Wednesday, November 17, 2010

KORBANKAN DIRI,HARTA DAN MASA DEMI ISLAM

Assalamualaikum..
Sahabat dan Sahabiah..

Salam Aidil Adha

17 November 2010, Kampung Ulu Tawar, Karangan, Kulim - Sambuatan hari raya pada kali ini cukup berbeza bagi diri ini yang telah meninggalkan Malaysia selama 5 tahun. Namun bila dilihat dan dikaji perubahan tidaklah terlalu ketara. Hari raya korban ini cukup-cukup memberi peringatan kepada kita sebagai umat islam yang hanya sementara di alam ini. Sejarah korban yang pada mulanya disyariatkan kepada Nabi Ibrahim 'alaihi salam dan kemudian kepada kita umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam membawa pelbagai erti. Antara intipati ibadah ini adalah ketaatan dan pengorbanan terhadap perintah Allah subhanahu wa taala yang harus kita korbankan demi mentaati perintah Allah.Jika kita meneliti sejarah ini sememangnya kita meletakkan diri, harta dan masa kita demi menegakkan agama Allah dan syariat agar dijadikan panduan hidup buat umat manusia sekaliannya.

Ibadah korban adalah sunat muakkad, sunat yang dituntut agar umat islam yang berkemampuan melakukan ibadah korban. Adalah makruh kepada sesiapa yang berkemampuan sekiranya tidak melakukan ibadah yang hanya dijalankan sekali pada setiap tahun. Sejajar dengan ibadah korban turut disyariatkan ibadah haji yang menjadi kefarduan kepada semua umat islam. Ibadah yang tidak membezakan pangkat,darjat dan sebagainya menunjukkan penyerahan diri sebulatnya kepada Allah subhanahu wa taala yang maha kuasa pada setiap sesuatu.

Di Aidil Adha ini memperingati kita kembali agar kita benar-benar merasai pengorbanan para anbiya' dalam melaksanakan kewajipan menunaikan perintah Allah. Seterusnya menjadikan kita sebagai seorang yang bertanggungjawab meneruskan perjuangan para anbiya' dalam mendakwah kebenaran. Ayuh sababat dan sahabiah di mana kita berada ditahap mana kita duduki jangan kita lupakan tugas sebagai seorang muslim untuk menegakkan yang hak dan menegah yang batil. Sama-sama kita berdoa agar bersama para solihin dalam menelusuri kehidupan yang pasti hanya sementara dan akhirat jua selamanya.

Cerita bila di bumi Malaysia amatlah memberi sesuatu perbezaan kepada kita ketika di bumi Mesir. Pelbagai ujian datang dalam memastikan diri kita mampu untuk berdiri di tengah-tengah masyarakat. Satu hal yang ini saya tekankan, ilmu masyarakat adalah cukup-cukup penting bila kita berada di bumi Malaysia disamping kita kukuhkan ilmu-ilmu yang kita ceburi. Sahabat dan sahabiah jangan kita berlengah dan tekunlah belajar di sana.

Pohon doa sahabat dan sahabiah moga diri ini masih diberi peluang dan kesempatan untuk hadir semula ke bumi kinanah.

Selamat hari raya aidil adha buat sahabat dan sahabiah di bumi Mesir dan kawan-kawan yang telah berada dan terjun di bumi Malaysia. Moga kita semua diberkati dan dirahmati.

Doakan esok ijtima' ulama' dan tok guru pondok-pondok seluruh negeri Kedah di Kg Memali Baling agar berjalan dengan lancar.

Abu Bakar Razak
Seberang Perai, Pulau Pinang
18 November 2010
Jam 3.04 petang.

No comments: