Wednesday, December 31, 2008

Berdoalah Untuk Palestin


Berdoalah Untuk Palestin

Saat ini dapat kita perhatikan begitu angkuh yahudi laknatullah, begitu kejam zionis yang melancarkan serangan, begitu ganas dan tidak berperikemanusiaan israel terhadap bumi Palestin.Hingga hari ini telah banyak nyawa umat islam melayang angkara serangan dan pengeboman yang dilakukan oleh rejim zionis laknatullah ini. Hari demi hari Palestin dibanjiri darah, air mata tangisan ibu yang kehilangan anak dan tangisan anak yang kehilangan ibu bapa. Anak kecil yang belum mengenali dunia mati dengan penuh kejam dan zalim. Ibu-ibu yang sarat mengandung gugur kandungan dek bom yang berdemtum saban waktu.Bangunan Universiti, Hospital dan rumah-rumah kediaman musnah sama sekali.

Apa yang tinggal untuk Palestin?
Di mana hak kemanusiaan untuk Palestin?
Mengapakah hal ini berlaku terhadap Palestin?
Bagaimanakah untuk melenyapkan penderitaan ini dari Palestin?.
Persoalan demi persoalan dilontarkan untuk Palestin. Tetapi apakah jawapannya?

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..

Seluruh ummat islam perlu celik dan lihat apa yang berlaku pada Palestin. Kita ummat islam perlu bangun dari buaian mimpi untuk lihat apa peranan kita dan tindakan kita untuk pulihkan keadaan di bumi Palestin.Masing-masing kita berfikir, APA KITA BOLEH BUAT? Darah yang gugur di bumi Palestin adalah darah yang sama yang mengalir di tubuh badan kita atas dasar ISLAM.

Ulama' dunia mengecam perbuatan hina dari israel ini sebagai jenayah. Lazimnya setiap jenayah mesti dilakukan oleh penjenayah.Setiap penjenayah mestilah menerima hukuman atas jenayah yang dilakukannya.Dan setiap hukuman mestilah dijatuhkan oleh hakim. Persoalan, jenayah ini satu dunia telah tahu, penjenayahnya juga jelas "terang tang-tang" tetapi apakah hukuman dan siapakah hakim yang bakal menjatuhkan hukuman terhadap perjenayah ini.

Ya Allah.. Ya Alim.. Ya Hakim..

Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Ali Jum'ah mengecam keras pembantaian yang dilakukan Israel terhadap penduduk Ghazah dan menyatakannya sebagai tindakan paling biadab terhadap kemanusiaan. Dr. Ali Jum’ah meminta seluruh organisasi antarabangsa untuk lebih serius uutuk sekian kalinya, dalam menjalankan seluruh keputusannya yang melibatkan isu penjajahan Israel di tanah Palestin.

Dr Yusuf al Qaradawi, Presiden Ulama' Islam Sedunia turut mengecam jenayah Zionis dengan apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi sedunia. Demikian itu Dr. Yusuf al Qardhawi meminta agar semua masyarakat Muslim bersatu menentang kebiadaban Israel di Ghazah.

Pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khameinei dengan mengisytiharkan fatwa yang sekian banyaknya diwartakan, iaitu kewajipan membantu saudara Islam di Palestin. "Seluruh pejuang Palestin dan umat Islam dunia, bertanggungjawab mempertahankan wanita, kanak-kanak dan penduduk Ghazah dengan apa jua cara. Mereka yang terbunuh dalam melakukan pembelaan tanah air ini adalah mati syahid", katanya.

Dr. Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin pula meminta pemimpin Arab khusus di negaranya iaitu Presiden Mesir, Husni Mubarak supaya bertaubat kepada Allah. Gerakan politik Ikhwanul Muslimin mengerahkan penduduk Mesir untuk mengadakan demonstrasi agar pemimpin membuka pintu sempadan Ghazah.

Prof. Dr.Ahmad Umar Hashim menyeru umat Islam agar bersatu atas nama Islam dan aqidah serta hentikan sebarang persengketaan sesama sendiri.

Kenyataan-kenyatan ulama' diatas jelas menunjukkan umat islam perlu bangkit menjalankan kewajipan dari segi jasmani dan rohani. Umat Islam wajib bersatu dalam memerangi musuh agama Allah ini. Pimpinan-pimpinan negara Islam wajib mengatur dan mengorak langkah dalam memastikan penjenayahan ini diberhentikan.

Bagi kita yang tak mampu untuk menjadi tentera, mengangkat senjata dan memerintah agar jenayah ini diberhentikan marilah kita berdoa bermunajat kepada Allah Jalla Wa 'ala agar Allah memberi bantuan dan pertolongan serta mematahkan serangan musuh. Marilah kita bangun kuatkan hati-hati kita dan teguhkan iman kita. Moga-moga usaha, doa ,tawakkal kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar menyelamatkan kaum muslimin dan mujahidin di Palestin dan di sekelian tempat dan pada setiap masa. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: