

7 PERHENTIAN
Dalam meniti kehidupan sebagai mahasiswa Al-Azhar, aku terbayang pelbagai gambaran bagaimana masa depanku.Masa depan yang menjamin kesenangan dan kemewahan dalam setiap aspek perbicaraan. Mewah dalam ilmu pengetahuan , mewah dengan harta kesenangan, mewah dengan budaya dan budi pekerti dan yang lebih penting mewah dalam usaha keakhiratan. Kadang-kadang aku menangis keperitan merasa gundah dalam perjalanan kemahasiswaan.Tambahan bumi Mesir yang penuh dengan dugaan dan halangan.Kadang-kadang aku gembira diulik persekitaran kerohanian yang penuh biah ibadah dan bertapa ramainya alim ulama' serta ilmu keagamaan. Kadang-kadang aku sedih kepiluan tiada daya dan kekuatan dilabel dengan pelbagai tanggapan. Jiwaku kusut apabila lontaran cemuhan dan sindiran. Tapi aku mengerti itu asam garam dalam menuntut ilmu perjuangan. Mungkin semua insan bernama khadam ilmu pernah melalui tapi tidak diluahkan dan diceritakan. Diri yang lemah ini masih runsing memikirkan masa hadapan.Perasaan itu hidup dan terus terbayang dalam fikiran.
Al-Azhar satu nama yang gah di mata dunia. Gabungan ilmu turathi dan ilmu kotemporari lebih menampakkan Al-Azhar suatu universiti yang ulung lagi dipandang tinggi. Tapi aku sebagai anak didiknya mapukah aku berdiri menyatakan aku azhari?. Apa yang ada padaku ,waktuku dimana telah aku habiskan, aku sendiri keliru. Masa ibarat pedang yang mencincang tubuh manusia jika tidak memanfaatkannya. Ilmu Al-Azhar segak bergaya menjadi rujukan serata dunia. Tapi jika diajukan beberapa persoalan dan permasalahan mampukah aku sebagai azhari menjawabnya? Hari kian lama kian mendung dan akan menjadi gelap. Itulah ibarat hidupku yang kian hampir menamatkan pengajian di Al-Azhar. Meninggalkan Al-Azhar suatu kenangan yang tidak akan aku lupakan. Tetapi aku tidak mahu meninggalkan Al-Azhar dengan suasana mendung dan gelap. Aku mahu Al-Azhar terus bersinar di dalam kehidupanku. Aku akan kenantiasa merindui Al-Azhar. Aku mengetuk dahiku masa itu belum tiba. Penting pada ketika ini masih diberi kesempatan masa dan umur sebagai azhari perlu aku istimrar dan istiqamah berusaha mencari ilmu, mendalami ilmu agar mencapai matlamat yang diimpikan. Bukan hanya mimpi tetapi perlu aku realisasi.
Ilmu didada masih goyang dan tak saksama. Hadirku di pengajian talaqqi pun seperti cipsmore sekajap ada sekejap tiada. Bagaimana hendak lengkapkan ilmu asyik tertinggal pengajian sahaja.Guruku sentiasa berpesan "nak cari ilmu ni mesti berterusan" ungkapan ini kupahatkan dalam sanubariku ini. Satu lagi ucapan yang masih terngiang ditelingaku " jika ada jalan untuk mendapatkan ilmu jangan asyik mengatakan nantilah..nantilah, nescaya tidak Berjaya". Aku berfikir panjang dua kata hikmat buat diriku sebagai penuntut ilmu. Jika sekali terbayang ucapan itu, takkan terus tak berjaya? Monolog dalam diriku berbunyi. Aku
Sejarah telah membuktikan mahasiswa keluaran Al-Azhar ketika hayatnya di Mesir tidak menggunakan masa dengan pengajian, pelbagai masalah dan perkara yang tidak selayaknya kepada azhari berlaku. Kenapa? Itulah kesempatan yang amat bernilai dan berharga. Aku
Keputusan imtihan juga faktor kejayaan tapi sesetengah azhari itu tidak diendahkan, yang penting pengajian kulit hingga kulit. Aku suka mengmbil kedua-duanya dan kedua-duanya adalah penting dan ada nilainya. Merenung jauh aku apabila berada dalam situasi begini. Aku