diakui oleh imam Syafi'I beliau berkata:"manusia dalam bidang hukum adalah orang yang berpegang kepada Abu Hanifah".

Tampak ilmu Abu Hanifah bukan hanya bidang hukum tetapi juga meliputi bidang lainnya termasuk tasawuf. Menurut Yahya bin Mu'azd al-Razi dalam suatu mimpi ia bertemu dengan rasulullah dan bertanya:"wahai Rasulullah di mana akan aku cari engaku?". Rasulullah menjawab:"di dalam ilmu Abu Hanifah ". Ketika Daud al-Tha'I telah beroleh ilmu yang luas dan sudah mencapai populariti yang tinggi dia berkunjung menemui Abu Hanifah seraya berkata:"saya mohon diberikan petujuk". Abu Hanifah berkata:"amalkan apa yang telah engku pelajari, kerana teori tanpa praktik ibarat tubuh tanpa roh". Petunjuk ini menghendaki adanya mujahadah dan dengan mujahadah akan didapati musyahadah.


Imam Malik


Imam Malik dilahirkan di sebuah perkampungan kecil yang bernama Ashbah, yang terletak di dekat Kota Himyar jajahan Yaman. Nama aslinya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir Al-Ashabally. Beliau adalah seorang ulama besar yang lahir di Madinah serta mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap dunia Islam. Ketika Imam Malik berusia 54 tahun, pemerintahan berada di tangan baginda Al-Mansur yang berpusat di Bagdad. Ketika itu di Madinah dipimpin oleh seorang gabenor bernama Jaafar bin Sulaiman Al-Hasymi. Sementara itu Imam Malik juga menjawat jawatan sebagai mufti di Madinah. Di saat timbulnya masalah penceraian atau talak, maka Imam Malik telah menyampaikan fatwanya, bahawa talak yang dipaksakan tidak sah, ertinya talak suami terhadap isteri tidak jatuh. Fatwa ini sungguh berlawanan dengan kehendak gabenor, kerana ia tidak mahu hadith yang disampaikan oleh Imam Malik tersebut diketahui oleh masyarakat, sehingga akhirnya Imam Malik dipanggil untuk mengadap kepada gabenor.

Kemudian gabenor meminta agar fatwa tersebut dicabut kembali, dan jangan sampai orang ramai mengetahui akan hal itu. Walaupun demikian Imam Malik tidak mahu mencabutnya. Fatwa tersebut tetap disiarkan kepada orang ramai. Talak yang dipaksanya tidak sah. Bahkan Imam Malik sengaja menyiarkan fatwanya itu ketika beliau mengadakan ceramah-ceramah agama, kerana fatwa tersebut berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang harus diketahui oleh umat manusia. Akhirnya Imam Malik ditangkap oleh pihak kerajaan, namun ia masih tetap dengan pendiriannya. Gabenor memberi peringatan keras supaya fatwa tersebut dicabut dengan segera Kemudian Imam Malik dihukum dengan dera dan diikat dengan tali dan dinaikkan ke atas punggung unta, lalu diarak keliling Kota Madinah. Kemudian Imam Malik dipaksa supaya menarik kembali fatwanya itu. Mereka mengarak Imam Malik supaya Imam merasa malu dan hilang pendiriannya. Tetapi Imam Malik masih tetap dengan pendiriannya itu. Kerana ketegasannya itu, dia dihukum dengan sebat sebanyak 70 kali, yang menyebabkan tulang belakangnya hampir patah. Kemudian ia berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Aku dihukum dera begitu berat lantaran fatwa ku. Demikian Said Al-Musayyid, Muhamad Al-Munkadir dan Rabiah telah dijatuhi hukuman demikian lantaran fatwanya juga.”

Bagi Imam Malik hukuman semacam itu, bukanlah mengurangi pendiriannya, bahkan semakin bertambah teguh jiwanya. Ia tidak pernah takut menerima hukuman asalkan ia berada pada jalan kebenaran. Kerana memang setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan. Imam Al-Laits, seorang alim menjadi mufti Mesir ketika itu, saat mendengar bahawa Imam Malik dihukum lantaran fatwanya ia berkata: “Aku mengharap semoga Allah mengangkat darjat Imam Malik atas setiap pukulan yang dijatuhkan kepadanya, menjadikan satu tingkat baginya masuk ke syurga.” Insya Allah.


Imam Syafie

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah. Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik. Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa dihadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan. Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau. Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukankepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah. Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’. Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau. “Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.” Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.” “Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?” Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.” “Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6: “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie. Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.


Imam Ahmad Bin Hambal


Imam Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya. Ibnu Hambal hidup dalam keadaan miskin, kerana ayahnya hanya meninggalkan sebuah rumah kecil dan tanah yang sempit. Beliau terpaksa melakukan berbagai pekerjaan. Beliau pernah bekerja di tempat tukang jahit, mengambil upah menulis, menenun kain dan kadangkala mengambil upah mengangkat barang-barang orang. Beliau lebih mementingkan makanan yang halal lagi baik dan beliau tidak senang menerima hadiah-hadiah.

Ketika ia masih berumur 14 tahun, Ahmad bin Hambal telah belajar mengarang dan menghafal Al-Quran. Beliau bekerja keras dalam menuntut ilmu pengetahuan. Sebagai seorang ulama yang sangat banyak ilmunya, Ibnu Hambal pun seorang yang teguh imannya, berani berbuat di atas kebenaran. Dia tidak takut bahaya apa pun terhadap dirinya di dalam menegakkan kebenaran itu. Kerana Allah memang telah menentukan bahawa setiap orang yang beriman itu pasti akan diuji keimanannya. Termasuk juga para nabi dan rasul yang tidak pernah lepas dari berbagai ujian dan cubaan. Ujian dan cubaan berupa fitnah, kemiskinan, seksaan dan lain-lainnya itu selalu akan mendampingi orang-orang yang beriman apalagi orang yang menegakkan kebenaran. Demikian juga halnya dengan Imam Hambali, terlalu banyak bahaya yang dihadapinya dalam berjuang menegakkan kebenaran agama. Ujian itu datangnya bermacam-macam kadangkala dari musuh kita dan dapat juga timbul dari kawan-kawan yang merasa iri dengan kebolehan seseorang.

Imam Hambali berada di zaman kekuasaan kaum Muktazilah yang berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Pendirian ini begitu kuatnya di kalangan pemerintah, sehingga barangsiapa yang bertentangan pendirian dengan pihak pemerintah tentu akan mendapat seksaan. Sebelum Al-Makmun ini, yakni di zaman sultan Harun Al-Rasyid, ada seorang ulama bernama Basyar Al-Marisy berpendapat bahawa Quran itu adalah makhluk. Baginda Harun Al-Rasyid tidak mahu menerima pendapat tersebut. Bahkan terhadap orang yang berpendapat demikian akan diberi hukuman. Kerana ancaman itu akhirnya
Basyar melarikan diri dari Baghdad. Sultan Harun Al-Rasyid pernah berkata: “Kalau umurku panjang dan masih dapat berjumpa dengan Basyar nescaya akan kubunuh dia dengan cara yang belum pernah aku
lakukan terhadap yang lain?” Selama 20 tahun lamanya Syekh Basyar menyembunyikan diri dari kekuasaan Sultan. Tetapi setelah Sultan Harun Al-Rasyid meninggal dunia, kemudian diganti dengan puteranya Al-Amin barulah Syekh Basyar keluar dari persembunyiannya. Kembali ia mengeluarkan pendapatnya itu, bahawa Quran itu adalah makhluk. Al-Amin juga sependirian dengan ayahnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Ia mengancam terhadap orang yang mengatakan Quran itu makhluk. Kemudian kepala negara pindah lagi ke tangan saudara Al-Amin iaitu Al-Makmun.

Di zaman pemerintahan Al-Makmun inilah pendapat tentang Quran itu makhluk mula diterima. Al-Makmun sendiri telah terpengaruh dan ikut berpendapat demikian. Pada suatu kali oleh Al-Makmun diadakan pertemuan para ulama besar, untuk membincangkan hal itu, tetapi para ulama tetap berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah makhluk. Al-Makmun mengharapkan supaya pendapat itu diterima orang ramai. Pada masa itu satu-satunya ulama yang keras berpendirian bahawa “Al-Quran itu bukan makhluk?” Hanyalah Imam Hambali. Secara terus terang ia berkata di hadapan Sultan:“Bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah Kalamullah.” Imam Hambali satu-satunya ulama ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa. Kemudian ia ditangkap dan dihadapkan ke hadapan baginda. Ia dipanggil bersama tiga orang ulama yang lainnya, iaitu Imam Hassan bin Muhammad Sajah, Imam Muhammad bin Nuh dan Imam Ubaidah bin Umar. Kedua ulama di antara mereka sama menjawab dan membenarkan pendapat baginda sementara Imam Hambali dan Imam Muhammad bin Nuh dengan tegas menjawab bahawa Quran itu bukanlah makhluk. Keduanya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Setelah beberapa hari dalam penjara datang surat dari Tharsus yang meminta supaya keduanya dibawa ke sana dengan dirantai. Kedua ulama tersebut betul-betul dirantai kedua kaki dan tangannya dan ditunjukkan di hadapan orang ramai. Kemudian dibawa ke Tharsus, sesampainya di sana keduanya dimasukkan ke dalam penjara. Kerajaan mempunyai seorang ulama besar bernama Ahmad bin Abi Daud, yang pandai berbicara namun lemah dalam pendirian.

Terhadap Imam Hambali mereka minta supaya dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Baginda raja menerima usulan tersebut. Lalu Imam Hambali dihadapkan depan raja dan ditanyakan tentang pendiriannya. Namun ia tetap menyampaikan pendiriannya bahawa Al-Quran itu ialah Kalamullah bukan makhluk. Dan ia menegaskan lagi bahawa ia tidak akan berubah dari pendiriannya itu. Akhirnya terjadilah persidangan yang dipimpin oleh baginda sendiri. Kemudian baginda memanggil Imam Hambali dan berkata: “Atas nama saya sebagai kerabat Nabi Muhammad SAW saya akan memukul engkau beberapa kali, sampai engkau membenarkan apa yang telah saya benarkan, atau mengatakan seperti yang saya kata?” Kerana Imam Hambali masih tetap dengan pendiriannya, maka baginda memerintahkan kepada perajuritnya untuk memukul Imam Hambali. Ketika cambuk yang pertama singgah di punggung beliau, beliau mengucapkan “Bismillah.” Ketika cambuk yang kedua, beliau mengucapkan “La haula walaa quwwata illaa billah” (tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah). Ketika cambuk yang ketiga kalinya beliau mengucapkan “Al-Quran kalaamullahi ghairu makhluk” (Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk). Dan ketika pada pukulan yang keempat, beliau membaca surah At-Taubah ayat 51. “Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami.”

Sehingga seluruh badan beliau mengalir darah merah. Akhirnya beliau dimasukkan ke dalam penjara kembali. Pada suatu hari ketika Imam Hambali dibawa ke Kota Anbar dengan tangan yang terbelenggu, seorang yang alim bernama Abu Ja’far Al-Anbari menghampiri beliau. Imam Hambali bertanya kepadanya: “Hai Abu Ja’far apakah engkau susah melihat keadaanku?” “Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat manusia ada di belakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Quran itu makhluk, pastilah umat akan mengikutimu, dan bila engkau tidak mahu menjawab, maka umat juga tidak mahu menjawab seperti apa yang ingin engkau jawab. Bila engkau tidak mati dibunuh orang, pasti engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka.” Mendengar kata-kata Ja’far itu beliau mencucurkan air mata dan berkata: “Masya-Allah!, Masya-Allah!, Masya-Allah!. Kemudian beliau pun dikunjungi oleh bekas penjahat bernama Abdul Haitsam Al-Ayyar dan berkata kepada beliau: “Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran.”

Ketika Khalifah Al-Makmun meninggal dunia pada tahun 218H (833 M) setelah memerintah 20 tahun lamanya, yang mengganti beliau ialah saudaranya yang bernama Ishaq Muhammad bin Harun Al-Rasyid yang bergelar dengan Al-Muktashimbillah. Sebelum Khalifah Al-Makmun meninggal dunia beliau telah berpesan kepada bakal penggantinya itu bahawa faham Al-Quran itu makhluk harus dipertahankan.” Kebijaksanaan kerajaan yang menyeksa para ulama yang tidak sependirian dengan faham kerajaan itu atas dasar hasutan seorang ulama kerajaan yang bernama Qadhi Qudhoti Ahmad bin Abi Daud (Daud). Ulama inilah yang memberikan usulan kepada Al-makmun bahawa jika Imam Ahmad bin Hambal tetap tidak mahu mengikuti bahawa Al-Quran itu makhluk hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat. Setelah kerajaan dipegang oleh Al-Muktasim ulama Ahmad bin Daud masih tetap menjadi qadi kerajaan. Pada suatu hari Qadi kerajaan ini cuba mengadili Imam Hambali dengan melakukan perdebatan akhirnya Ahmad bin Daud kalah kerana tidak dapat mengemukakan alasan yang lebih kuat.Walaupun demikian Imam Hambali tetap dimasukkan kembali ke dalam penjara.

