Wednesday, May 18, 2011

حاشية ابن الأمير Diajarkan di Masjid Al-Azhar

Syeikhuna Dr. Jamal Farouq bersama
Fadhilatul Syeikh Muhaddis As-Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani
(Ulama' dari iskandariah)


Syeikhuna Dr. Jamal Farouq di Majlis Zikra (memperingati)
Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim di Masjid Al-'Asyairah Al-Muhammadiah

Syeikhuna Dr. Jamal Farouq bersama
Fadhilatul Syeikh Ahmad Hajain (Mudarris) di Masjid al-Azhar As-Syariff


Kitab Hasiyyah Ibni Amir (Ilmu Tauhid)

Dapatkan di Maktabah Bayan Al-Arabi (belakang Al-Azhar) dengan Harga L.E 23.00

Assalamualaikum..

Aqidah suatu ilmu yang wajib dipelajari. Ayuh sahabat dan sahabiah kita lapangkan masa untuk mendalami ilmu ini. Tanpa ilmu ini bagaimana kita mampu berdiri di hadapan masyarakat sebagai daie dalam membawa masyarakat ke jalan yang sebenar. Aqidah adalah masalah pokok atau masalah usul yang wajib kepada umat islam mempelajarinya dan menjadi pegangan supaya tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Jadi sahabat sahabiah ilmu tidak mendatangi tetapi ianya didatangi.

Hasiyyah ini karangan Syeikh Al-'Allamah 'Alim Al-'Arabiah Wa Faqih Al-Malikiyyah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Abdul Qadir bin Abdul Aziz As-Sanbawi Al-Azhari. Masyhur dengan panggilan Al-Amir. Dilahirkan di Sanbu, Mesir pada tahun 1154 Hijrah. Belajar di Al-Azhar. Hasiyyah ini syarah kepada Kitab Ithaful Murid karangan As-Syeikh Abdul Salam bin Ibrahim bin Ibrahim Al-Laqqani Al-Masri Al-Maliki Al-Faqih. Merupakan pakar fiqh maliki pada zamannya di Kaherah. Beliau juga seorang ahli kalam, sufi dan faqih. Manakala Kitab Ithaful Murid ini syarah kepada matan Jauharah Tauhid yang masyhur dalam ilmu tauhid. Pengarang matan ini adalah bapa kandung kepada As-Syeikh Abdul Salam sendiri iaitu Al-Imam Ibrahim Al-Laqqani.

Sahabat sahabiah sekalian berita gembira kitab ini baru mula diajarkan oleh Fadhilatul As- Syeikh Al-Murabbi Al-Mutakallim Syeikhuna Ad-Doktor Jamal Farouq Ad-Daqqaq Al-Husaini di Anjung Al-Atrak, Masjid Al-Azhar As-Syariff. Pengajian setiap hari Ahad pada jam 5.30 petang. Bagi yang berkelapangan ayuh sama-sama kita memenuhi majlis ilmu al-azhar as-syariff dan bermujalasah bersama ulama serta menerima ilmu dan tarbiah dari para masyaikh. Semoga kita mendapat keberkatan dari para masyaikh seterusnya moga-moga ilmu yang dipelajari Allah memberi kefahaman yang jelas serta mampu mensyarahkannya kembali untuk melancarkan kesahihan tauhid kepada Allah Jalla Wa'Ala.

Tuesday, April 12, 2011

KITAB SYAMAIL MUHAMMADIAH DIBACAKAN DI MASJID AL-AZHAR AS-SYARIFF

ASSALAMUALAIKUM BERITA GEMBIRA BUAT PENUNTUT DAN PENCINTA ILMU..

Hayati dan fahami Syamail Muhammadiah agar dapat menghidupkan
Mahabbatul Nabi di dalam jiwa kita


Fadhilatul Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari

Bermula 3 April 2011

Fadhilatul Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari, Allamah Fil Hadis meluangkan masa bersama penuntut dan pencinta ilmu bagi menhidupkan kembali majlis pembacaan hadis di bumi Azhar As-Syarif. Kitab ini dibacakan mengikut jadual. Jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Bagi sahabat-sahabat yang berkelapangan ayuh kita turut bermujalasah bersama fadhilatul syeikh moga-moga tekun kita ini sikit demi sikit diberi ruh dalam jiwa kita dalam mengenali ahsanul khalq,sayyidul basyar nabi kita Muhammad Sallallahu alaihi wa alihi wasallam. InsyaAllah Fadhilatul syeikh akan membaca dan memperdengarkan hadis sunan tarmizi setelah tamat pembacaan kitab syamail dalam masa tak berapa lama lagi. Marilah kita sama-sama duduk dan hayati kekuatan majlis ilmu bersama para masyaikh kita. Kita doakan agar kita diberi hidayah dan taufiq dari Allah Jalla Wa 'Ala dalam menyelusuri perjalanan sebagai penuntut ilmu di bumi Barakah ini.

Wednesday, November 17, 2010

KORBANKAN DIRI,HARTA DAN MASA DEMI ISLAM

Assalamualaikum..
Sahabat dan Sahabiah..

Salam Aidil Adha

17 November 2010, Kampung Ulu Tawar, Karangan, Kulim - Sambuatan hari raya pada kali ini cukup berbeza bagi diri ini yang telah meninggalkan Malaysia selama 5 tahun. Namun bila dilihat dan dikaji perubahan tidaklah terlalu ketara. Hari raya korban ini cukup-cukup memberi peringatan kepada kita sebagai umat islam yang hanya sementara di alam ini. Sejarah korban yang pada mulanya disyariatkan kepada Nabi Ibrahim 'alaihi salam dan kemudian kepada kita umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam membawa pelbagai erti. Antara intipati ibadah ini adalah ketaatan dan pengorbanan terhadap perintah Allah subhanahu wa taala yang harus kita korbankan demi mentaati perintah Allah.Jika kita meneliti sejarah ini sememangnya kita meletakkan diri, harta dan masa kita demi menegakkan agama Allah dan syariat agar dijadikan panduan hidup buat umat manusia sekaliannya.

Ibadah korban adalah sunat muakkad, sunat yang dituntut agar umat islam yang berkemampuan melakukan ibadah korban. Adalah makruh kepada sesiapa yang berkemampuan sekiranya tidak melakukan ibadah yang hanya dijalankan sekali pada setiap tahun. Sejajar dengan ibadah korban turut disyariatkan ibadah haji yang menjadi kefarduan kepada semua umat islam. Ibadah yang tidak membezakan pangkat,darjat dan sebagainya menunjukkan penyerahan diri sebulatnya kepada Allah subhanahu wa taala yang maha kuasa pada setiap sesuatu.

Di Aidil Adha ini memperingati kita kembali agar kita benar-benar merasai pengorbanan para anbiya' dalam melaksanakan kewajipan menunaikan perintah Allah. Seterusnya menjadikan kita sebagai seorang yang bertanggungjawab meneruskan perjuangan para anbiya' dalam mendakwah kebenaran. Ayuh sababat dan sahabiah di mana kita berada ditahap mana kita duduki jangan kita lupakan tugas sebagai seorang muslim untuk menegakkan yang hak dan menegah yang batil. Sama-sama kita berdoa agar bersama para solihin dalam menelusuri kehidupan yang pasti hanya sementara dan akhirat jua selamanya.

Cerita bila di bumi Malaysia amatlah memberi sesuatu perbezaan kepada kita ketika di bumi Mesir. Pelbagai ujian datang dalam memastikan diri kita mampu untuk berdiri di tengah-tengah masyarakat. Satu hal yang ini saya tekankan, ilmu masyarakat adalah cukup-cukup penting bila kita berada di bumi Malaysia disamping kita kukuhkan ilmu-ilmu yang kita ceburi. Sahabat dan sahabiah jangan kita berlengah dan tekunlah belajar di sana.

Pohon doa sahabat dan sahabiah moga diri ini masih diberi peluang dan kesempatan untuk hadir semula ke bumi kinanah.

Selamat hari raya aidil adha buat sahabat dan sahabiah di bumi Mesir dan kawan-kawan yang telah berada dan terjun di bumi Malaysia. Moga kita semua diberkati dan dirahmati.

Doakan esok ijtima' ulama' dan tok guru pondok-pondok seluruh negeri Kedah di Kg Memali Baling agar berjalan dengan lancar.

Abu Bakar Razak
Seberang Perai, Pulau Pinang
18 November 2010
Jam 3.04 petang.

Monday, November 8, 2010

15 September 2005 - 8 November 2010 di Mesir..pelbagai mutiara.

Salam..
Sahabat dan Sahabiah..
Catitan ini ditulis di Singapore Airport.

Lebih 5 tahun berada di Mesir dan kini dalam perjalanan pulang ke bumi Malaysia tercinta. Mungkin banyak perubahan. Harapnya diri ini dapat sesuaikan diri dengan keadaan malaysia, al ma'ruf la yu'raf di Mesir kita cukup berbeza. Dari pelbagai sudut, harapnya sikap yang sering diamalkan di Mesir tidak dibawa ke Malaysia.

Kenangan di Mesir cukup banyak jika ingin disisipkan satu persatu di laman siber ini. Namun perkara yang takkan dilupakan adalah keindahan dan suasana ilmu serta jilsah ma'a ulama' terutama ulama' Al-Azhar As-Syariff. Doakan daku kembali lahir ke Mesir kerana diri ini masih kerdil dalam dunia ilmuan.. Hari Sabtu 6 November 2010 sempat masuk kelas bersama Syeikh Sayyid Syaltut guruku yang banyak memberi bakti dan curahan ilmu tanpa jemu terutama dari bidag ilmu fiqh dan ilmu usul fiqh. Dalam kelas tersebut terselit nasihat yang cukup berguna, Syeikh Sayyid menghuraikan mengenai peringatan Al-Imam As-Syafie mengenai 6 perkara yang perlu ada bagi seseorang penuntut ilmu. Satu persatu diterangkan hinggalah yang terakhir..tholuzzaman.. Memang keilmuan sesuatu yang tiada penghujung. Keterangan dari Fadhilat As-Syeikh memberikan semangat yang kuat pada diri ini.

