Monday, August 16, 2010

LETERAN YANG AMAT BERMAKNA


Amanat YAB MB

8 Ogos 2010, Dataran Haiyu Asyir : Majlis ramah mesra anak-anak Kedah bersama Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ustaz Azizan bin Haji Abdul Razak Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya. Pertamanya saya memohon maaf kepada YAB Menteri Besar jika tajuk ini mengurishati dan perasaan YAB MB itu pun jika terbaca entri ini. Mahupun begitu sayameletak tajuk ini berdasarkan ucaptama YAB MB yang menyatakan ingin berleter kepada anak-anak Kedah di Mesir ini atas tujuan kebaikan. "Leteran Yang Amat Bermakna" bagi saya sebagai seorang pelajar anak jati Kedah merasai apa yang dileterkan oleh YAB MB. Kelihatan dewan yang dibina dengan berbatang-batang kayu dan berhelai-helai kain warna warni serta berutas-utas tali ini begitu gamat dengan seloroh YAB MB ketika menceritakan beberapa cerita menarik ketika zaman beliau di Universiti Al-Azhar satu ketika dahulu. YAB MB memperjelaskan tujuan beliau serta ahli rombongan ke Mesir sebelum berlepas ke Jeddah untuk menunaikan umrah. Terdapat 3 tujuan penting YAB MB serta rombongan ke Mesir. Tujuan yang pertama adalah bertemu dengan Naib Rektor Universiti Al-Azhar dan Rektor Kuliyyah Perubatan dan Pergigian bagi tujuan untuk membina sistem pengajian 2 + 4 ( 2 tahun di Insaniah dan 4 tahun di Al-Azhar) dalam bidang perubatan. YAB MB begitu berharap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ini akan dapat bersaing dengan universiti-universiti bertaraf antarabangsa. Yang kedua membuat pertemuan dengan Kementerian Pertanian Mesir atas dasar ingin bertukar pandangan dan pendapat mengenai pertanian di Kedah. YAB MB bercadang membawa pakar tanah di Mesir untuk mengkaji tanah di Kedah apakah terdapat kesesuaian produk yang boleh ditanam di Kedah yang bakal menghasilkan produk sama baik
produknya dari Mesir. Antara yang dirancang adalah mempelam dan delima. Tujuan yang ketiga tidak lain tidak bukan adalah ingin menemui mahasiswa/wi di Mesir ini bagi memastikan taraf kebajikan dan akademik sentiasa diberi keutamaan.

Saya 3 dari kiri YAB MB

Saya hanya ingin mengulas tujuan yang ketiga YAB MB dan rombongan datang ke Mesir. Berbalik tajuk saya di atas YAB MB memberi leteran yang cukup baik buat mahasiswa/wi pada ucaptama pada malam ramah mesra itu. Kepetahan YAB MB berucap dengan disulami dengan dwi bahasa dunia iaitu arab dan inggeris melambangkan kehebatan beliau dalam mengusai bahasa pertuturan dunia ini. Ini point saya yang pertama. YAB MB menekankan penguasaan bahasa arab. Beliau memberi contoh yang boleh kita jadikan sempadan. Ketika YAB MB sebelum di kerusi Menteri Besar beliau pernah menemuduga mahasiswa yang pulang dan ingin menjadi tenaga pengajar di KIDU(Kolej Islam Darul Ulum). Dalam temuduga tersebut YAB MB menanyakan soalan di dalam bahasa fusha( bahasa arab baku). kam muddah anta fil misr? mahasiswa tersebut berkata saya di Mesir cakap arab ammi( loghat orang tempatan Mesir), YAB MB kata ok. enta bita'mil eh dilwakti? mendengar soalan itu mahasiswa ini masih belum mengeluarkan sebarang perkataan arab dari mulutnya dan akhirnya keluar dari dewan temuduga tersebut tanpa memperolehi apa-apa. Bedasarkan cerita YAB MB ini apa yang kita dapat? walaupun sudah pulang dari Mesir masih tidak mampu berhiwar dalam bahasa arab. Jadikan sempadan dan kita yang masih di sini penuhi liqa'- liqa', kelas-kelas tafaqquh , berkawan dengan arab agar kita kuasai lughatul jannah ini dengan baik.

Ust Anib, ahli bait di dalam majlis

Ust Syun.. Terima anugerah tokoh ilmuan dan Ust Syauqi.. Mahasiswa cemerlang

Ust Zahran.. Pemangku YDP MKKK memberi ucapan aluan

En. Saiful Wakil Duta

YAB MB menyentuh berkaitan musim cuti atau fatrah menunggu natijah untuk memasuki sesi pengajian yang berikutnya. YAB MB seolah-olah tidak merestui anak-anak Kedah yang pulang hanya dengan alasan ingin bercuti. Katanya "takyah balik lah dok sini pulun cari ilmu", ini bermakna YAB MB cukup-cukup mengambil cakna kepada anak-anak Kedah di Bumi Mesir ini agar tuntutlah ilmu dah tamat pengajian baru pulang berbakti dengan ilmu yang cukup dan serba lengkap. Katanya lagi dalam nada yang menyindir "kalau balik dok tangkap ikan puyu ja baik takyah balik lah". Lihat sahaja di musim cuti ini begitu banyak tempat pengajian yang berjalan bagaikan air yang mengalir tidak putus-putus ianya hanya menunggu kita menghulurkan tangan menadah lalu diambil untuk jadikan bekalan.

YAB MB di ladang

Sidang pembaca sekalian, YAB MB juga bercakap mengenai kerjaya buat anak-anak Kedah di Mesir ini. Kaitan ilmu dan kerjaya sesuatu yang tidak dinafikan. Sematkan ilmu di dada pulanglah dengan penuh bergaya agar suatu hari kelak dapat membina kerjaya yang berjaya. Seruan YAB MB agar aliran agama ini terjun ke dalam semua sektor pekerjaan. YAB MB menekankan agar graduan Al-Azhar ini memohon menjadi Pegawai Tadbir Negeri atau KCS. Bidang ini bidang yang penting dalam pentadbiran negeri Kedah. Alangkah baiknya jika lepasan Al-Azhar berada di sektor ini demi memacu pentadbiran kerajaan negeri berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Sebenarnya banyak amanat yang disampaikan di dalam ucapan YAB MB, saya hanya mengungkap apa yang boleh dilampirkan di dalam entri ini supaya dijadikan motivasi untuk terus cemerlang. YAB MB sebenarnya telah mencapai satu sejarah buat azhariyyun. Beliau mampu berada di kiri,kanan,depan dan belakang masyarakat. Menunjukkan contoh buat azhariyyun agar mengikut jejak langkah kejayaannya dalam pengajian dan kejayaannya dalam berbakti kepada masyarakat. Sebelum akhir, YAB MB mencerikatan kelibatnya dengan persatuan ketika beliau di bangku penuntut dahulu. Beliau antara pengasas MKKK dan pernah memegang jawatan Naib Yang Dipertua PMRAM. Ini menunjukkan bahawa penglibatan diri dengan persatuan antara 'isi' yang membentuk YAB MB menjadi hebat dan dikagumi kawan dan lawan. Beliau memuji MKKK yang kini berusia lebih 40 tahun kian maju dan membangun. Katanya dalam nada yang bergurau " dulu kami tubuh MKKK ni nak cari periuk kenduri ja". Tidak disangka tradisi ini jugak masih diteruskan oleh generasi-generasi kini.

Saya nun di belakang.. Rasydan(Pengarah Sambutan MB) dan Bgya..

YAB MB bertemu Pihak Al-Azhar

Akhirnya, Maaf entri ini agak kelewatan namun walaubagaimanapun ambillah ucapan dan amanat YAB MB ini sebagai nilai tambah. Marilah sama-sama kita baiki di mana kelemahan kita selagi masa masih Allah S.W.T izinkan. Semoga kita mendapat istifadah dari kehadiran rombongan ini dan terutama amanat yang disampaikan oleh YAB MB. Diharapkan 'leteran yang amat bermakna' ini menjadi serba sedikit motivasi kepada kita semua yang masih di dalam arus dan arena membanting tulang mengejar impian.

Abu Bakar Razak
Asrama Darul Aman 2, Haiyu Asyir
5.43 pagi, 17 Ogos 2010

No comments: