Wednesday, October 20, 2010

ARMA Yang Dipertaruhkan...



Assalamualaikum..


Sahabat sahabiah sekalian..

Sekian lama saya mendengar isu ARMA ini sejak hadir ke bumi Mesir tahun 2005 dahulu. Saya sangat mendambakan kebersamaan semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan masalah ini. Sejarah jelas membuktikan bahawa pengorbanan dan keberanian anggota PMRAM satu ketika dahulu hingga dianugerahkan tapak tanah buat anak-anak Melayu. Tiada siapa yang mampu menyatakan perkara ini tidak benar. Adapun begitu terdapat perjanjian antara PMRAM dan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan bangunan bagi kemudahan penempatan dan aktiviti ahli-ahli PMRAM dan anak-anak Malaysia. Perjanjian ini seingat dan setahu saya PMRAM hanya ingin dapatkan anjung ARMA itu untuk dijadikan pejabat pentadbiran. Ya, ketika dahulu PMRAM telah mendiaminya. Persoalannya sekarang kenapa hari ini tidak? Saya bukan pimpinan PMRAM saya tidak tahu kenapa pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah atau Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah masih tidak memberikan hak itu kepada PMRAM. Adakah PMRAM telah melanggar janji atau apa-apa yang masalah menyebabkan hukumannya tidak dapat lagi menghuni anjung ARMA itu.

Sekian lama saya memikir hal ini. Kenapa ianya tidak terungkai. Ingin diri ini melihat pendamaian antara dua kuasa besar untuk anak-anak Malaysia di bumi Mesir ini. Ayuhlah kita mencari titik kebaikan. Hilangkan sebarang persengketaan. Kedua-dua pihak perlu berbincang kebaikan dan cari jalan yang terbaik untuk selesaikan isu ARMA ini. Jangan biarkan anak-anak Malaysia yang tidak tahu menahu akan mengganggap sebelah pihak salah dan sebelah pihak benar ataupun sebaliknya. Ini fenomena yang tidak baik. Saya yakin sahabat dan sahabiah cukup masak isu ini. Tapi sampai bilakah ianya akan berterusan. Duduk berbincanglah. Keluarkan masing-masing pandangan dan pendapat seterusnya sepakatkan satu keputusan secara bersama yang mana keputusan itu menampakkan "win win situation".

Sekian lama isu ini berlegar di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Ayuh kita berganding bahu tamatkan hal ini. Mungkn boleh saya cadangkan agar isu ini tamat. 1. Anjurkan satu perbincangan antara PMRAM dan KBMK&JPMK. cari keputusan. Jika tidak berasil. 2. Anjurkan perbincangan di hadapan mahasiswa/wi dan sama-sama kita terlibat dalam perbincangan itu. Kita sama-sama lihat di mana puncanya. Apakah ianya begitu sukar untuk dirungkaikan. Janganlah masing-masing dengan pendirian masing-masing sahaja dan yang menjadi korban adalah anak-anak Malaysia yang tidak tahu menahu ini termasuk diri ini.

Sekian lama hal ini terjadi, apa yang saya lihat banyak hal-hal yang lebih utama telah terbantut. Bagaimana kita hendak menyatukan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa,keturunan dan agama sedangkan kita di sini hanya satu bangsa dan agama masih belum cukup baik dalam hal menyelesaikan masalah di kalangan kita. Isu ARMA ini harus ditamatkan segera. Berikan hak ini kepada PMRAM sesuai dengan perjanjian yang telah disepakati sejak dahulu. Pimpinan PMRAM adalah pelajar yang juga memerlukan ruang dan masa untuk menumpukan pembelajaran. Janganlah biarkan mereka terkorban kerana kesibukan hal-hal yang tak sepatutnya dipanjangkan ini. Gahnya PMRAM kerana pengorbanan pimpinannya. Saya juga sedang menanti gahnya KBMK&JPMK kerana tingginya peranannya dalam membantu persatuan dan mahasiswa.

Sekian lama saya menulis..
Harapan saya dapat saya rasakan sama juga dengan ribuan mahasiswa/wi di bumi Mesir ini. Akhirnya marilah sama-sama kita kembalikan zaman perdamaian dahulu. Lihatlah hasil orang-orang terdahulu. Azhari antara penyumbang dalam kemerdekaan dan pembagunan negara. Negara kita kian hari kian banyak gejala yang buruk berlaku. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memperelok keadaan itu? kitalah antara peribadi yang perlu memikul tanggungjawab ini. Justeru itu, ayuh kita bersama tanamkan azam tingkatkan keilmuan dan yang paling penting kesatuan.

Abu Bakar Razak
Asrama Darul Aman 2, Haiyu Asyir.
3.03 petang.
20 Oktober 2010.

No comments: