Wednesday, July 3, 2013

Dr Mursi Kamu Tetap Perwira


Dr Mursi..
Bersabarlah
Kerjabuatmu dinilai Allah
Kemenanganmu diiktiraf ummah
Kamu sangat amanah
Jatuhmu kini bukanlah kalah

Dr Mursi..
Kamu berpegang dengan syariat
Kamu bertindak dengan penuh hemat
Kamu diangkat dengan terhormat
Tabahlah kamu adalah panglima ummat

Dr Mursi..
Negara Mesir penuh keberkatan
Hingga disebut berkali dalam Al-Quran
Yakinlah Mesir akan aman
Cuma kini ujian dan dugaan

Dr Mursi..
Jatuhmu hari ini ditangisi
Tanda jasa dan kerjamu menepati
Sedih ini sifat tabii
Kami tahu kamu tabah menempuhi

Dr Mursi..
Ucapanmu tanda cinta
Cinta agama negara dan bangsa
Kami juga turut merasa
Doa kami kamu tidak hiba

Dr Mursi..
Rakyat Mesir pelbagai karenah
Penuh dengan permintaan yang melimpah
Bukan kamu adalah pesalah
Bahkan kamu sang pejuang yang tak pernah kalah

Dr Mursi..
Kami berdoa
Mesir ini akan terbina
Seluruh rakyatnya bersatu dan bersama
Membangun dengan acuan islam yang sempurna
Menjadi contoh kepada dunia
Membawa manusia mentaati agama

At Rumah Baling, Madinah Nasr, Kaherah, Mesir.
11.44 p.m.
 — at Hayyu sabi', Cairo

Tuesday, October 30, 2012

SAJAK KHAS BUAT PIMPINAN MKKK


SAJAK BUAT PIMPINAN MKKK

Guruh berdentum tatkala mendung
Angin kencang bagai memanggil ribut
Hati tetap teguh di bawah satu naungan
Naungan yang berbakti tanpa kepentingan

Wahai Para Pimpinan

Kulihat jiwamu kental
Penuh sabar dan tenang
Tidak mudah putus asa
Bersemangat mengemudi bahtera

Wahai Para Pimpinan

Kami bagai anak-anak yang penuh karenah
Kalian bagai ibu dan ayah yang penuh amanah
Pimpinlah kami sahut matlamat
Demi mencapai kejayaan dunia akhirat

Wahai Para Pimpinan

Diri ini kerdil ingin menyapa
Apatah lagi ingin menunjuk ajar
Hasrat di hati ingin melihat kesempurnaan
Harus kalian kuat, bersatu memimpin persatuan

Wahai Para Pimpinan

Masa bukan gurauan
Peluang bukan sendaan
Kalian di tempat penuh cabaran
Hadapi dengan sebaik-baik penyelesaian

Wahai Para Pimpinan

Tanggungjawab ini satu kemulian
Kewajipan ini satu keistimewaan
Kalian adalah insan pilihan
Harungilah dengan penuh gaya dan kebijaksanaan

Wahai Para Pimpinan

Kami bersama kalian
Kami berdiri tegak di belakang kalian
Teruslah bergerak menuju impian
Menabur bakti mengharap redho Tuhan


Assiddiq86
Isnin, 15/10/2012, 2.51 pm
 Bait Umar Mukhtar ,Haiyu Sabiek, kaherah, Mesir.

Wednesday, December 21, 2011

Solat Jenazah & Majlis Khatam Al-Quran Ke Atas As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Iffat RahimahulLah






20 Disember 2011 : Majlis Khatam Al-Quran Ke Atas As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Iffat RahimahulLah (gambar di atas)

17 Disember 2011 : Solat Jenazah As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Iffat RahimahulLah
(gambar di bawah)





Friday, December 16, 2011

KEHIBAAN MENYELEBUNGI HATI-HATI YANG PERNAH MENUNTUT DENGAN AS-SYAHID SYEIKH 'IMAD 'IFFAT

Assalamualaikum..sahabat dan sahabaiah..

Al-Fatihah Li Sayyidina Al-'Alim Al-Faqih Al-Lughawi As-Syahid As-Syeikh 'Imaduddin Ahmad 'Iffat 'Afifi Rahimahullah.

Sayyiduna Syeikh adalah seorang yang tekun dalam mendidik para pencinta ilmu di Bumi Mesir ini..

Sayyiduna Syeikh memang mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap Islam dan Negara Islam..Pernah Sayyiduna Syeikh mentawaqqufkan pengajian hanya ingin mengikuti perkembangan yang berlaku di tanah Gazzah Palestin..walaupun ketika itu ada yang bangkit menanyakan kenapa harus tangguh pengajian..dan ada juga dikalangan pelajar menyatakan israel ingin mengalih pandangan agar kita tidak menuntut ilmu..maka jawab Sayyiduna Syeikh dengan penuh tenang..sebenarnya jika kita terus menyibukkan diri untuk menuntut ilmu sehingga tidak menghiraukan apa yang berlaku kepada insan seaqidah kita, itulah harapan israel..jadi tawaqquf pengajian ini hingga tamat dan reda apa yang berlaku di Palestin.




Sesungguhnya sahabat-sahabiah semangat juang dalam diri Sayyiduna Syeikh sangat-sangat tinggi..

Sehingga hari ini..di hari jumaat yang cukup berkat ini..Sayyiduna Syeikh digelar As-Syahid.. Syahid di jalan Allah..

Bersama kita doakan semoga Sayyiduna Syeikh ditempatkan dikalangan para anbiya' dan solihin..

Saya mengajak diri saya, sahabat dan sahabiah sentiasa mengingati ini adalah petanda kita sekarang berada di akhir zaman..

Hadis yang cukup masyhur, yang diriwayat oleh Muslim..
"Daripada Abdullah bin Amr bin 'Asr berkata : Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam bersabda : " Bahawasanya Allah subhanahu wa ta'ala tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allahu subhanahu wa ta'ala menghilangkan ilmu itu dengan mengambil(mematikan) alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain".

Keterangan Hadis..
sekarang alim ulama kian berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Para ulama ini bila patah sukar untuk tumbuh dan bila hilang payah untuk berganti. Akan sampai satu saat permukaan bumi akan kosong dari ulama. Alam ini pada ketika itu penuh dengan kesesatan. Dan apa yang dinyakan oleh baginda adalah sesuatu kepastian. Ingatlah, berusahalah kita menuntut ilmu, sebagai pemandu kepada masyarakat dan ummah dengan panduan para alim ulama.

Tambahan
Ayuh kita chek tentang keberhasilan dari kita menuntut ilmu. 7 keberhasilan akan terpancar dari ilmu yang bermanfaat :
1. Bertambah takut kepada Allah subhanahu wa ta'ala
2. Nampak keburukan yang ada pada diri
3. Mengetahui cara sebenar beribadat kepada Allah subhanahu wa ta'ala
4. Kurang kehendak kepada perkara duniawi
5. Lebih berkehendak kepada urusan ukhrawi
6. Nampak dugaan-dugaaan nafsu dan sentiasa menjauhinya
7. Keluar dari telunjuk syaitan dan mengetahui selok belok jalannya

Saturday, July 2, 2011

Hukum Cium Tangan Ulama'

Al-Allamah Al-Muhaddis Al-Mufassir
As-Syeikh Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith Al-Kattani

Al-Allamah Al-Muhaddis Ad-Duktur
As-Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Al-Azhari


Hukum Mencium Tangan Para Ulama'

Soalan :

Kita lihat ramai para penuntut ilmu mereka mencium tangan para ulama' dan para
syeikh, Apakah hal ini diharuskan?
Jawapan :

Gambaran yang pelbagai daripada setiap orang bagi orang yang mempunyai hak keatas mereka maka berbeza dengan perbezaan perkauman dan adat-adat mereka. Sebagai contoh kita melihat di negara semenanjung arab, mereka mencium tangan bapa mereka adalah bagi memuliakannya dan mereka mencium kepala orang yang alim.

