Friday, August 8, 2008

MAHASISWA DITUNTUT MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PALESTIN


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Ana mulakan coretan kerdil ini dengan ayat basmalah agar amalan kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. "Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang" pelbagai tafsiran ulama' mengenai ayat basmalah ini.
Basmalah adalah kalamullah yang diturunkan kepada Rasulallah S.A.W yang terdapat dalam surah An-nahl. Cuma menjadi perbezaan pendapat antara mazhab adakah dikira pada awal surah fatihah ataupun tidak. Apa apa pun 'ala kulli hal basmalah merupakan ayat yang terdapat padanya banyak kelebihan.Hatta dari kecil kita diajar agar memulakan sesuatu dengan ucapan Bismillahirahmanirrahim.

Meniti kehidupan sebagai mahasiswa adalah satu tempoh yang amat berharga dan amat bernilai kepada diri,keluarga dan masyarakat. Satu lagi sudut yang perlu mahasiswa lihat walaupun masih belum di lapangan ummat, adalah membantu dan memberi sumbangan dalam apa jua jenis bantuan dan sumbangan terhadap masyarakat Palestin khususnya dan negara-negara lain amnya.
Kini mahasiswa di bumi Mesir melancarkan Projek Sumbangan Amal Palestin 2008 dibawah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Projek ini dilakukan saban tahun di Republik Arab Mesir ini. Ana melihat ini adalah usaha yang mulia dan perlu kepada mahasiswa/wi menyahut dan memberi sumbangan seadanya. Walaupun kita tidak sampai ke tahap memakai pakaian tentera dan bersenjata untuk mempertahankan Palestin namun dengan usaha memberi sumbangan pakaian,wang, barangan elektrik,makanan kering, kelengkapan rumah dan sebagainya kepada rakyat Palestin adalah antara usaha mempertahankan bumi Palestin.
Kita jelas rintihan yang dialami oleh Palestin air mata setiap masa dan waktu berlenangan dalam menempuh kehidupan yang penuh duri. Kita mahasiswa perlu merasai dan rasa terpanggil untuk membantu dan memberi sumbangan. Perlu kita sentiasa berdoa dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah S.W.T terhadap bumi yang bersejarah ini dan antara bumi kemulian islam.
Ana menyeru diri ana sendiri, sahabat dan sahabiah seperjuangan agar kita tergolong di dalam golongan insan yang membantu insan yang memerlukan. Sumbanglah sekadar mana yang kita mampu moga kita mendapat Keredhoan dari Allah 'Azza Wajalla.Amin.

No comments: