Monday, November 8, 2010

15 September 2005 - 8 November 2010 di Mesir..pelbagai mutiara.

Salam..
Sahabat dan Sahabiah..
Catitan ini ditulis di Singapore Airport.

Lebih 5 tahun berada di Mesir dan kini dalam perjalanan pulang ke bumi Malaysia tercinta. Mungkin banyak perubahan. Harapnya diri ini dapat sesuaikan diri dengan keadaan malaysia, al ma'ruf la yu'raf di Mesir kita cukup berbeza. Dari pelbagai sudut, harapnya sikap yang sering diamalkan di Mesir tidak dibawa ke Malaysia.

Kenangan di Mesir cukup banyak jika ingin disisipkan satu persatu di laman siber ini. Namun perkara yang takkan dilupakan adalah keindahan dan suasana ilmu serta jilsah ma'a ulama' terutama ulama' Al-Azhar As-Syariff. Doakan daku kembali lahir ke Mesir kerana diri ini masih kerdil dalam dunia ilmuan.. Hari Sabtu 6 November 2010 sempat masuk kelas bersama Syeikh Sayyid Syaltut guruku yang banyak memberi bakti dan curahan ilmu tanpa jemu terutama dari bidag ilmu fiqh dan ilmu usul fiqh. Dalam kelas tersebut terselit nasihat yang cukup berguna, Syeikh Sayyid menghuraikan mengenai peringatan Al-Imam As-Syafie mengenai 6 perkara yang perlu ada bagi seseorang penuntut ilmu. Satu persatu diterangkan hinggalah yang terakhir..tholuzzaman.. Memang keilmuan sesuatu yang tiada penghujung. Keterangan dari Fadhilat As-Syeikh memberikan semangat yang kuat pada diri ini.

Tidak kusingkapkan nama-nama kawan-kawan yang cukup baik di dalam catitan ini, aku khuatir jika da yang tercicir dan kemungkinan akan terguris hati. Jadi secara umumnya, kawan-kawan yang kukenali adalah mereka yang banyak berbakti. Kadang berkongsi masalah suka dan duka. Semoga jasa baik kalian dibalas ganjarannya dari Allah 'Azza Wa Jalla.

Doakan diri ini, lahir semula di Mesir untuk meneruskan pencarian ilmu yang masih kurang dan sungguh cetek dalam diri ini. Sabahat Sahabiah di Mesir, Ambillah peluang dan kelapangan di Mesir untuk penatkan diri, sibukkan diri dengan mencari ilmu serta jangan tinggalkan warisan jilsah ma'a ulama yang diteladani dari Majlis nabawi dan disambung perjalanannya dalam menyampaikan dan mengambil ilmu dari para masyaikh hingga ke hari ini.

Disamping itu jangan dilupakan ilmu masyarakat yang telah diwujudkan sekian lama dan dibawa oleh persatuan-persatuan yang tertubuh di bumi Mesir. Bagi Anak-anak Kedah thabatkan diri dengan wahdah kita iaitu Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, selain itu bersama persatuan induk Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Impaknya cukup baik dalam medan belajar sebagai seorang yang bakal pulang dan memberi inzar kepada masyarakat.

Yang terakhir adalah ingatan agar memberi fokus yang terbaik buat akademik. Ini adalah dalil keilmuan secara zahir. Kuliah jangan ditinggalkan kecuali ada alasan dan sebab-sebab yang kukuh. Wajibkan diri sendiri ke kuliah. Hadir Muhadharah besama Doktor dan bertanya jika ada yang tidak difahami.

Sekali lagi buat tatapan sahabat sahabiah kita di bumi Mesir tidak dapat lari dari 3 perkara. Jika kita tinggalkan satu atau dua daripadanya nescaya perjalanan kita akan agak tempang. Ini pandangan dan pada pengamatan saya.
1. Fokus Akademik, dapatkan natijah yang terbaik dari usaha yang sehabis baik.
2. Fokus Pengajian, kemantapan ilmu dengan hadir majalis ilmu bersama ulama'.
3. Menggabungkan diri dengan persatuan, menjadikan medan belajar sebelum benar-benar pulang berbakti.

Cubalah sedaya upaya supaya kita berada di dalam ketiga-tiga situasi di atas. Semoga kehidupan dan perjalanan kita sebagai penuntut ilmu terus subur walau lama mana kita di bumi Kinanah.

Nasihat ini buat diri ini jua, salah silap harap dimaafkan.

Sebelum daku akhiri catitan ini, ingin kuulangangi harapan doa kalian agar diri ini kembali ke Mesir. Siiru 'ala barakatillah.

Sekian wassalam.

Abu Bakar Razak
10.15 pagi
Singapore Airport
9 November 2011.

1 comment:

taviedajani said...

Stainless steel T-Shirts from the manufacturer of T-Shirts
The T-Shirt is titanium build for kodi made of titanium. You titanium rod in femur complications can have camillus titanium the most 2020 ford ecosport titanium unique in design. T-Shirt: · T-Shirts from T-Shirts. · T-Shirts from titanium dab nail T-Shirts. · T-Shirts from T-Shirts.