Wednesday, December 21, 2011

Solat Jenazah & Majlis Khatam Al-Quran Ke Atas As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Iffat RahimahulLah






20 Disember 2011 : Majlis Khatam Al-Quran Ke Atas As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Iffat RahimahulLah (gambar di atas)

17 Disember 2011 : Solat Jenazah As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Iffat RahimahulLah
(gambar di bawah)





Friday, December 16, 2011

KEHIBAAN MENYELEBUNGI HATI-HATI YANG PERNAH MENUNTUT DENGAN AS-SYAHID SYEIKH 'IMAD 'IFFAT

Assalamualaikum..sahabat dan sahabaiah..

Al-Fatihah Li Sayyidina Al-'Alim Al-Faqih Al-Lughawi As-Syahid As-Syeikh 'Imaduddin Ahmad 'Iffat 'Afifi Rahimahullah.

Sayyiduna Syeikh adalah seorang yang tekun dalam mendidik para pencinta ilmu di Bumi Mesir ini..

Sayyiduna Syeikh memang mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap Islam dan Negara Islam..Pernah Sayyiduna Syeikh mentawaqqufkan pengajian hanya ingin mengikuti perkembangan yang berlaku di tanah Gazzah Palestin..walaupun ketika itu ada yang bangkit menanyakan kenapa harus tangguh pengajian..dan ada juga dikalangan pelajar menyatakan israel ingin mengalih pandangan agar kita tidak menuntut ilmu..maka jawab Sayyiduna Syeikh dengan penuh tenang..sebenarnya jika kita terus menyibukkan diri untuk menuntut ilmu sehingga tidak menghiraukan apa yang berlaku kepada insan seaqidah kita, itulah harapan israel..jadi tawaqquf pengajian ini hingga tamat dan reda apa yang berlaku di Palestin.




Sesungguhnya sahabat-sahabiah semangat juang dalam diri Sayyiduna Syeikh sangat-sangat tinggi..

Sehingga hari ini..di hari jumaat yang cukup berkat ini..Sayyiduna Syeikh digelar As-Syahid.. Syahid di jalan Allah..

Bersama kita doakan semoga Sayyiduna Syeikh ditempatkan dikalangan para anbiya' dan solihin..

Saya mengajak diri saya, sahabat dan sahabiah sentiasa mengingati ini adalah petanda kita sekarang berada di akhir zaman..

Hadis yang cukup masyhur, yang diriwayat oleh Muslim..
"Daripada Abdullah bin Amr bin 'Asr berkata : Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam bersabda : " Bahawasanya Allah subhanahu wa ta'ala tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allahu subhanahu wa ta'ala menghilangkan ilmu itu dengan mengambil(mematikan) alim-ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain".

Keterangan Hadis..
sekarang alim ulama kian berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Para ulama ini bila patah sukar untuk tumbuh dan bila hilang payah untuk berganti. Akan sampai satu saat permukaan bumi akan kosong dari ulama. Alam ini pada ketika itu penuh dengan kesesatan. Dan apa yang dinyakan oleh baginda adalah sesuatu kepastian. Ingatlah, berusahalah kita menuntut ilmu, sebagai pemandu kepada masyarakat dan ummah dengan panduan para alim ulama.

Tambahan
Ayuh kita chek tentang keberhasilan dari kita menuntut ilmu. 7 keberhasilan akan terpancar dari ilmu yang bermanfaat :
1. Bertambah takut kepada Allah subhanahu wa ta'ala
2. Nampak keburukan yang ada pada diri
3. Mengetahui cara sebenar beribadat kepada Allah subhanahu wa ta'ala
4. Kurang kehendak kepada perkara duniawi
5. Lebih berkehendak kepada urusan ukhrawi
6. Nampak dugaan-dugaaan nafsu dan sentiasa menjauhinya
7. Keluar dari telunjuk syaitan dan mengetahui selok belok jalannya