Dan asal hukum bagi setiap yang demikian adalah harus dan tidak ada nas yang melarang dari sudut gambaran yang khusus terhadap perbuatan ini di kalangan orang-orang islam.

Adapun mengenai masalah mencium tangan orang yang alim, maka harus demikian bagi orang yang alim lagi warak.Mencium tangan pemerintah yang adil, ibubapa dan para guru adalah hak bagi meninggikan mereka serta memuliakan mereka.

Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhu pada satu peperangan daripada peperangan bagainda Rasulullah sallahu 'alahi wasallam disebutkan dalam kisah ini telah berkata : "Kami menghampiri bagainda Rasulullah sallahu 'alahi wasallam dan kami mencium tangan bagainda Rasulullah sallahu 'alahi wasallam.

Sesungguhnya ijmak para mazhab feqah tidak mengharamkan mencium tangan orang yang alim lagi soleh. Dan mereka berpendapat hal demikian adalah harus dan sunat. Maka didatangkan pandangan daripada mazhab-mazhab feqah yang muktamad :

Mazhab Hanafiyah menjelaskan hukum harus mencium tangan orang yang alim lagi soleh atas sebab mengambil berkat dan kemuliaan. Dan berkata Haskafi Al-Hanafi : "Tidak mengapa dengan mencium tangan seorang lelaki yang alim".Dan mencium tangan orang yang warak atas sebab untuk mengambil keberkatannya.

Berkata Ibnu Nujaim : "mencium tangan orang yang alim dan pemerintah yang adil dibolehkan", diriwayatkan dari Sufyan sesungguhnya berkata : " mencium tangan orang yang alim dan pemerintah yang adil adalah sunat".

Telah menyebut Al-Zila'ie mengenai mencium tangan dalam nasnya :"Dan adapun atas sebab kehormatan dan kemuliaan maka hukumnya harus, dan telah memberi kelonggaran Syeikh Imam Shams daripada ulama' As-Sarkhasi, dan sebahagian daripada ulama' yang mutaakhir ini mencium tangan orang yang alim dan orang yang warak dengan sebab mengambil berkat. Dan telah mencium Saidina Abu Bakar akan diantara dua mata nabi sallahu 'alaihi wasallam dan selepas itu saling menerima.Berkata Sufyan As-sauri: "mencium tangan orang yang alim atau pemerintah yang adil adalah sunat, maka bangun Abdullah Ibnu Mubarak maka mencium akan kepalanya".

Berkata Muhammad Al-Babarti Al-Hanafi : "Maka adapun atas sebab kehormatan dan kemuliaan sekalipun ke atas baju dan jubahnya maka diharuskan". Dan daripada Sufyan rahimahullah "mencium tangan orang yang alim sunat dan mencium tangan orang yang selainya tidak ada kelonggaran".

Adapun Mazhab malikiyah, maka diambil daripada Imam Malik adalah bersepakat para ulama' mazhab malikiyah bersama jumhur dengan meletakan hukumnya adalah harus.

- Fatwa Fadhilatul Syeikh Dr. Ali Jum'ah
(Mufti Mesir)

- Sumber : Akhbar "liwa' Islami"
Tarikh : 30 Jamadil Akhir 1432 bersamaan 2 Jun 2011

Tambahan :

1. Muhasabah : Dalam seminggu berapa kali kita mencium tangan para ulama' moga keberkatan mereka tersalur kepada kita.

2. Muhasabah : Di mana masa yang banyak kita habiskan, adakah dengan mujalasah dengan para ulama'?

3. Ulama' ini tidak ramai jika dinisbahkan dengan manusia seluruhnya , jadi kesempatan di bumi ilmu dan ulama' ini ayuh dapatkan keilmuan dan keberkatan dari mereka.

salah silap harap diteguri

Monday, May 30, 2011

AZHARI DAN AL-QURAN





AZHARI DAN AL-QURAN

Assalamualaikum..

Sahabat dan Sahabiah sekalian,

Al-Quran merupakan masdar atau sumber pensyariatan yang utama. Beriman kepada Al-Kitab adalah sesuatu yang wajib. Jika kita beriman dengan 5 perkara sahaja tanpa kita beriman dengan Al-Quran. Maka tidak sempurna iman kita maka kita tergolong dalam golongan yang kufur. Semoga Allah jauhkan kita daripada perkara yang demikian.

Semua kita telah maklum, Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran : "Alif Lam Mim, Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa" - Al-Baqarah 1-2. Ini pegangan kita terhadap al-Quran. Setiap ayat dan kalimat yang terungkap didalam Al-Quran adalah petunjuk dan pengkisahan yang benar agar umat manusia menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah supaya tidak melencong ke jalan yang sesat.

Sahabat dan Sahabiah,
Ulama' mengarang pelbagai karangan mengenai Al-Quran. Dikaji dari sudut sainsnya, dari sudut pengkiraan masa, dari sudut ciptaan makhluk dan sebagainya. Terdapat pada ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai 1001 satu makna yang jelas dan tersembunyi. Ulama' juga banyak menafsirkan ayat-ayat Allah dengan pelbagai tafsiran yang berlandaskan ilmu agar umat manusia jelas akan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu "Alaihi Wa Alihi Wasallam melalui pengantaraan Malaikat Jibrail 'Alaihissalam.

Kefahaman tentang Al-Quran adalah sesuatu yang wajib diketahui. Jika kita melihat susunan ulama' mengenai adab tilawah Al-Quran atau adab berada di dalam majlis Al-Quran tersemat padanya ungkapan "Tadabbur" bererti menghayati isi kandungan Al-Quran.Saya menaqal sedikit dari penulisan Syeikh Muhammad Ahmad Ma'bad, Mudarris (Pengajar) Al-Quran dan Tajwid di Masjid An-Nabawi As-Syariff,Madinah Munawwarah mengenai adab tilawah. Antara yang disebutkan :

Sesungguhnya bagi pembaca Al-Quran terdapat adab-adab yang harus dilaksanakan ketika membaca Al-Quran. Dan haruslah menjaga adab-adab ini.

1. Mestilah dalam keadaan yang bersih dan berwuduk.
2. Pakaian yang bersih.
3. Berwangi-wangian.
4. Tenang dan khusyuk.
5. Menghadirkan perasaan membesarkan Allah Taala.
6. Bertadabbur dengan isi kandungannya.
7. Merasa terkesan dengan ayat-ayat dan hukum hakam yang dibacakan.
8. Ketika membaca ayat yang mengisahkan kenikmatan dan syurga serta berita gembira maka hendaklah berharap akan tergolong dalam golongan yang mendapat syurga dan darajat yang tinggi di sisi Allah Taala.
9. Ketika membaca ayat yang mengisahkan azab dan neraka maka hendaklah berharap dijauhkan dan tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat kecelakaan.
10. Membaca dengan penuh tertib dan santun.
11. Menjaga hak-hak Al-Quran dari sudut tajwidnya,harakatnya, dengungnya, makhrajnya, dan lain-lainnya.
12. Sentiasa mendambakan agar Allah menerima bacaan sekaligus tergolong dalam golongan yang mendapat rahmatNYa.

Sahabat dan sahabiah,
Azhari dan Al-Quran. Sebenarnya kalau lebih terbaik adalah semua azhari menghafal 30 juzuk Al-Quran. Saya melihat kekuatan orang arab samada Mesir atau yang lain, menjadi kelebihan kepada mereka apabila menghafal semua Al-Quran. Mereka mampu mengeluarkan dalil-dalil dalam setiap perbahasan berkaitan ilmu. Tambahan pula kelebihan yang telah dijanjikan bagi mereka yang menjaga Al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat yang paling besar. Jika ianya sentiasa ada dalam diri azhari saya yakin kegemilangan azhari yang dulu boleh dikembalikan. Azhari dengan sistem dahulu cukup-cukup memberi kesan yang mendalam. Tidak kira apa jenis bangsa semuanya wajib menghafal 30 juzuk Al-Quran.Mungkin ijtihat pengurusan Al-Azhar sekarang meletakkan muqarrar ada baiknya.

