Saturday, May 23, 2009

SEPETANG DI BUMI ZAQAZIQ

SEPETANG DI BUMI ZAQAZIQ

21 Mei 2009,khamis sempat saya berjalan menggerakan tubuh yang kecil ini ke bumi yang penuh sejarah dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Imtihan saya tamat pada 19 Mei 2009 dua hari yang lalu. Namun masih terdapat sahabat-sahabat yang terus berperang di medan peperiksaan.

Tujuan ke bumi Zaqaziq ini bukanlah suatu pengembaraan tetapi hanya ingin ke sebuah kedai yang bernama OPERA yang begitu masyur di kalangan pelajar Malaysia di sini untuk membuat tempahan baju dan jubah. Di kesempatan ini juga, sempat saya ziarah ke rumah sahabat-sahabat yang belajar di zaqaziq ini. Mereka juga masih di dalam medan pertempuran mengadapi soalan-soalan yang terpapar di muka kertas soalan. Alhamdulillah dapat berborak dan bertanya khabar. Semoga semuanya tergolong dalam golongan najihin dan fa'izin.

Terima kasih buat Ustaz Fahmi Odeni yang juga wakil cawangan Zaqaziq bagi Majlis Kebajikan Keluarga Kedah(MKKK)( www.mymkkk.org ) yang menjadi jurupandu dari saya menjejak kaki hingga meninggalkan bumi Zaqaziq pada petang khamis itu. Berikut gambar-gambar semasa di Zaqaziq.

Saya di hadapan Kedai Opera

Mandub Kedah Cawangan Zaqaziq Ust Fahmi Odeni

dari kiri: syam,saya,naim dan afif semua mahasiswa perubatan kecuali saya

Pernah sampai ke Zaqaziq?

ZAQAZIQ : SUATU PENGENALAN


Tidak saya meletakkan tajuknya sejarah. Hanya mampu saya mengupas adalah pengenalan atau sejarah ringkas mengenai Bumi Zaqaziq.

Zaqaziq Ibu Negeri Sharqiah(محافظة الشرقيّة)

Negeri Syarqiah terkenal dengan kawasan delta yang subur.Keadaannya yang strategik terletak di antara dua aliran sungai Nil menjadi rahmat kepada penduduk tempatan. Ia terletak di sebelah timur Kaherah dengan jarak 65 km. Terdapat banyak kesan sejarah peninggalan generasi silam di kawasan ini. Berikut bandar-bandar yang terdapat di Negeri atau Muhafazah Sharqiah :


Diriwayatkan di Bumi Sharqiah inilah Nabi Musa dilahirkan lalu dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil untuk mengelakkan anaknya daripada dibunuh oleh Firaun dan sekutunya ketika itu. Namun perancangan Allah Taala mengatasi segalanya lalu dididik dan diasuh oleh Asiah binti Muzahim, Isteri Firaundi dalam istana Firaun. Manakala Nabi Musa disusukan oleh ibunya sendiri. Menurut catatan sejarah juga kawasan ini jugalah pintu masuk penjajah Mesir sejak zaman raja-raja Hyksos.

Disini juga bermulanya kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dengan kisah percintaan yang memberi kesan yang mendalam. Banyak kisahnya yang dinyatakan di dalam al-Quran mengenai keduanya.

"Dan perempuan(Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
[24] Surah Yusuf.


Pengenalan Zaqaziq Mengikut Sumbe
r Wikipedia

Zaqaziq ialah sebuah bandar yang terletak di Selatan Mesir, di bahagian timur delta Nil dan merupakan ibu negeri dalam pentadbiran Negeri Sharqia.

Pada tahun 1999, populasi di Zagaziq mencecah 279, 000. Ia dibina di salah satu bahagian Fresh Water atau pangairan Ismailiah dan pengairan al-Mu’izz (tinggalan laluan Tanitic di Nil), dan jaraknya 47 km dari Bandar Kaherah jika menaiki keretapi. Terletak di tengah-tengah delta Nil, Zaqaziq ialah pusat pengeluaran kapas dan perdagangan gandum di Mesir. Di sana, terdapatnya sebuah kilang kapas yg besar dan mempunyai ramai pedagang daripada Eropah.

Zaqaziq ialah tempat kelahiran Kolonel Ahmad Orabi yang telah memimpin revolusi menentang British pada 1882. Ia terletak di pengairan Muweis dan pusat perdagangan jagung dan kapas. Di sana terletak sebuah muzium yang mempamerkan banyak barang-barangan arkib.

Universiti Zaqaziq, ialah salah sebuah universiti terbesar di Mesir, juga terletak di tengah-tengah bandar dan menyediakan pelbagai bidang sains dan kesenian. Terdapat juga sebuah cawangan Universiti al-Azhar, di mana Al-Azhar ialah universiti terbesar di dunia.

Zaqaziq ialah tempat kelahiran penulis bahasa copts (bahasa dalam gereja Coptic), ahli falsafah dan pengkritik sosial yang terkenal, iaitu Salama Moussa.

Terjemahan by : Student Bachelor of Nursing(hons),Kuliyyah of Nursing IIUM.

Tambahan Mengenai Zaqaziq

Kolonel Ahmad Arobi Kelahiran Bumi Zaqaziq

Kolonel Ahmad Urabi (1 April 184121 September 1911), (Arab: أحمد عرابي) juga dikenal sebagai Urabi Pasha atau Arabi Pasha, ialah seorang tokoh nasionalis pertama yang dikenal dalam sejarah modern dunia Islam. Dikeluarkan dari ketentaraan beberapa kali sampai kedatangan Khudaiwi (gubernur Mesir) Taufik yang mengembalikannya ke militer, namun ia melakukan pemberontakan militer melawan Khedive Taufik pada 1882. Ia memimpin tentara Mesir melawan Inggeris ketika menginvasi Mesir, namun kalah. Ia diadili dan divonis mati, lalu diganti dengan hukuman buang ke Ceylon. Setelah menghabiskan 19 tahun di pembuangan, ia kembali ke Mesir dan meninggal di Kaherah. Ia menulis buku berjudul Kasyfu as-Sitar 'an Sirri al-Asrar.



Universiti Zaqaziq (جامعة الزقازيق)Antara Universiti Terbesar di
Mesir
Universiti mula beroperasi semenjak tahun 1974. Terdapat pelbagai fakulti yang ditawarkan di Universiti ini antaranya :
  • Faculty of Pharmacy- كلية الصيدلة
  • Faculty of Medicine- كلية الطب
  • Faculty of Commerce- كلية التجارة
  • Faculty of Arts- كلية الآداب
  • Faculty of Education- كلية التربية
  • Faculty of Law- كلية الحقوق
  • Faculty of Engineering- كلية الهندسة
  • Faculty of Veterinary Medicine- كلية الطب البيطري
  • Faculty of Nursing-كلية النمريض’’’
  • Faculty of Agriculture- كلية الزراعة
  • Faculty of Science- كلية العلوم
  • Faculty of Specific Education- كلية التربية النوعية
  • Faculty of Physical Education Males- كلية التربية الرياضية بنين
  • Faculty of Physical Education Females-كلية التربية الرياضية’’بنات
Dengan Fakulti-fakulti yang ditawarkan ini Universiti Zaqaziq kini mempunyai hampir 180,000 orang pelajar dari pelbagai negara.Kini terdapat juga pelajar dari Malaysia yang mengambil jurusan kedoktoran di Universiti ini.


Universiti Al-Azhar Cawangan Zaqaziq
Al-Azhar As-Syarif juga terdapat di bandar Zaqaziq sebagai cawangannya. Manhaj dan pembawakan serta sistem pentadbirannya juga sama seperti yang diperuntukkan oleh Al-Azhar yang berpusat di Kaherah.
Universiti Al-Azhar cawangan Zaqaziq ini hanya untuk pelajar lelaki.

Mahasiswa Malaysia juga turut dihantar ke cawangan Zaqaziq ini. Dan terdapat sebuah organisasi iaitu DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA ZAQAZIQ (DPMZ) (http://www.dpmz.blogspot.com)/sebagai sebuah badan yang mengawal selia dan menjaga hal ehwal mahasiswa Malaysia samada mahasiswa pengajian islam di Universiti Al-Azhar mahupun mahasiswa/wi di Universiti Zaqaziq. DPMZ ini bernaung dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( www.pmram.org )yang sekian lama menabur bakti buat mahasiswa/wi Malaysia di Bumi Mesir ini dari tahun penubuhannya sehingga sekarang.

Akhukum Fillah
Abu Bakar bin Razak
2.59 pagi 24/05/2009
Asrama Darul Aman Hayyu Asyir,Kaherah.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

syukran atas entri ni.ana mmg tak penah smpi zagazig.tgk mahattoh dia pun cambes jer>,>

abu bakar said...

salam kepada nurul lailati mahat tima kasih kerana sudi komen entri yang tak seberapa ni. InsyaAllah satu hari nanti sampai la ke Zaqaziq ni.

wearelearningparents said...

baru perasan rupanya ade sedikit sumbangan drp student bachelor of nursing tu..