Wahai Mata Rantai MKKK
Lahirmu dikala kesatuan
Wujudmu merungkai kekusutan
serlahmu sebagai tapak kekuatan
Pembasmi ketakutan penyemai keikhlasan
MKKK kau pemupuk mata rantai perjuangan
MKKK kau tak jemu
MKKK kau tak kisah
MKKK kau masih mampu tersenyum
MKKK kau masih meneruskan langkah
Walau pelbagai dugaan kau tetap redah
40 tahun berlalu
Sejarah kegemilangan kau ukir
Berbakti kepada anak Kedah Mesir
Menemani tatkala susah
Jerih payah kau tetap bersama
Pilu jika kau diguris
Sedih jika kau difitnah
Sebak jika kau ditohmah
Terasa jika kau dipersalah
Tangisan kan mengalir namun kau tetap tabah
Wahai mata rantai MKKK
Wahai nakhoda bahtera MKKK
Teruskan perjuangan
ini medan melatih diri
Ini medan pekemas bakti
agar kelak kan menjadi pejuang hakiki
Wahai mata rantai MKKK
Kuatkan dirimu tabahkan hatimu
Jangan hampakan MKKK yang sekian lama padu
Kemajuan dan kebangkitan di tapak tanganmu
MKKK terus jitu dengan kesungguhanmu
Wahai mata rantai MKKK
MKKK mempunyai cita-cita dan matlamat
MKKK mempunyai hasrat dan semangat
Fahamilah yang tersurat
Laksanakan dan jayakan yang tersirat.
assiddiq
11.15 pagi
Asrama Darul Aman, Hayyu Asyir
13 Februari 2009
No comments:
Post a Comment