Kesibukan dalam menuntut ilmu dan tangungjawab terhadap persatuan adalah menjadi rutin harian kepada pemburu ilmu. Pelbagai ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai sebelum bergelar 'alim ulama'. Ilmu Allah itu luas
19 Julai 2008 satu ilmu yang kudapat dan perlu dalami secara serius. Hari ini bermula Konvensyen Anak Kedah Mesir yang bertemakan "Ke arah memperkasa institusi surau dan masjid". Dalam program ini pemburu ilmu ingin mengatakan bahawa program ini adalah memberi satu ilmu yang penting yang boleh dinamakan ilmu masyarakat. Ilmu masyarakat inilah yang akan dilaksanakan oleh setiap pemburu ilmu apabila di
Slot kedua kami peserta diisi dengan perubatan islam sunnah yang ditinggalkan. Setelah melihat perbentangan berkaitan at-tib nabawi dalam perubatan islam apa yang boleh pemburu ilmu simpulkan walaupun kini perubatan canggih yang pelbagai namun perubatan secara islam tidak wajar ditinggalkan. Pemburu ilmu juga mendapat ilmu-ilmu baru daripada pembentangan ini. Jika disoal dimana ilmu masyarakat dalam slot ini? Boleh pemburu ilmu nyatakan bahawa perkataan islam itu sudah cukup untuk mengembalikan masyarakat kepada "addin" yang menjadi cara hidup buat masyarakat. Jika hanya dengan menggunakan perubatan moden yang dimonopoli oleh dunia barat maka tidak dapat diterapkan "addin" dalam masyarakat. Jadi perubatan islam juga merupakan ilmu masyarakat yang perlu dikuasai oleh pemburu ilmu.
Pengisian disebelah petang adalah yang terpenting dan bertepatan dengan bidang yang diambil oleh pemburu ilmu di Universiti Al-Azhar As-Syarif. "Perundangan Kekeluargaan Islam" menjadi topik perbentangan dalam slot di sebelah petang ini. Pelbagai input yang baik dan perlu pemburu ilmu titikberatkan. Soal perkahwinan, perceraian, masalah rumah tangga, masalah gejala anak-anak, bagaimana untuk mendidik anak-anak, prosuder dalam mahkamah syariah dan jabatan agama adalah antara maudu' yang diperbincangankan. Pemburu ilmu juga boleh menterjemahkan pembentangan ini sebagai kursus perkahwinan. Soal kekeluargaan ini lebih menjurus kepada perkahwinan. Jika tidak berkahwin bagaimana timbul keluarga. Perbentangan ini memang penting dan la budda untuk pemburu ilmu perlengkapkan dan perkemaskan agar boleh disesuaikan dengan masyarakat bila tiba di
Klimak untuk program pada hari pertama ini adalah di sebelah malam yang di bentangkan oleh Sohibus Samahah Mufti Kelantan Darul Naim Datuk Haji Syukri. Tajuk yang dibincangkan adalah "Institusi Surau dan Masjid Pusat Kecemerlangan Ummah". Tajuk yang baik dan dibentang oleh orang yang terbaik. Ilmu yang berkaitan masjid memang wajib dituntut oleh pemburu ilmu dalam menambat hati masyarakat dalam menarik mereka kepada landasan yang kebenaran. Melihat kisah Baginda Rasulullah yang berhijrah dari
Panjang lebar pemburu ilmu persembahkan mengenai program yang dijalankan bertujuan untuk penuntut ilmu menguasai ilmu masyarakat.
Boleh pemburu ilmu simpulkan bahawa peripentingnya penuntut ilmu atau mahasiswa yang bakal terjun di lapangan ummat kelak agar mendalami dan mengetahui kaedah dalam membawa masyarakat pada kemudian hari.
No comments:
Post a Comment