Pada bulan Ramadhan pengadilan terhadap Imam Hambali diadakan lagi. Khalifah Al-Muktashim bertanya: “Al-Quran itu adalah baru, bagaimana pendapat anda.” “Tidak!, Al-Quran adalah kalam Allah, saya tidak sejauh itu membahasnya kerana di dalam Al-Quran dan hadith tidak disuruh membahas soal tersebut.” Jawab beliau. Beliau dicambuk sampai berdarah, pada hal ketika itu bulan puasa. Baginda berkata: “Kalau kamu merasa sakit dengan pukulan ini, maka ikutilah saya, dan akuilah bahawa Al-Quran itu makhluk, supaya kamu selamat.” Penderaan pun terus berlangsung, sehingga beliau terasa bahawa tali seluar yang menutup auratnya putus dan hampir turun ke bawah. Beliau pun mengangkatkan mukanya ke atas sambil berdoa: “Ya Allah!, atas namaMu yang menguasai Arsy, bahawa jika Engkau mengetahui bahawa saya adalah benar, maka janganlah Engkau jatuhkan penutup aurat ku.” Ketika itu pula seluar beliau yang akan jatuh itu naik ke atas kembali sehingga aurat beliau tidak jadi terlihat oleh orang ramai. Penyeksaan terhadap beliau itu baru berakhir setelah selesai maghrib. Para hakim dan orang- orang hadir kemudian berbuka puasa di hadapan beliau. Sementara beliau dibiarkan saja tidak diberi sesuatu makanan untuk berbuka. Demikianlah

seterusnya, pada hari yang kedua pun beliau masih tetap didera sampai seluruh badannya mencucurkan darah. Pada hari ketiga beliau masih tetap didera sehingga pengsan.Setelah Al-Muktashim meninggal dunia ia diganti dengan puteranya Al-Watsiq. Pada masa ini banyak penganiayaan dilakukan terhadap para ulama. Khalifah Al-Watsiq inilah yang memancung leher ulama terkenal yakni Ahmad bin Naser Al-Khuza’i. Kepala Ahmad bin Naser digantung dan diletak tulisan yang berbunyi: “Inilah kepala Ahmad bin Naser yang tidak mahu mengakui bahawa Al-Quran itu makhluk, maka Tuhan memasukkan Ahmad bin Naser ke dalam neraka, kepala ini menjadi peringatan bagi mereka yang memalingkan dirinya dari kiblat.” Demikianlah tulisan yang diletakkan dekat leher Ahmad bin Naser. Kemudian Khalifah Al-Watsiq meninggal dunia dan digantikan dengan saudara beliau yang bernama, Al-Mutawakkil. Pada masa inilah dicabut tentang faham muktazilah dan diadakan pembebasan terhadap semua ulama yang ditahan, termasuk Imam Ahmad bin hambal. Sementara itu Imam Hambali setelah dibebaskan beliau diberi hadiah sebanyak l0,000 dirham, namun hadiah tersebut beliau tolak. Kerana dipaksa untuk menerimanya, akhirnya beliau terima dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul Awal tahun 241 H/855 M beliau meninggal dunia yang fana ini dengan tenang dalam usia 77 tahun. Setelah mendengar wafatnya beliau, seluruh Kota Baghdad menjadi gempar jenazah beliau disembahyangkan lebih dari 130,000 orang muslimin. Demikian berakhirnya riwayat seorang penegak kebenaran dan meninggikan ilmu pengetahuan, setelah melalui berbagai seksaan dan penganiayaan. Semoga mereka yang berjuang pada jalan Allah menjadi kekasih Allah, yang selalu mendapat keberkahannya dan keredhaanNya. Banyak lagi mereka yang berjuang pada jalan Allah akhirnya menerima ujian dan cubaan dengan berbagai penganiayaan dan seksaan.
Firman Allah ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan. “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

Itulah sedikit sejarah mengenai mazahib arba'ah. Bila kita meneliti kehidupan setiap peribadi agung ini, kita akan dapati bahawa dalam memperoleh ilmu perlukan ketekunan, ketabahan dan semangat yang berterusan.

Semoga kita juga penuntut dan pemburu ilmu menjadikan ulama'-ulama' sebagai role model dalam mencapai matlamat sebagai penuntut ilmu dengan erti kata yang sebenar.



Thursday, November 27, 2008

SIRI KEMBALIKAN KEGEMILANGAN AL-AZHAR DI TANAH AIR MALAYSIA



SIRI PERTAMA

SEJARAH Al-AZHAR


Perjalanan panjang Al-Azhar yang kini jelang usia 1000 tahun lebih memang menarik disemak. Sejak dibangunkan pertama kali pada 29 jumada Al Ula 359 H. (970 M.) oleh panglima Jauhar Ash shiqilli lalu dibuka rasmi dan solat jumaat bersama pada 7 Ramadhan 361 H. , lembaga besar yang mulanya sebuah masjid ini bagai tak pernah lelah dalam melahirkan para ulama dan cendekiawan islam. Masjid Al-Azhar sekaligus menjadi institusi pendidikan tertua, itulah penghargaan sejarah buatnya.

Kehadiran Al-Azhar tak dapat dipisahkan dari peranan dinasti Fathimiah yang kala itu dipimpin oleh Khalifah Muâiz li dinillah ma’ad bin Al-Mansur (319-365 H./931-975 M.), Khalifah ke empat dara dinasti fathimiyyah, jauh sebelumnya ketika islam mulai menyebar ke mesir (641 M.) dimasa khalifah umar bin khattab, pendidikan islam formal sebenarnya telah berjalan sejak berdirinya masjid pertama di Afrika.
Sudah menjadi suatu kaedah tak tertulis bahawa peradaban islam di suatu daerah selalu dikaitkan dengan peran masjid jamiâ (masjid negara) dikawasan tersebut. Hal ini mungkin diilhami dari kerja nyata rasulallah SAW. Ketika hijrah ke madinah. Tugas pertama yang Baginda lakukan adalah membangun masjid nabawi. Ini menandakan peranan masjid yang tidak hanya terbatas pada kegiatan ibadat semata-mata. Tapi lebih dari itu, masjid adalah pusat pemerintahan islam, prasarana pendidikan, mahkamah, tempat mengeluarkan fatwa, dan sebagainya.

Hal inilah yang kemudian dilakukan oleh Amru bin Ash ketika menguasai mesir. Atas perintah Khalifah Umar, panglima amru mendirikan masjid pertama di Afrika yang kemudian dinamakan masjid Amru bin Ash di kota Fushthat, sekaligus menjadi pusat pemerintahan islam mesir ketika itu, selanjutnya dimasa dinasti Abbasiyah ibu kota pemerintahan ini berpindah lagi ke kota yang disebut Al-Qothoâi dan ditandai dengan pembangunan masjid bernama Ahmad bin Tholun.

Masa demi masa berlalu, pemeriuntahan pun silih berganti. Tiba era Daulah Fathimiyyah (358 H./969 M.) ibukota mesir berpindah ke Daerah baru atas perintah Khalifah Al-Muâiz li Dinillah yang menugasi panglimanya, Jauhar Ash shiqilli, untuk membangun pusat pemerintahan. Setelah melalui tahap pembangunan daerah ini dinamai kota Al Qohirah.

Sebagaimana sejarah islam masa lalu, setiap berganti Daulah selalu ditandai dengan pembangunan masjid di pusat ibu kota. Sehingga kurang setahun kemudian, beriringan dengan pembangunan kota Al-Qohirah didirikan pula sebuah masjid bernama Jamiâ Al Qohirah (meniru nama ibu kota). Seluruhnya masih dalam penanganan panlima Jauhar Asg Shiqilli.

Pada masa khalifah Al Aziz billah, sekeliling Jamiâ Al Qohirah dibangun beberapa istana yang disebut Al Qushur Az Zahirah. Istana-istana ini sebagian besar berada disebelah timur (kini sebelah barat masjid husein), sedangkan beberapa sisanya yang kecil disebelah barat (dekat masjid Al Azhar sekarang), kedua istana dipisahkan oleh sebuah taman nan indah. Keseluruhan daerah ini dikenal dengan sebutan Madinatul Fatimiyyin Al-Mulukiyyahâ. Kondisi sekitar yang begitu indah bercahaya ini mendorong orang menyebut Jamiâ Al Qohirah dengan sebutan baru, Jamiâ Al Azhar (Berasal dari kata Zahraâ ertinya yang bersinar, bercahaya, berkilauan).
Para khalifah jauh-jauh hari menyadari bahwa kelanjutan Al-Azhar tidak bias lepas dari segi pendanaan. Oleh kerana itu setiap khalifah memberikan harta wakaf baik dari harta peribadi mahupun harta negara. Pengasas pertama wakaf bagi bagi Al-Azhar dipelopori oleh khalifah Al Hakim bi amrillah, lalu di ikuti oleh para khalifah berikutnya serta orang orang kaya setempat dan seluruh dunia islam sampai saat ini. Harta wakaf tersebut kabarnya pernah mencapai sepertiga dari kekayaan mesir. Dari harta wakaf inilah roda perjalanan Al Azhar kuat dan terus berputar, termasuk memberikan biasiswa, asrama , dan pengiriman utusan Al Azhar ke berbagai penjuru Dunia.

Dari masjid Amru bin Ash dan Ahmad bin Tholun, proses pendidikan berpindah ke Al-Azhar.

FASA PERALIHAN

Seolah-olah menjadi perjanjian tak tertulis, pada setiap khalifah Daulah Fathimiyyah selalu diadakan restorasi bangunan Jamiâ Al Azhar. Hingga ketika gempa hebat yang merosakkan Al Azhar pada tahun 1303 M. Sultan An Nasir yang memerintah saat itu segera memperbaiki kembali bangunan yang rosak.
Ciri spesifik pemugaran bangunan mulai tampak pada masa sultan Qonsouh (1509 M.) yang merestorasi satu menara Al Azhar nan indah dengan dua puncak (Manaratul Azhar Dzatu Ar-raâsain).

Penyempurnaan Jamiâ Al Azhar kembali dilanjutkan pada peringkat pemerintahan Daulah Utsmani, dengan kegiatan restorasi yang tak jauh berbeda seperti sebelumnya. Klimaksnya dicapai pada masa Amir Abdurrahman Katakhda (Wafat 1776 M.) dengan menambahkan dua buah menara, mengganti mihrab dan mimbar baru, membuka tempat belajar bagi yatim piatu, membangun ruang bagi penempatan mahasiswa dan pelajar asing, membuat ruang tamu, teras tak beratap dalam masjid, dan tangki air tempat berwuduk, pendek kata hampir seluruh bangunan tua yang masih tersisa di masjid Al Azhar kini adalah hasil karya Amir tersebut.

Seiring gelombang pasang surut sejarah, berbagai bentuk pemerintahan silih berganti memainkan peranannya di lembaga tertua ini, selain sebagai masjid, proses penyebaran faham Syiah turut mewarnai aktiviti awal yang dilakukan Dinasti Fathimi, khususnya di penghujung masa khalifah Al Muiz li Dinillah ketika Qodhil Qudhoh Abu Hasan Ali bin Nuâman Al-Qairiwani mengajarkan fiqih Mazhab Syiah, dari kitab Mukhtasyar yang merupakan pelajaran agama pertama di Masjid Al Azhar pada bulan Safar 365 H. (Oktober 975 M.).
Sesudah itu proses belajar terus berlanjut dengan penekanan utama pada ilmu-ilmu agama dan bahasa, walaupun tanpa mengurangi perhatian terhadap ilmu manthiq, filsafat kedoktoran dan ilmu falak sebagai tambahan yang diikutsertakan.

Namun semenjak Shalahuddin Al Ayyubi memegang pemerintahan mesir (tahun 567 H./1171 M.), Al Azhar sempat diberhentikan sementara waktu sambil dibentuk lembaga pendidikan Alternatif untuk mengikis pengaruh Syiah. Disinilah mulai dimasukkan perubahan orientasi besar-besaran dari Mazhab Syiah ke Mazhab Sunni yang berlaku hingga sekarang.




FASE REFORMASI


Pembaharuan Administrasi pertama Al Azhar dimulai pada masa pemerintahan Sulthan Ad Dhahir Barquq (784 H./1382 M.) dimana ia mengangkat Amir Bahadir At Thawasyi sebagai Direktor pertama Al Azhar tahun 784 H. / 1382 M. ini terjadi dalam masa kekuasaan mamalik di Mesir. Usaha ini merupakan usaha awal untuk menjadikan Al Azhar sebagai yayasan keagamaan yang mengikuti pemerintah.

Sistem ini terus berjalan hingga pemerintahan Utsmani menguasai mesir dipenghujung abad 11 H. Ditandai dengan jawatan Syeikh Al-Azhar Umumnya yang digelar dengan Syeikh Al Azhar sebegai figure sentral yang mengatur berbagai keperluan pendidikan, pengajaran, keuangan, fatwa hukum, termasuk tempat mengadukan segala persoalan. Pada fase ini terpilih Syeikh Muhammad Al Khurasyi (1010 H.-1101 H.) Sebagai Syeikh Al Azhar pertama. Secara keseluruhan ada 40 Syeikh yang telah memimpin Al Azhar selam 43 periode, hingga kini dipegang oleh mantan mufti mesir Syeikh Muhammad Thanthawi.

Masa keemasan Al Azhar terjadi pada abad 9 H. (15 M.) banyak ilmuan dan ulama islam bermunculan di Al Azhar saat itu, seperti ibnu khaldun, Al farisi, As-Syuyuthi, Al Aini, Al Khawi, Abdul Lathif Al Baghdadi, ibnu Khaliqon, Al Maqrizi dan lainnya yang banyak mewariskan ensiklopedi Arab.

Iklim kemunduran kembali hadir ketika dinasti Utsmani berkuasa di Mesir (1517-1798 M.) Al-Azhar mulai kurang berfungsi disertai kepulangan para ulama dan mahasiswa yang berunsur unsur meninggalkan Cairo. Meskipun begitu tambahan berbagai bangunan tetap diusahakan oleh amir Utsmani dan kaum muslimin sedunia.

Kepemimpinan Muhammad Ali Pasha di Mesir pada tahap berikutnya telah membentuk sistem pendidikan yang paralel tapi terpisah, yaitu pendidikan tradisional dan pendidikan modern sekular, ia juga berusaha menjalankan peranan Al Azhar sebagai lembaga yang berpengaruh sepanjang sejarah, antara lain dengan menguasai badan Wakaf Al Azhar yang merupakan urat nadinya. Seterusnya pada masa pemerintahan Khedive Ismail Pasha (1863-1879 M.) mulai diusahakan reorganisasi pendidikan, dan dari sini pendidikan tradisional mulai bersaing dengan pendidikan modern sekular. Serangan terhadap pendidikan tradisional sering tampak dari usaha yang menginginkan perbaikan Al Azhar sebagai pusat pendidikan islam terpenting.

Sejak awal abad 19, sistem pendidikan barat mulai diterapkan di sekolah sekolah mesir. Sementara Al Azhar masih saja menggunakan sistem tradisional. Dari sini muncul suara pembaharuan.

Diantara pembaharuan yang menonjol adalah dicantumkannya system ujian untuk mendapatkan ijazah Al Alamiyah (kesarjanaan) Al Azhar pada februeri 1872 M., juga pada tahun 1896 M., buat pertama kali dibentuk Idarah Al Azhar (Dewan Administrasi). Usaha pertama dari dewan ini adalah mengeluarkan peraturan yang membahagi masa belajar di Al Azhar menjadi dua penggal: pendidikan Dasar 8 tahun serta menengah dan tinggi 12 tahun. Kurikulum Al Azhaar ikut diklasifikasikan dalam dua kelas: Al Ulum Al Manqulah (Bidang study Agama) Al â€Ulum Al Manqulah (Bidang study Umum).

Menyebut pembaharuan di Al Azhar, kita perlu ingat sumbangan Muhammad Abduh (1849-1905 M.) mengusulkan perbaikan sistem pendidikan Al Azhar dengan memasukkan ilmu-ilmu modern kedalam kurikulumnya. Gagasan tersebut mulanya kurang disepakati Syekh Muhammad Al Ambabi. Baru ketika Syekh An Nawawi memimpin Al Azhar, Muhammad Abduh juga berpengaruh. Beransur-ansur mulai diadakan pengaturan masa libur dan masa belajar. Huraian pelajaran yang dikenal dengan syarah al hawasyi disederhanakan. Sementara itu kurikulum seperti fisikologi, ilmu mantiq, falsafah, sosiologi dan sejarah, telah bercambah di Al Azhar. Kesinambunagan ini pula dipelajari di ruang Al Azhar sebagai penempatan bagi guru dan mahasiswa.


UNIVERSITI AL AZHAR KINI

Pada abad ke-21 ini, Al Azhar mulai memandang perlunya mempelajari sistem penelitihan yang dilakukan oleh Universiti di Barat, dan mengirim Alumni terbaiknya untuk belajar ke Eropah dan Amerika. Tujuan mengirim ini adalah untuk mengikuti perkembangan ilmiah diperinkat antarabangsa sekaligus membawa perbandingan dan pengukuhan pemahaman islam yang benar. Cukup banyak duta Al Azhar yang berhasil meraih pangkat Ph.D dari Universiti luar tersebut, diantaranya ialah: Syeikh DR. Abdul Halim Mahmud, Syeikh DR. Muhammad Al Bahy, Dan banyak lagi.

Sebelumnya, pada tahun 1930 M, keluar undang undang no 49 yang mengatur Al Azhar mulai dari pendidikan dasar sampai perguruan tinggi, dan membahagi Universiti Al Azhar menjadi tiga fakulti yaitu: Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.

Fakulti induk Syariah dan Undang-undang di Kaherah merupakan bangunan pertama yang berdiri pada tahun 1930 M lalu pada tahun 1961 diubah menjadi nama seperti sekarang. Fakulti induk Usuluddin dan bahasa Arab di Kaherah juga didirikan pada tahun 1930 M. penjurusan diatur kembali pada tahun 1961 M. fakulti Dakwah islamiyyah didirikan dengan keputusan presiden (keppres) no 380 tahun 1978 yang dikeluarkan pada 16 Ramadhan 1398 H. (20 Ogos 1978). Fakulti Dirasah Islamiyah wal Arabiyah memulakan kuliahnya pada tahun 1965 M. sebagai salah satu jurusan dari Fakulti Syariah. Pada tahun 1972 keluar keppres no 7 yang menjadikan fakulti ini sebagai lembaga tersendiri dengan nama Ma’had Dirasat Al Islamiyah Wal Arabiyah (Institut of Islamic and Arabic studies) namun pada tahun 1976 M. keluar keppres no 299 yang kembali menjadikan institut ini sebagai fakulti tersendiri, dengan jurusan: usuluddin syariah islamiyah, bahasa dan sastera Arab.

Angin pembaharuan kembali berhembus di Al Azhar pada 5 mei 1961 M. Ketika kepimpinan Syeikh Mahmoud Syalthout. Peranan Syeikh Al Azhar dimainkan sebagai jabatan simbolik sehingga kurang mempunyai pengaruh langsung terhadap lembaga pendidikan yang ada dibawah pimpinannya. Undang-undang pembaharuan ini disebut undang-undang revolusi mesir nombor 103 tahun 1961 M. undang-undang ini memberikan kemungkinan besar perubahan sistem pendidikan di Al Azhar, sehingga diantaranya membolehkan lulusan SD atau SMP Al Azhar untuk melanjutkan pelajarannya ke SMP atau SMA milik Departemen pendidikan, atau sebaliknya. Dalam ruang lingkup pendidikan tinggi, disamping fakulti-fakulti keislaman, ditambahkan pula berbagai fakulti baru seperti: Tarbiyah, Kedoktoran, Perdagangan,Ekonomi, Sains, Pertanian, Teknik, Farmasi, dan sebagainya. Juga dibangun fakulti khusus puteri (Kulliyatul Banat) dengan berbagai jurusan.

Al Azhar mempunyai 3 rumah Hospital: Husein Hospital, Zahra’ Hospital, dan Bab el Syariah Hospital. Sementara itu, Nasser Islamic Mission City (Madinat Nasser Lil Bu’ust Al Islamiyah) untuk orang asing dibuka pada bulan September 1959 M.

Universiti (Jamiâah) Al Azhar hanyalah salah satu lembaga rasmi yang dimiliki Al Azhar masih ada lembaga lain yang sempat terbentuk, seperti:
Lembaga pendidikan Dasar dan Menengah (Al Ma’ahid A Azhariyah).
Biro Kebudayaan dan missi Islam (Idarah Ats-tsaqofah wal Bu’uts Al Islamiyah).
Majlis tinggi Al Azhar (Al Majlis Al A’la Lil Azhar)
Lembaga Riset Islam (Majma’ Al Buhuts Al Islamiyah).
Hai’ah Ighatsah Al Islamiyah.

Sejak mula berdirinya, pengajiam Al Azhar terus terbuka untuk semua pelajar dari seluruh dunia, hingga kini Universiti Al Azhar memiliki lebih dari 50 Fakulti yang tersebar diseluruh pelosok mesir dengan jumlah Mahasiswa/i melebihi angka 200 ribu orang. Itulah sejarah Al Azhar yang tetap teguh dan kukuh hingga kini.

Monday, October 13, 2008

Perutusan Aidil Fitri 1429H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bagi pihak pimpinan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada seluruh anak Kedah yang berada di Perlembahan Nil ini dan tidak ketinggalan kepada seluruh anak Malaysia amnya di Bumi Mesir ini.

Aidil Fitri adalah hari kebesaran kurniaan Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Taala. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang senantiasa mentaati perintah Allah dan amat takut untuk melakukan kejahatan.

Semoga ‘Madrasah Ramadhan 1429’ yang baru kita lalui ini akan menjadi ikhtibar untuk kita meneruskan amalan yang baik yang dilaksanakan sepanjang Ramadhan. Ramadhan datangnya dinantikan,kehadirannya disambut, keberadaan didalamnya dimanfaatkan, penghujungya dirisaukan dan pemergiannya dirindukan. Berdoalah Allahumma Ballighna Ramadhan.

Pemergian ramadhan penuh kesedihan, semoga kita ditemukan pada tahun mendatang. Namun di hujung Ramadhan terdapat hari kebesaran yang disambut dengan penuh kegembiraan.Setelah sebulan dalam bulan Ramadhan, berlapar dahaga, bersabar dengan cabaran dan dugaan Ramadhan, bertungkus lumus dalam ibadat bermunajat mengejar peluang yang hanya datang sebulan daripada setahun. Kita akan ditemukan dengan hari yang bernama Hari Raya Aidilfitri.

Segalanya bakal lenyap tanpa pahala jika kita alpa dan dilalaikan dengan sambutan Aidil Fitri yang terkeluar dari norma-norma Islam. Bagi kita sebagai mahasiswa islam hendaklah menyambut Aidilfitri seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Islam menganjurkan kita memuji nama Allah apabila menjelangnya Syawal, memanjatkan rasa syukur kerana berjaya melalui ujian besar menghadapi Ramadhan serta bersedih kerana kita sudah terlepas daripada Ramadhan, bulan yang penuh rahmat. Kita mengharapkan agar ‘Madrasah Ramadhan 1429’ ini hidup di 11 bulan lainnya.

Kejayaan akan menjadi milik kita dengan pertolongan Allah swt sekiranya kita berjaya menzahirkan ketaqwaan dan keimanan yang kukuh.

Al Quran yang diturunkan pada bulan Ramadhan mestilah menjadi pegangan dan panduan kita untuk dibawa ketengah masyarakat bagi menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemusnahan dengan memimpin mereka ke arah kebenaran dan kesejahteraan yang sebenar.

Semoga dengan berkat Aidil Fitri kali ini, kita dapat mentautkan kembali tali silaturrahim sesama anak Kedah di Bumi Anbiya' ini.

Saya berharap, kesempatan ini akan digunakan oleh semua ahli MKKK untuk kunjung-mengunjung antara satu sama lain bagi membentuk ukhuwwah islamiah secara realistik.

Teruskanlah budaya muhibbah islamiah ini, agar apabila di lapangan ummat kelak kita adalah agen perubah dan penegak kebenaran.

Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi usaha dan kekuatan dalam menuntut ilmu dengan nama sebenar-benar penuntut. Jadikan Aidilfitri kali ini batu loncatan yang juga bertepatan dengan sesi pengajian kita di sini. Bermula dengan semangat dan pembaharuan masa, semoga kita lebih tekun dan mendalami sedalamnya ilmu yang kita pelajari.Kecemerlangan milik semua sesuai dengan tahap usaha dan keinginan dalam mencapainya.

Akhirnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua anak Kedah di Mesir.Tidak ketinggalan untuk saya ucapkan selamat kembali ke Bumi Mesir bagi anak Kedah yang pulang berhari raya di Tanahair dan salam perantauan dari anak-anak Kedah di Mesir.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Abu Bakar bin Razak,

Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.

Wednesday, October 1, 2008

Manhaj Al-Azhar Terjaga -Syeikh Usamah


Penerimaan masyarakat dunia kepada Al-Azhar dapat dilihat sejak tertubuhnya Al-Azhar itu lebih 1,000 tahun yang lalu, demikian ditegaskan oleh Syeikh Dr.Usamah Sayyid Al-Azhari, seorang ulamak Al-Azhar yang terkenal di Mesir ketika menyampaikan ceramahnya 28 September lalu di hadapan ratusan para mahasiswa dan mahasiswi di Dataran Hayyul 'Asyir pada program Wada' Ramadhan anjuran Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL). Ucapan beliau itu yang memakan masa lebih dua jam itu mengupas tajuk Manhaj Al-Azhar Dalam Aqidah Dan Syariah telah berjaya memukau para hadirin yang datang membanjiri dataran tersebut.

