Sunday, July 12, 2009

Jangan Biarkan Mutiara Itu Terlepas


Jangan Biarkan Mutiara Itu Terlepas

Musim Panas di Mesir adalah musim percutian Universiti Al-Azhar dan Universiti-universiti selainnya. Di musim ini juga ramai mahasiswa berpeluang cuti bersama keluarga di Malaysia. Namun bagi mahasiswa yang tidak pulang ke Malaysia akan terus menghabiskan waktu cuti di bumi anbiya' ini. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan antara persatuan-persatuan mula aktif dengan menyusun dan merangka pelbagai program dan aktiviti. Pelbagai seminar dan kursus dianjurkan tidak ketinggalan juga aktiviti sukan dan permainan dijalankan. Apa yang lebih penting adalah program-program pengajian diadakan.

Satu perkembangan baru dalam kesatuan anak Kedah khususnya anak Malaysia umumnya, pihak Pejabat Rektor Universiti Al-Azhar menganjurkan Pengajian Musim Panas yang diadakan di Asrama Darul Aman 3 Hayyu Sabiek.Pihak Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir menyahut baik penganjuran ini dan pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah turut menghulurkan tangan dalam melancarkan perjalanan daurah ini. Sepanjang daurah ini ianya dipancar secara langsung melalui laman web www.almuttaqin.tv.

Tenaga pengisi bagi daurah ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar.

Berikut Jadual Pengajian :

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Jamal Farouq - Sabtu - Mantiq
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Abdul Salam Atiq - Ahad - Usul Fiqh
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Bakar 'iwad - Isnin - Qadaya Muasarah
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Musthofa Imarah - Selasa - Ulum Hadis
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Thoha Hubaish - Rabu - Aqidah

Pengajian bermula jam 6 petang sehinggalah waktu magrib.

Sekarang telah masuk minggu ketiga pengajian daurah soifiah ini. Kelihatan para masyaikh yang hadir begitu terperinci dalam membahaskan topik-topik mengikut subjek. Minggu kedua daurah ini didatangi oleh As-Syeikh Muhaddis Al-'Allamah Muhammad Ibrahim 'Abdul Ba'is Al-Kattani ini satu penghormatan yang begitu tinggi. Dan hari sabtu yang lalu pengajian ini dihadiri pula oleh As-Syeikh Al-'Allamah Dr.Usamah Al-Azhari dan memberi pengisian mengenai manhaj salafiah.

Pengisian yang begitu mendalam dalam setiap perbentangan tajuk yang dibawa oleh para masyaikh walaupun tidak menggunakan kitab. Jadi saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabiah sekalian untuk sama-sama kita merebut mutiara-mutiara ilmu yang sedang meniti dihadapan kita.Jangan biarkan mutiara itu terlepas tanpa kita mendapat apa-apa.

Marilah sama-sama kita memenuhi halaqah-halaqah ilmu. Semoga kita mendapat keberkatan daripada ulama' dan para masyaikh. Semoga usaha kecil kita ini dipandang oleh Allah dan dirahmati setiap tingkah laku kita dalam memartabatkan Ad-Dinul Haq ini.

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Jamal Farouq

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Abdul Salam Atiq

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Bakar 'iwad

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Musthofa Imarah

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Thoha Hubaish

Copy Iklan dan sebar-sebarkan

Akhukum Fil Islam
Abu Bakar Razak
Asrama Darul Aman 2 Hayyu Asyir
2.24 petang
14 Julai 2009


No comments: