Tuesday, July 28, 2009

Majlis Memperingati Peristiwa Israk Mi'raj Bersama Ulama'

Barisan Para Ulama' Yang Masyhur Di Mesir

Kesempatan di Bumi Anbiya' , Bumi yang dikatakan gedung ilmu ini perlu dimanfaat sebaik yang mungkin.Bumi yang melahirkan cendiakawan islam dan cerdik pandai dalam segenap perbahasan agama dari sekecil-kecil masalah sehingga sebesar-besar masalah serta dari pelbagai aspek keilmuan. Tidak dinafikan bahawa ulama' Al-Azhar dan Mesir adalah antara intelek islam yang menjadi sumber rujukan dunia.

Sempena bulan rejab yang mulia yang mana terdapat padanya satu peristiwa agung ketika mana Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Allah Jalla Wa'ala untuk pensyariatan lima waktu sembahyang. Peristiwa yang dinamakan Israk Wal Mi'raj.Peristiwa yang mempunyai pelbagai pengajaran dan iktibar serta kisah yang perlu diingati oleh ummat manusia sepanjang zaman.

Penganjuran majlis memperingati peristiwa israk mi'raj diadakan di serata tempat. Jadi dengan kesempatan di ardil kinanah bumi yang penuh dengan keberkatan para anbiya', para auliya', para syuhada' dan para ulama' ini maka dianjurkan majlis dengan menjemput para ulama' sebagai penceramah dan pengisi.Ini adalah sesuatu yang begitu manfaat bila dapat mendengar kupasan peristiwa dan pengajaran dari israk mi'raj dari mulut mereka yang begitu mendalami ilmu dari ulama' yang berbangsa arab sendiri.

Suatu kelebihan dan istifadah yang banyak dapat diambil dari penyampaian para ulama' dalam menyingkap peristiwa yang agung ini.

Ceramah Isra' Mikraj Oleh Syeikh Asyraf Hamid Hasanain (Khatib dan Imam Masjid Soleh Ja'fari)
Hari : Isnin

Tarikh : 20 Julai 2009 M bersamaan 27 Rejab 1430 H

Masa : Selepas solat Maghrib

Tempat : Dewan Tasamuh wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek. Anjuran : Badan Ilmiah dan Pengetahuan MKKK.

Syeikh Asyraf Hamid Hasanain

Saudara Bazli (UNIC) memperdengarkan ayat suci Al-Quran

Ustaz Osman mengetuai burdah


Sambutan Isra' Mikraj bersama Syeikh al-Allamah Al- Muhaddis Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith al-Kitani (Ulama' Agung Hadis)
Hari : Selasa

Tarikh : 21 Julai 2009 M bersamaan 28 Rejab 1430 H

Masa : 5.30 petang

Tempat : Dewan Tasamuh wal Ikha', Asrama Darul Aman 3, Haiyu Sabiek. Anjuran : Pejabat Rektor Al-Azhar kerjasama Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah MKKK.

Syeikh al-Allamah Al- Muhaddis Muhammad Ibrahim Abdul Ba'ith al-Kitani

Ustaz Doktor Jamal Faruq

Ustaz Doktor Mustafa Imarah

Ustaz Doktor Bakar Zaki 'Awad

Para Penuntut Ilmu bersalaman dengan Ulama'

Khidmat.. Jamuan selepas majlis

Memerhati apa yang kurang untuk Fadhilatus Syeikh


Ceramah Isra' Mikraj Oleh Syeikh al-Allamah al-Adib Dr Fathi Abdul Rahman Ahmad Hijazi( Pensyarah Kuliah Bahasa Arab Universiti Al-Azhar)
Hari : Khamis

Tarikh : 23 Julai 2009 M bersamaan 30 Rejab 1430 H
Masa : Selepas solat Maghrib

Tempat : Dataran Haiyu Ashir.

Anjuran : Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Syeikh al-Allamah al-Adib Dr Fathi Abdul Rahman Ahmad Hijazi

Makan Bersama Fadhilatus Syeikh selepas majlis

Syeikh Membacakan Doa

Presiden PMRAM menyampaikan hadiah kenang-kenangan


Akhukum Fillah
Abu Bakar Bin Razak
Asrama Darul Aman Haiyu Asyir Kaherah
29 Julai 2009
2.47 pagi

Sunday, July 19, 2009

Kawan Karibku Dah Mendirikan Rumah Tangga


Alfu Mabruk Li

Tanggal 18 Julai 2009 detik yang indah buat sahabat seperjuanganku Sazali Abd Rashid. Tarikh penamat status sebagai bujang. Kini bergelar suami dan bakal menjadi seorang ayah serta terus membina sebuah keluarga yang bahagia.

"alfu mabruk li.. ucapanku bila sah sazali sebagai seorang suami.. tau dah hang awai lagi dari aku.. " ucapan ku pada li.

Mengimbau sesuatu dari masa lampau adalah sesuatu yang membolehkan kita ketawa sendirian. Tambahan jika peristiwa itu adalah sekali dalam seumur hidup kita.Mengenang zaman sekolah menengah yang penuh dengan gelak ketawa dan tak kurang juga gurau senda dan kadang-kadang banyak gaduhnya.

Kami tinggal di asrama. Kami sama-sama masuk tingkatan 2 di Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Jangkang, Karangan Kulim. Di sinilah bermula segala-galanya sehingga sekarang. Li ketika tingkatan 5 dilantik sebagai ketua asrama manakala aku hanyalah orang bawahannya sebagai exco ibadah. Dalam kepimpinan sekolah menengah memang tak dapat lari dari hal-hal yang agak susah dibendung. Mana-mana sekolah pun sama saja. Namun Li tak sempat habiskan jawatannya sebagai ketua asrama kerana diturunkan oleh pengetua atas sebab salah guna kuasa kata pengetua. namun ini adalah takdir. Tapi kepimpinannya diingati. Makna kata ramai penghuni asrama yang tahu hakikat sebenar kes tersebut.

Bila li diturunkan maka naik seorang lagi sahabat kami yang kini tahun 2 di Ma'ahad Qiraat Shuobra Raidi. Kami ni kira tiga serangkai la.. dalam sekolah jangkang tu. tapi aku yang paling koman sikit la dari dua orang sahabatku ini. Alhamdulillah kami dipertemukan di Mesir.

Raidi lebih awal meninggalkan Jangkang ketika dapat keputusan SPM. Namun persahabatan kami berkekalan. Aku dan li berjaya menghabiskan pembelajaran di Jangkang hingga STAM. dan kami berdua adalah wakil tunggal yang datang ke Mesir pada tahun itu.

Di Mesir, mungkin pakat-pakat besar belaka dah. masing lebih sibuk dalam memperkemaskan bidang masing-masing. Namun sekali sekala bertemu, bila bersembang topik sekolah menengah memang sesuatu yang seronok bila dikenang. Kini li lebih awal dari kami berdua.. apa-apa pun aku dan Raidi dah agak dah. Li mesti lebih awal dari kami.

Harapan jua.. walaupun telah mendirikan rumahtangga.. persahabatan bukan sesuatu yang boleh dibeli. persabahatan bukanlah sesuatu yang terdapat di tepian-tepian pantai.. Semoga persahabatan ini kekal. Dan terus subur walaupun ditelan zaman.

Banyak lagi yang nak kutulis.. namun ini hanya kudrat yang ada. Li, Moga bahagia dunia akhirat. Berkekalan hingga ke anak cucu. Serta jadilah Usrah Muslimah yang mampu menjadi role model pada masyarakat.

Kenangan yang Takkan Dilupakan

Bergambar.. Sabahat-sahabat dari Kedah.

Dari Kanan Aku, Zaujah Li, Li dan Ahmad ( Sahabat Sekuliah Di Al-Azhar)

Dua Pasangan Kenduri Serentak Di Rumah Penang
Tambahan :
  • Pakat-pakat doa agar dapat membina usrah muslimah
  • Perkahwinan sesuatu yang besar dalam mengembangkan agama Allah

BERSAMA SKUAD KENARI DI HARI KELUARGA PERAK

18 Julai, Sabtu - Saya turun bersama skuad kenari MKKK untuk menyertai Hari Keluarga Perak bila dijemput sebagai pasukan taakhi kepada Perak. Pagi-pagi lagi skuad kenari dah bersiap sedia di dataran Haiyu Asyir untuk bertolak ke Nadi Shabab Musallas. Bila saya turun maka kami mula bertolak.

Saya turut menjadi pemain. Terdapat beberapa team bola antaranya Pasukan Panglima Hitam, Megat Tarawih, Bukit Gantang , Datuk Maharaja Lela dan Kedah. Kami sempat bertemu semua pasukan. Berikut Keputusan Perlawanan :

Kedah vs Datuk Maharaja Lela : 1-0 Menang
Kedah vs Bukit Gantang : 0-0 Seri

Kedah vs Megat Tarawih : 2-0 Menang

Kedah vs Panglima Hitam :0-1 Kalah

Merujuk kepada keputusan diatas, saya menjangkakan skuad kenari perlu lebih tekun terhadap latihan untuk meraih gelaran juara pada perebutan piala malaysia yang akan bermula pada minggu hadapan di Zaqaziq.

Pemain-pemain skuad kenari tak hadir kesemuanya kerana permainan hanya 7 sebelah. Meraka yang hadir adalah:

Ismail Naim (Kapten)
Mat
Cot
Hadi
Anuar
Fakhrul
Radi
Turut hadir : Shahid (Exco Ekonomi MKKK)
Saya (YDP MKKK)

Sebahagian Skuad Kenari MKKK

Suasana Permainan di Nadi Shabab Musallas

First Game

Saya Sebagai Pertahanan

Kelihatan Kanak-kanak Arab sedang berlatih sebelum kami tawan padang

Berbincang.. bila kami boleh main ni..

Tambahan :
  • Lenguh habih badan sebab lama dah tak main bola
  • Sukan penting dalam mengeratkan ukhuwwah dan kesatuan
  • Banyak faedah bila sukan seumpama ini dianjurkan

Sunday, July 12, 2009

Jangan Biarkan Mutiara Itu Terlepas


Jangan Biarkan Mutiara Itu Terlepas

Musim Panas di Mesir adalah musim percutian Universiti Al-Azhar dan Universiti-universiti selainnya. Di musim ini juga ramai mahasiswa berpeluang cuti bersama keluarga di Malaysia. Namun bagi mahasiswa yang tidak pulang ke Malaysia akan terus menghabiskan waktu cuti di bumi anbiya' ini. Pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan antara persatuan-persatuan mula aktif dengan menyusun dan merangka pelbagai program dan aktiviti. Pelbagai seminar dan kursus dianjurkan tidak ketinggalan juga aktiviti sukan dan permainan dijalankan. Apa yang lebih penting adalah program-program pengajian diadakan.

Satu perkembangan baru dalam kesatuan anak Kedah khususnya anak Malaysia umumnya, pihak Pejabat Rektor Universiti Al-Azhar menganjurkan Pengajian Musim Panas yang diadakan di Asrama Darul Aman 3 Hayyu Sabiek.Pihak Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir menyahut baik penganjuran ini dan pihak Majlis Kebajikan Keluarga Kedah turut menghulurkan tangan dalam melancarkan perjalanan daurah ini. Sepanjang daurah ini ianya dipancar secara langsung melalui laman web www.almuttaqin.tv.

Tenaga pengisi bagi daurah ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar.

Berikut Jadual Pengajian :

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Jamal Farouq - Sabtu - Mantiq
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Abdul Salam Atiq - Ahad - Usul Fiqh
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Bakar 'iwad - Isnin - Qadaya Muasarah
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Musthofa Imarah - Selasa - Ulum Hadis
Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Thoha Hubaish - Rabu - Aqidah

Pengajian bermula jam 6 petang sehinggalah waktu magrib.

Sekarang telah masuk minggu ketiga pengajian daurah soifiah ini. Kelihatan para masyaikh yang hadir begitu terperinci dalam membahaskan topik-topik mengikut subjek. Minggu kedua daurah ini didatangi oleh As-Syeikh Muhaddis Al-'Allamah Muhammad Ibrahim 'Abdul Ba'is Al-Kattani ini satu penghormatan yang begitu tinggi. Dan hari sabtu yang lalu pengajian ini dihadiri pula oleh As-Syeikh Al-'Allamah Dr.Usamah Al-Azhari dan memberi pengisian mengenai manhaj salafiah.

Pengisian yang begitu mendalam dalam setiap perbentangan tajuk yang dibawa oleh para masyaikh walaupun tidak menggunakan kitab. Jadi saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabiah sekalian untuk sama-sama kita merebut mutiara-mutiara ilmu yang sedang meniti dihadapan kita.Jangan biarkan mutiara itu terlepas tanpa kita mendapat apa-apa.

Marilah sama-sama kita memenuhi halaqah-halaqah ilmu. Semoga kita mendapat keberkatan daripada ulama' dan para masyaikh. Semoga usaha kecil kita ini dipandang oleh Allah dan dirahmati setiap tingkah laku kita dalam memartabatkan Ad-Dinul Haq ini.

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Jamal Farouq

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Abdul Salam Atiq

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Bakar 'iwad

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Musthofa Imarah

Al-Ustaz Dr. As-Syeikh Thoha Hubaish

Copy Iklan dan sebar-sebarkan

Akhukum Fil Islam
Abu Bakar Razak
Asrama Darul Aman 2 Hayyu Asyir
2.24 petang
14 Julai 2009