Tidak kusingkapkan nama-nama kawan-kawan yang cukup baik di dalam catitan ini, aku khuatir jika da yang tercicir dan kemungkinan akan terguris hati. Jadi secara umumnya, kawan-kawan yang kukenali adalah mereka yang banyak berbakti. Kadang berkongsi masalah suka dan duka. Semoga jasa baik kalian dibalas ganjarannya dari Allah 'Azza Wa Jalla.

Doakan diri ini, lahir semula di Mesir untuk meneruskan pencarian ilmu yang masih kurang dan sungguh cetek dalam diri ini. Sabahat Sahabiah di Mesir, Ambillah peluang dan kelapangan di Mesir untuk penatkan diri, sibukkan diri dengan mencari ilmu serta jangan tinggalkan warisan jilsah ma'a ulama yang diteladani dari Majlis nabawi dan disambung perjalanannya dalam menyampaikan dan mengambil ilmu dari para masyaikh hingga ke hari ini.

Disamping itu jangan dilupakan ilmu masyarakat yang telah diwujudkan sekian lama dan dibawa oleh persatuan-persatuan yang tertubuh di bumi Mesir. Bagi Anak-anak Kedah thabatkan diri dengan wahdah kita iaitu Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, selain itu bersama persatuan induk Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Impaknya cukup baik dalam medan belajar sebagai seorang yang bakal pulang dan memberi inzar kepada masyarakat.

Yang terakhir adalah ingatan agar memberi fokus yang terbaik buat akademik. Ini adalah dalil keilmuan secara zahir. Kuliah jangan ditinggalkan kecuali ada alasan dan sebab-sebab yang kukuh. Wajibkan diri sendiri ke kuliah. Hadir Muhadharah besama Doktor dan bertanya jika ada yang tidak difahami.

Sekali lagi buat tatapan sahabat sahabiah kita di bumi Mesir tidak dapat lari dari 3 perkara. Jika kita tinggalkan satu atau dua daripadanya nescaya perjalanan kita akan agak tempang. Ini pandangan dan pada pengamatan saya.
1. Fokus Akademik, dapatkan natijah yang terbaik dari usaha yang sehabis baik.
2. Fokus Pengajian, kemantapan ilmu dengan hadir majalis ilmu bersama ulama'.
3. Menggabungkan diri dengan persatuan, menjadikan medan belajar sebelum benar-benar pulang berbakti.

Cubalah sedaya upaya supaya kita berada di dalam ketiga-tiga situasi di atas. Semoga kehidupan dan perjalanan kita sebagai penuntut ilmu terus subur walau lama mana kita di bumi Kinanah.

Nasihat ini buat diri ini jua, salah silap harap dimaafkan.

Sebelum daku akhiri catitan ini, ingin kuulangangi harapan doa kalian agar diri ini kembali ke Mesir. Siiru 'ala barakatillah.

Sekian wassalam.

Abu Bakar Razak
10.15 pagi
Singapore Airport
9 November 2011.

Sunday, October 31, 2010

Pembacaan Kutub Sittah Hari Keempat(31/10/10) Hari Terakhir.

Pembacaan Hadis 12. Syeikh Jamal Farouq Al-Daqqaq.

8.15pagi: Sambungan pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-2863.

9.50pagi: Tangguh pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-2941.

Pembacaan Hadis 13. Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani.

10.00pagi: Sambungan pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-2942.

12.00tengahari: Tangguh pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-3086.

Majlis solat dan makan.

Pembacaan Hadis 14(Terakhir). Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani.

1.30petang: Sambungan pembacaan hadis bukhari pada kitab jihad dan siari. Hadis ke-3087.

3.00petang: Tamat pembacaan hadis bukhari pada akhir kitab jizyah. Hadis ke-3189. Berakhir pembacaan bagi majlis pembacaan kutub sittah siri 2.

Majlis solat dan rehat sementara menunggu majlis penutupan pembacaan kutub sittah siri 2.

Saturday, October 30, 2010

Pembacaan Hadis 11. Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani.

3.30petang: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab syurud. Hadis ke-2711.

5.20malam: Tangguh pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab jihad dan siar. Hadis ke-2863.

Majlis pembacaan hadis sohih bukhari ditangguhkan dan akan disambung pada keesokan hari.

Pembacaan Hadis 10. Syeikh Jamal Farouq Al-Daqqaq dan Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari.

1.15petang: Sambungan pembacaan hadis sohih bukhari pada kitab syahadat. Hadis ke-2637.

3.00petang: Tangguh pembacaan hadis sohih bukhari pada akhir kitab sulhi. Hadis ke-2710.

Majlis berhenti solat asar berjemaah.