Beliau memulakan perbincangan dalam Fekah. Menurut beliau, sejak dahulu telah terdapat 90 orang ulamak yang dikenali sebagai "mujtahid" dalam Islam. Antara mereka, Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Malik,Imam Ahmad bin Hanbal,Imam Laith bin Sa'ad serta ramai lagi. Namun akhirnya masyarakat dunia menerima empat dari kalangan mereka sebagai sumber Islam bagi mazhab Fekah dalam Islam iaitu empat Imam Mazhab yang masyhur. Begitu juga dalam bidang Aqidah, lahirnya aliran Asy'ari dan Matrudi. Begitu juga dalam bidang Hadis,diiktiraf enam kitab sebagai sumber bagi bidang Hadis antaranya Bukhari dan Muslim.

Presiden PMRAM bersama Syeikh UsamahMenceritakan kehebatan manhaj yang dibawa oleh Al-Azhar beliau menerangkan bagaimana Al-Azhar berjaya mengambil tempat di hati kalangan para ulamak silam dari pelbagai negara di dunia ini. Antara mereka yang mengembara dalam perjalanan menunaikan haji dari negara masing-masing,singgah seketika di Al-Azhar. Antara mereka hingga tinggal mepelajari di Al-Azhar beberapa tahun hingga dilantik sebagai Syeikh Al-Azhar. Untuk itu, beliau turut menerangkan kehebatan mereka hingga ada yang mahir dalam bidang lain selain ilmu agama. "Ada kalangan syeikh Al-Azhar dahulu pernah menulis buku tentang kejuruteraan,muzik,geografi dan sains,"ujar beliau.

Di Al-Azhar, terdapat 70 lebih ilmu agama Islam yang diajar termasuk Tafsir, Hadis,Usul Feqh dan pelbagai lagi.

Menurut Syeikh Usamah yang banyak mempelajari ilmu dari Mufti Mesir sekarang,Dr.Ali Jumaah, ilmu-ilmu yang berada di dalam tulisan tidak mencukupi tanpa pemegang amanah yang menanggung ilmu-ilmu tersebut.

Beliau juga menasihati para mahasiswa dan mahasiswi agar berpegang dengan manhaj yang dibawa oleh Al-Azhar kerana ia adalah terjaga. "Jika seorang dari kalangan ulamaknya terpesong dari manhaj ini,akan ada lagi berpuluh-puluh lagi ulamak lain yang akan mempertahankannya (manhaj tersebut),"

Majlis yang dikendalikan oleh mantan Presiden PMRAM, Ustaz Hairul Nizam Mat Husin tersebut turut membuka sesi soal jawab kepada para hadirin.
sumber : www.pmram.org

Friday, September 26, 2008

Penuntut Ilmu Perlu Capai Qiraah Sohihah

26 September 2008M bersamaan 26 Ramadhan 1429H adalah malam ke 27 pada bulan Ramadhan tahun ini. Saban tahun di Masjid Amru Al-asr akan diadakan solat Tarawikh berjamaah bersama Syeikh Muhammad Jebril. Boleh dilihat gelombang masyarakat Mesir yang hadir dalam majlis solat tarawikh ini. Ribuan atau puluh ribuan dan tidak diketahui jumlah sebenar, yang pasti perkarangan Masjid Amru dibanjiri manusia.

Apabila melihat suasana ini terdetik dihati dan merasakan kekuatan ummat islam antaranya terletak kepada solat berjamaah.Dengan bilangan jamaah yang ramai tidak terhitung ramainya apabila mengaminkan bacaan al-fatihah imam berasa begitu tenang dan kuat untuk terus memperjuangkan Islam.
Ya Allah.. Indahnya jika dapat kita sedarkan diri kita dan ummat tentang keutamaan ini.

Kenapa begitu ramai orang hadir? Sangguh ruku'sujud di tengah-tengah jalan dibawah pohon-pohon pokok kadang-kadang sujud tidak beralas. Namun dengan lelakinya perempuannya, makcik-makcik, pakcik-pakcik datang berduyun-duyun tak tentu dari mana datangnya.Demi ingin mengikuti Solat Tarawikh ini sanggup berkejaran.Persoalan yang jelas jawapannya. Bila diteliti dikaji faktor pembacaan Al-Imam itu sangat menusuk hati. Tambahan orang arab yang memahami isi kandungan Al-Quran. Bacaannya dengan penuh tartil dan tarunum yang ringtonenya sesuai pada ayat membuatkan makmum merasai khusyuk dalam solat.

Indahnya Al-Quran bila dialunkan dengan baik dan betul tajwidnya.Bertadabbur dengan isi kandungan Al-Quran. Diri kita ni perlu kita koreksi tahap mana pembacaan Al-Quran kita. Mampukah kita menjadi Syeikh Muhammad Jebril yang kedua di tanahair kelak. Tambahan pula kita penuntut dan pemburu ilmu percapai tahap Qiraah Sohihah.Bila pulang dan sampai ke tanahair kelak jatuh cinta pandangan pertama terhadap Khirrij Al-Azhar pada bacaannya ketika memimpin solat berjamaah kali pertama.Bermula dari sinilah peranan kita sebagai azhari dan penuntut ilmu untuk berjuang dan berbakti terhadap agama dan masyarakat.

Semoga kita menjadi sebenar-benar penuntut dan pemburu ilmu.

Thursday, September 25, 2008

RAMADHAN DI PENGHUJUNG

Datangnya dinantikan, kehadirannya disambut, keberadaan di dalamnya di manfaatkan, penghujungnya dirisaukan dan pemergiannya dirindukan..


Datangnya Dinantikan..

Bulan yang diawalnya rahmah, dipertengahannya magfirah dan dipenghujungnya bebas dari api neraka. Kedatangan ramadhan amat dinantikan oleh semua umat islam tak kira apa jua lapisan masyarakat. Cuma menjadi perbezaan terhadap niat dan pengamalan setiap syaksi dan intividu itu sendiri. Sebelum kehadirannya disebut-sebut dan diperkatakan. Suasana berubah. Keadaan masyarakat berubah. Iklim pengamalan dan pekerjaan dalam kehidupan berubah. Apabila tiba..


Kehadirannya Disambut..

Persediaan yang meriah, anak-anak pulang bercuti. Berpuasa dan berbuka bersama. Kelainan yang dapat dirasai oleh semua orang. Satu bulan yang ganjil daripada 11 bulan yg lain. Sambutan yang riang. Apabila tiba..



Keberadaan Di Dalamnya Dimanfaatkan..

Orang yang menyedari bertapa untungnya jualan ketika di bulan ini tidak akan melepaskan peluang untuk mempergandakan usaha perniagaannya. Orang yang menyedari bertapa enaknya juadah berbuka yang tidak didapati dari 11 bulan yang lainnya akan tidak melepaskan peluang untuk makan dan merasa semua juadah yang disekelilingnya. Orang yang menyedari bertapa indah amalan dibulan ramadhan tidak akan melepaskan peluang untuk beribadat semaksimum mungkin. Ramadhan bermanfaat dari segenap segi. Hanyalah menjadi penilaian di sisi Allah tahap penghayatan terhadap di bulan ini. Penelitian peristiwa-peristiwa besar dibulan ramadhan yang menjadi sejarah islam yang sentiasa memotivasikan kita sepanjang zaman. Pengamalan didalamnya yang digandakan ganjaran tidak didapati dibulan yang selainnya. Mafhum Hadis Baginda Rasulallah S.A.W " Apabila masuk bulan ramadhan dibuka pintu syurga seluas-luasnya, ditutup pintu neraka serapat-rapatnya dan dibelenggu syaitan" ini peluang yang jelas dan amatlah rugi jika diabaikan. Apabila tiba..


Penghujungnya Dirisaukan..

Ramadhan kian meninggalkan. Carilah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lihatlah wajah-wajah insan yang memanfaatkan tika didalamnya. Sedih,pilu, sebak, takut dan risau akan peninggalannya adalah pertemuan terakhir. Risau akan Madrasah Ramadhan ini tidak dapat dilaksanakan di bulan lainnya. Apabila tiba..


Pemergiannya Dirindukan..

Untuk menemukannya jarak amatlah jauh sehingga 11 bulan mendatang. Bermula episod rindu dan terus merindui. Seringlah berdoa semoga ramadhan yang lalu bukanlah yang terakhir. Semoga ditemukan dimasa mendatang dengan lebih bersemangat dan penuh tadabbur.


Kembalilah Berdoa Allhumma Ballighna Ramadhan.

Saturday, August 30, 2008

ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Ramadhan bulan yang dinantikan

Insan soleh mencari ramadhan

Ramadhan senantiasa dirindui


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Bulan penuh rahmah dan magfirah

Bulan digandakan pahala dalam amalan

Bulan yang diikat syaitan


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Amalan digandakan

Ramadhan madrasah

Madrasah Quran, Madrasah Ibadah

Madrasah meninggalkan maksiah daiman abada


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Padanya satu malam

Terlebih baik dari seribu bulan

Pahala digandakan dosa diampunkan

Carilah malam yang dinamakan lailatul qadar


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Bulan pengikat hati kepada Allah

Bulan peneguh kepada ukhuwwah fillah

Moga amalan kekal walau ramadhan meningalkan


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Rindu padanya tika tiba dan pergi

Penuhi,manfaati bila didalamnya

Ramadhan adalah role model bila diluarnya


ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN

Fi kulli sanah

Ramadhan Alkarim AlluhuAkram.

Friday, August 8, 2008

MAHASISWA DITUNTUT MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PALESTIN


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Ana mulakan coretan kerdil ini dengan ayat basmalah agar amalan kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. "Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang" pelbagai tafsiran ulama' mengenai ayat basmalah ini.
Basmalah adalah kalamullah yang diturunkan kepada Rasulallah S.A.W yang terdapat dalam surah An-nahl. Cuma menjadi perbezaan pendapat antara mazhab adakah dikira pada awal surah fatihah ataupun tidak. Apa apa pun 'ala kulli hal basmalah merupakan ayat yang terdapat padanya banyak kelebihan.Hatta dari kecil kita diajar agar memulakan sesuatu dengan ucapan Bismillahirahmanirrahim.

Meniti kehidupan sebagai mahasiswa adalah satu tempoh yang amat berharga dan amat bernilai kepada diri,keluarga dan masyarakat. Satu lagi sudut yang perlu mahasiswa lihat walaupun masih belum di lapangan ummat, adalah membantu dan memberi sumbangan dalam apa jua jenis bantuan dan sumbangan terhadap masyarakat Palestin khususnya dan negara-negara lain amnya.
Kini mahasiswa di bumi Mesir melancarkan Projek Sumbangan Amal Palestin 2008 dibawah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Projek ini dilakukan saban tahun di Republik Arab Mesir ini. Ana melihat ini adalah usaha yang mulia dan perlu kepada mahasiswa/wi menyahut dan memberi sumbangan seadanya. Walaupun kita tidak sampai ke tahap memakai pakaian tentera dan bersenjata untuk mempertahankan Palestin namun dengan usaha memberi sumbangan pakaian,wang, barangan elektrik,makanan kering, kelengkapan rumah dan sebagainya kepada rakyat Palestin adalah antara usaha mempertahankan bumi Palestin.
Kita jelas rintihan yang dialami oleh Palestin air mata setiap masa dan waktu berlenangan dalam menempuh kehidupan yang penuh duri. Kita mahasiswa perlu merasai dan rasa terpanggil untuk membantu dan memberi sumbangan. Perlu kita sentiasa berdoa dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah S.W.T terhadap bumi yang bersejarah ini dan antara bumi kemulian islam.
Ana menyeru diri ana sendiri, sahabat dan sahabiah seperjuangan agar kita tergolong di dalam golongan insan yang membantu insan yang memerlukan. Sumbanglah sekadar mana yang kita mampu moga kita mendapat Keredhoan dari Allah 'Azza Wajalla.Amin.

KEMBALIKAN HAK PALESTIN

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai 'nakba'.

PalestinNakba bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui Setiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).

Isu Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

PalestinCadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitulmaqdis) diletakkan di bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Pengganas Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa a.s lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin untuk tempoh empat tahun sahaja sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636M - 1917M).

Bangsa Yahudi juga suatu ketika dahulu ramai yang telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengannya terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M - kurun ke-20).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah.

Rasulullah SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani - martabat Hassan)

Palestin - al-AqsaSelain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan keistimewaan Baitulmaqdis di dalam Islam yang menunjukkan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Ia juga menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayangi bumi Palestin ini. Malah ketika Umar al-Khattab r.a menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah wakaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.

Artikel ini ditulis oleh Najib Afif Arip seperti mana yang tersiar di Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut tentang Palestin boleh juga didapati di Palestin Kini.