Namun saya lebih cenderung mengajak sahabat dan sahabiah azhari dan azhariah kita meletakkan qarar buat diri sendiri hafal 30 juzuk sebelum tamat pengajian di Al-Azhar ini. Saranan masyaikh kita seperti Syeikh Asyraf Hamid Al-Hasanian, Bilal di Masjid Al-Azhar dan Mudarris (Pengajar) Al-Quran dan Tajwid di Masjid Syeikh Soleh Ja'fari beliau sentiasa menyarankan agar Al-Quran ini dihafal kesemuanya.

Mungkin sahabat sahabiah nampak sukar untuk menghafal. Sebenarnya tidak mustahil untuk kita juga digelar al-Hafiz. Saya melakar dua pelan hafalan secara berperingkat. Pelan pertama "1 Tahun 2 Mingggu 4 hari" dan Pelan kedua "2 Tahun 2 Minggu 4 Hari". Kedua-dua pelan ini membawa sahabat sahabiah menghafal kesemua 30 juzuk Al-Quran.


PELAN PERTAMA (1 Tahun 2 Minggu 4 Hari)

Pelan ini boleh saya katakan program 1 tahun.

Mengikut Al-Quran Resan Uthmani, Al-Quran terdapat 604 mukasurat. Jadi penghafalan ini mengikut mukasurat.

* Seminggu 6 hari hafal dan 1 hari cuti untuk mengulang.

Sehari : 2 mukasurat.
Seminggu : 2 X 6 hari = 12 mukasurat
Sebulan : 12 X 4 minggu = 48 mukasurat
Setahun : 48 X 12 bulan = 576 mukasurat

Baki :Keseluruhan Al-Quran 604 mukasurat - 576 = 28 mukasurat.
Tambah :28 mukasurat bahagi 2 = 14 Hari + 2 Hari mengulang.

Jumlah : 1 Tahun 2 Minggu 4 Hari (Tamat hafalan 30 juzuk)


PELAN KEDUA (2 Tahun 2 Minggu 4 Hari)

Pelan ini boleh saya katakan program 2 tahun.

Mengikut Al-Quran Resan Uthmani, Al-Quran terdapat 604 mukasurat. Jadi penghafalan ini mengikut mukasurat.

* Seminggu 6 hari hafal dan 1 hari cuti untuk mengulang.

Sehari : 1 mukasurat.
Seminggu : 1 X 6 hari = 6 mukasurat
Sebulan : 6 X 4 minggu = 24 mukasurat
Setahun : 24 X 12 bulan = 288 mukasurat
2 Tahun : 288 X 2 = 576 mukasurat

Baki :Keseluruhan Al-Quran 604 mukasurat - 576 = 28 mukasurat.
Tambah :28 mukasurat bahagi 2 = 14 Hari + 4 Hari mengulang.

Jumlah : 2 Tahun 2 Minggu 4 Hari (Tamat hafalan 30 juzuk)

Sahabat sahabiah..
Melihat pelan-pelan diatas tidak dapat tidak, tidak boleh menghafal seorang diri. Sebaiknya ada musyrif dan pentasmi' agar kita istiqamah dalam hafalan dan tasmi'. Sebaiknya perbetulkan dahulu bacaan dengan masyaikh. Kemudian hafal mengikut tajwid dan sebutan yang tepat.

Semoga cadangan ini boleh sahabat dan sahabiah pertimbangkan sebelum terjun ke medan. Bila telah sampai di bumi Malaysia sebagai azhari dan azhariah dikhuatiri tidak ada masa untuk kita menghafal Al-Quran. Jadi kesempatan di bumi Mesir ini, gunakan masa kita sebaiknya. Salah silap harap diperbetulkan.