Monday, June 1, 2009

Ingatan Buat Seorang Sahabat

Ingatan Buat Seorang Sahabat

Seringkali kita menyebut setiap pertemuan tentunya akan bersua dengan perpisahan. Kini ianya menjadi kenyataan. Sahabat yang kami kenal yang begitu periang, penghibur dan seorang yang mempunyai jasa yang tinggi dalam persahabatan.

Seorang yang tak pernah kami melihat mukanya masam, tak pernah kami melihat wajahnya keruh tetapi raut wajah yang sering membuatkan hati kami sejuk dan amat menggembirakan.Sunyi sehari tanpanya. Adakala hari pulang ke muhafazahnya kami di Kaherah tertunggu-tunggu akan kepulangannya. Iya, kerana bila datang pelbagai cerita yang dibawa, tak kering gusi bila mendengar tiap-tiap perkataan tuturannya.

Seorang yang rajin ,mengemas, memasak dan membantu tidak kira siapa sekalipun. Tiada kepentingan.Sifat setia kawan dan pertalian persahabatan yang amat kuat. Pastikan terasa walaupun seketika dia tiada.Meniti hari bersamanya, bersama gotong royong memasak,mengidang,membasuh periuk, mencuci lantai apabila selesai sesuatu aktiviti dan program adalah saat yang tidak akan kami lupakan.Tambahan program dan aktiviti MKKK tak pernah diabaikan.

Sesiapa yang pernah mengenalinya pasti akan terus mengingatinya. Sikapnya yang ala-ala orang tua banyak memberi nasihat, tunjuk ajar walaupun kami seusia dengannya. Seorang sahabat yang amat istimewa.Gurauan yang menghiburkan. Diari hidupnya yang tak pernah marah,tak pernah bertempit, tak pernah tinggi suara kerana marah tetapi tinggi suara kerana ketawa memang tidak terkira.

Kini, telah selamat tiba di tanahair tercinta.Kami akan sentiasa merinduimu.

Terima kasih buat Syeikh Yusoff Haji Ahmad lebih mesra dengan panggilan Abah (Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir) yang berkorban menemaninya pulang walaupun baharu sahaja tiba di Bumi Mesir bersama keluarga. Semoga Allah permudahkan urusan Abah. Terima kasih buat teman-teman yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

Buat Sahabat,
Semoga kita bertemu lagi.Kami doakan agar kepulangan ini suatu kebaikan untukmu. Semoga segalanya akan menjadi baik. InsyaAllah kami sahabatmu akan sentiasa mengingatimu.Semoga Allah memelihara kita semuanya.

Gambar-gambar kenangan :

Di hadapan Asrama Darul Aman Hayyu Asyir seteleh selesai solat hari raya aidilfitri 2008

Tempah : T-shirt Jelajah Soifiah Matruh Siwa 2007

Di Belakang Rumah Kedah Sabiek

Kenduri Walimah : Tok Cik & Kak Su

Ziarah ke Tanta
Jaulah Kaherah: Di Qal'ah Salahuddin Al-Ayubi

Memasak untuk kami ketika bertandang ke rumahnya di Tanta
(persahabatan yang akan terus diabadikan dalam ingatan)

Bersama Abah ketika di Airport Jadid
31 Mei 2009


Turut Hadir : Pengarah JPMK

Akhukum Fillah
Abu Bakar bin Razak
7.28 pagi (02/06/09)
Asrama Darul Aman Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.

3 comments:

UmmuL SyabinaR said...

mudah-mudahan ustaz jamil kembali sihat dan dapat menyambung pengajiannya disini...sedikit renungan dan ingatan..jgnlah terlalu memikirkan sesatu perkara yang melebihi akal kita..

Mohd Farahi Mohd Jamil said...

ana suka gambar 3 sebelum last... cukup penuh dgn penceritaan..

Tetamu yg hadir diikramkan.. Maaf ya Ust ana tak pandai coment yg len. Gambar bleh la komen sikit2..

Apa pun mari kita ramai2 doakan kesihatan Jamil.

Hilang permata agama bila pulang tanpa ada noktahnya. Cukup memilukan. Tanpa jamil kurang keceriaan raya nanti.

abu bakar said...

salam terima kasih sudi memberi komentar di blog ini. Kita doakan segalanya baik.