Monday, November 12, 2007

Kelebihan Dan Kepentingan Ilmu

Ilmu merupakan satu perkara yang tidak dapat tidak mesti dititikberatkan. Sejak dari kecil kita dididik oleh ibu kemudian dihantar ke tadika selepas itu melangkah ke alam sekolah rendah setelah enam tahun meneruskan pelajaran ke sekolah menengah dan ke universiti dan menuntut ilmu secara langsung dan tak langsung ini menunjukkan bertapa pentingnya ilmu dalam kita menyelusuri kehidupan harian kita di muka bumi Allah ini.

Sabda nabi yang mafhumnya" Menuntut ilmu adalah kewajipan seluruh muslim". Dan Sabda Nabi S.A.W lagi " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Kedua-dua hadis ini menunjukkan bertapa pengtingnya ilmu dan perlu dituntuti hingga ke akhir hayat.

Cuma mengenai adab-adab menuntut ilmu dan tokoh-tokoh yang boleh kita jadikan role model dengan kehebatan mereka menguasai ilmu akan kita perbahaskan.

No comments: