Sunday, May 17, 2009

Takkan Kulupa Jasamu


Ustaz Ustazah Takkan Kulupa Jasamu

Ustaz Ustazah
tak kenal erti penat dan letih

tak pernah merungut
dek karenah anak muridmu ini
kau tabah
mencurah ilmu ke dadaku
membelai bagai anak kandungmu

ustaz ustazah
sepenuh masa kau melayanku
menghurai apa yang timbul dalam benakku
tidak mengira waktu
kau sungguh istimewa
memberi segala apa yang ada
demi melihat anak didikmu berjaya

ustaz ustazah
tak terbalas jasamu

tak tahu sejauhmana kudapat berbakti padamu

ku masih diperantauan

tunggu kepulanganku
akan kucium tanganmu
akan kucurahkan tenaga untuk berkhidmat padamu

ustaz ustazah
pengorbananmu tinggi
tak tergapai dalam bayanganku
ku tahu kadang-kadang kau sedih
kadang-kadang kau marah
dengan tingkah nakal anak didikmu ini

ku pohon kemaafan
namun ku tahu sedihmu,marahmu tanda sayang padaku

ustaz ustazah
ilmumu akan kumanfaati
ku guna pakai buat pedoman arus hidupku
tak kan kuhampakan harapanmu
kau sentiasa ingatkanku
jadi orang yang berguna pada agama, masyarakat,bangsa dan negara
tak kan hilang dalam ingatanku

ustaz ustazah
tak tahu bagaimana inginku ucap
terima kasihku padamu

kerana
ketinggian pengorbananmu
ketabahan naluri hatimu

kekuatan gerak dayamu
kecekalan fizikalmu
kesabaran yang terpahat padamu
kesungguhan dalam mendidikku
namun ingin kukatakan
tak kan kulupa jasamu

Akhkukum
Abu Bakar Razak.

Jam 3.26 18 Mei 2009
Asrama Darul Aman, Hayyu Asyir Kaherah.

Gambar Ustaz dan Ustazahku
ini saja yang ada dalam simpananku
masih ramai yang inginku paparkan gambar mereka
namun apakan daya
tetapi ingatan tetap dihati jua

Abu Ya Ust Hasan
Pengasas dan Mudir
Madrasah Ihsaniah Jangkang(sejak 1957 - hingga sekarang)

Wajah ustaz-ustazku

Ust Akasyah

Ust Salleh

Ustazah Aisyah

Ustazah Hasnah Ahmad

Ustazah Hasnah Mad Isa

Madrasahku

LAGU SEKOLAH MENENGAH AGAMA IHSANIAH JANGKANG (SMAIJ)

madrasah ihsaniah,madrasah
tercinta
madrasah tempat,tempatnya
sejarahku,
tempat ku diasuh dan
menerima ilmu,
tempat dimana perjuanganku
diasaskan
kini ihsaniah terkenal
namanya,
tetap dekat dihati
walaupun jauh dimata,,,
ia akan jadi gedung ilmu
ternama,ia pasti jd kerna
telah ditakdirkan

biarlah kami,berlajar
dahulu,
belayar bagai sampan
menuju cita
timba pengalaman,dengan
sebanyaknya
sampai masanya kan kami
perjuangkan,

doakan lah kami,berjaya
menuntut ilmu,
moga berjaya dunia dan
akhirat 2X

Lirik ditulis oleh;
USTAZAH AZLINA BT AZIB


DI Nyayikan oleh;
FIRDAUS AHMAD & THE GENG


Ditulis oleh:
M.ZULKIFLI BIN ZAINUDDIN
JANGKANG STDENT 2005-2010(S.T.A.M).




1 comment:

apit said...

asalamualaikom.....wah lama x nmpak sihat2 ka........