Saturday, May 30, 2009

3 Hari Bersama Jemaah Umrah Satu Pengalaman

3 Hari Bersama Jemaah Umrah Satu Pengalaman

27 hingga 29 Mei 2009 tak sangka boleh terlibat sebagai pemandu pelancong atau lebih masyhur dengan perkataan tourist guide.Saya tidak mahu menghampakan harapan Ustaz Fikri Ishak yang melamar saya agar
membantunya untuk menjadi pemandu pelancong kerana kawan-kawan yang memang cekap dalam bidang ini masih ramai yang menghadapi peperiksaan.

Jesteru saya cuba walaupun saya tahu ilmu sebagai seorang pemandu pelancong ini hanya seciput cuma. Rombongan yang datang ini adalah satu rombongan yang bakal mengerjakan umrah di saudi arabiah. Mungkin pakej dari syarikat travel menyebabkan mereka singgah selama tiga hari di Ardhul Kinanah ini untuk melihat sejarah,tinggalan dan kesan yang terdapat di Bumi Mesir ini sejak zaman berzaman.


Pelbagai sejarah yang agung dan menarik yang terdapat di Perlembahan Nil ini seperti sejarah Kenabian dan ahlul bait, sejarah Firaun, Sejarah para auliya' sejarah ketamadunan Mesir sejarah pemerintahan mesir mengikut dinasti hingga kini dan keistimewaan masyarakat arab mesir yang menarik perhatian pelancong datang ke negaranya.

Setelah 3 hari ini terlibat secara langsung terdapat pengalaman dan kebaikan dari kerja "bawa orang" ini yang boleh saya kongsikan bersama para pembaca sekalian antaranya:

1. Dapat melancong secara percuma. Kiranya saya tidak perlu keluarkan duit poket untuk sepanjang perjalanan.(Tambahan pula selepas imtihan)

2. Menambah ilmu pengetahuan mengenai sejarah dan perkembangan mesir serta peradabannya.

3. Bertemu dengan ahli rombongan rata-ratanya seusia ibu dan ayah(jadi telepas sedikit kerinduan dah 4 tahun di perantauan)

4. Mengisi masa dengan melakukan aktiviti yang menambah knowledge serta menimba pegalaman dalam bidang perlancongan.

5. Kalau ingin mencari kemasukan kewangan secara sambilan, ini juga antara sumbernya.

6. Pengalaman dalam meng"handle" perjalanan bersama driver arab dan karenah polis arab pada setiap kali hendak memasuki sesuatu kawasan.

7. Belajar bagaimana ingin bersyarah mengenai sejarah kepada pelancong.

8. Melatih daya ingatan kerana pelancong akan banyak menyoal mengenai apa yang mereka hendak tahu tentang sesuatu(memang kena prepair betul)

Banyak lagi pengalaman dan kelebihan yang diperolehi sehingga tidak terungkap dek kata-kata dan tulisan.

Tentatif perjalanan selama tiga:

Hari Pertama (27 Mei 2009)
  • Fayyoum
  • Tasik Qarun
  • Kincir Nabi Yusuf
  • Khan Khalili
  • Masjid Husain
  • Azhar
Hari Kedua (28 Mei 2009)
  • Masjid Imam Syafie
  • Masjid Amru bin Al-Asr
  • Masjid Sultan Hasan
  • Piramid
  • Ni
Hari Ketiga (29 Mei 2009)
  • Sayyidah Nafisah
  • Anuar Sadat
  • Azhar Sadis
Inilah tempat-tempat yang sempat ahli rombongan lawati namun masih banyak tempat yang belum dilawati di sekitar Bumi Mesir ini.

Sebenarnya dalam memandu pelancong ini ada suka dan dukanya. Tetapi sebagai seorang yang bekerja ianya dianggap asam garam dalam pekerjaan.

Semoga aktiviti dan pengalaman ini dapat ditambahnilai dari masa ke semasa.Dan bagi sahabat yang belum ada pengalaman
ini boleh mencuba kerana ianya amat bermanfaat.

Gambar-gambar kenangan:

Kanan Sekali Ust Zukri Ketua Rombongan

Peta Muhafazah Al-Fayyuom

Bergambar Di Hadapan Pusara Anuar Sadat

Menziarahi Masjid Al-Azhar

Jemaah Makan Tengahari Di Sebuah Restoran Di Giza

Kincir Nabi Yusuf (sawaqi)

Tasik Qarun(Buhairah Qarun)

Bas Pelancongan


Akhukum Fillah

Abu Bakar bin Razak
7.14 pagi (ahad)
31 Mei 2009
Asrama Darul Aman, Kaherah, Mesir.


Friday, May 29, 2009

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Oleh : Husam Musa

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat

d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih. - mr_

Sumber : www.harakahdaily.net





Saturday, May 23, 2009

SEPETANG DI BUMI ZAQAZIQ

SEPETANG DI BUMI ZAQAZIQ

21 Mei 2009,khamis sempat saya berjalan menggerakan tubuh yang kecil ini ke bumi yang penuh sejarah dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Imtihan saya tamat pada 19 Mei 2009 dua hari yang lalu. Namun masih terdapat sahabat-sahabat yang terus berperang di medan peperiksaan.

Tujuan ke bumi Zaqaziq ini bukanlah suatu pengembaraan tetapi hanya ingin ke sebuah kedai yang bernama OPERA yang begitu masyur di kalangan pelajar Malaysia di sini untuk membuat tempahan baju dan jubah. Di kesempatan ini juga, sempat saya ziarah ke rumah sahabat-sahabat yang belajar di zaqaziq ini. Mereka juga masih di dalam medan pertempuran mengadapi soalan-soalan yang terpapar di muka kertas soalan. Alhamdulillah dapat berborak dan bertanya khabar. Semoga semuanya tergolong dalam golongan najihin dan fa'izin.

Terima kasih buat Ustaz Fahmi Odeni yang juga wakil cawangan Zaqaziq bagi Majlis Kebajikan Keluarga Kedah(MKKK)( www.mymkkk.org ) yang menjadi jurupandu dari saya menjejak kaki hingga meninggalkan bumi Zaqaziq pada petang khamis itu. Berikut gambar-gambar semasa di Zaqaziq.

Saya di hadapan Kedai Opera

Mandub Kedah Cawangan Zaqaziq Ust Fahmi Odeni

dari kiri: syam,saya,naim dan afif semua mahasiswa perubatan kecuali saya

Pernah sampai ke Zaqaziq?

ZAQAZIQ : SUATU PENGENALAN


Tidak saya meletakkan tajuknya sejarah. Hanya mampu saya mengupas adalah pengenalan atau sejarah ringkas mengenai Bumi Zaqaziq.

Zaqaziq Ibu Negeri Sharqiah(محافظة الشرقيّة)

Negeri Syarqiah terkenal dengan kawasan delta yang subur.Keadaannya yang strategik terletak di antara dua aliran sungai Nil menjadi rahmat kepada penduduk tempatan. Ia terletak di sebelah timur Kaherah dengan jarak 65 km. Terdapat banyak kesan sejarah peninggalan generasi silam di kawasan ini. Berikut bandar-bandar yang terdapat di Negeri atau Muhafazah Sharqiah :


Diriwayatkan di Bumi Sharqiah inilah Nabi Musa dilahirkan lalu dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil untuk mengelakkan anaknya daripada dibunuh oleh Firaun dan sekutunya ketika itu. Namun perancangan Allah Taala mengatasi segalanya lalu dididik dan diasuh oleh Asiah binti Muzahim, Isteri Firaundi dalam istana Firaun. Manakala Nabi Musa disusukan oleh ibunya sendiri. Menurut catatan sejarah juga kawasan ini jugalah pintu masuk penjajah Mesir sejak zaman raja-raja Hyksos.

Disini juga bermulanya kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha dengan kisah percintaan yang memberi kesan yang mendalam. Banyak kisahnya yang dinyatakan di dalam al-Quran mengenai keduanya.

"Dan perempuan(Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
[24] Surah Yusuf.


Pengenalan Zaqaziq Mengikut Sumbe
r Wikipedia

Zaqaziq ialah sebuah bandar yang terletak di Selatan Mesir, di bahagian timur delta Nil dan merupakan ibu negeri dalam pentadbiran Negeri Sharqia.

Pada tahun 1999, populasi di Zagaziq mencecah 279, 000. Ia dibina di salah satu bahagian Fresh Water atau pangairan Ismailiah dan pengairan al-Mu’izz (tinggalan laluan Tanitic di Nil), dan jaraknya 47 km dari Bandar Kaherah jika menaiki keretapi. Terletak di tengah-tengah delta Nil, Zaqaziq ialah pusat pengeluaran kapas dan perdagangan gandum di Mesir. Di sana, terdapatnya sebuah kilang kapas yg besar dan mempunyai ramai pedagang daripada Eropah.

Zaqaziq ialah tempat kelahiran Kolonel Ahmad Orabi yang telah memimpin revolusi menentang British pada 1882. Ia terletak di pengairan Muweis dan pusat perdagangan jagung dan kapas. Di sana terletak sebuah muzium yang mempamerkan banyak barang-barangan arkib.

Universiti Zaqaziq, ialah salah sebuah universiti terbesar di Mesir, juga terletak di tengah-tengah bandar dan menyediakan pelbagai bidang sains dan kesenian. Terdapat juga sebuah cawangan Universiti al-Azhar, di mana Al-Azhar ialah universiti terbesar di dunia.

Zaqaziq ialah tempat kelahiran penulis bahasa copts (bahasa dalam gereja Coptic), ahli falsafah dan pengkritik sosial yang terkenal, iaitu Salama Moussa.

Terjemahan by : Student Bachelor of Nursing(hons),Kuliyyah of Nursing IIUM.

Tambahan Mengenai Zaqaziq

Kolonel Ahmad Arobi Kelahiran Bumi Zaqaziq

Kolonel Ahmad Urabi (1 April 184121 September 1911), (Arab: أحمد عرابي) juga dikenal sebagai Urabi Pasha atau Arabi Pasha, ialah seorang tokoh nasionalis pertama yang dikenal dalam sejarah modern dunia Islam. Dikeluarkan dari ketentaraan beberapa kali sampai kedatangan Khudaiwi (gubernur Mesir) Taufik yang mengembalikannya ke militer, namun ia melakukan pemberontakan militer melawan Khedive Taufik pada 1882. Ia memimpin tentara Mesir melawan Inggeris ketika menginvasi Mesir, namun kalah. Ia diadili dan divonis mati, lalu diganti dengan hukuman buang ke Ceylon. Setelah menghabiskan 19 tahun di pembuangan, ia kembali ke Mesir dan meninggal di Kaherah. Ia menulis buku berjudul Kasyfu as-Sitar 'an Sirri al-Asrar.



Universiti Zaqaziq (جامعة الزقازيق)Antara Universiti Terbesar di
Mesir
Universiti mula beroperasi semenjak tahun 1974. Terdapat pelbagai fakulti yang ditawarkan di Universiti ini antaranya :
  • Faculty of Pharmacy- كلية الصيدلة
  • Faculty of Medicine- كلية الطب
  • Faculty of Commerce- كلية التجارة
  • Faculty of Arts- كلية الآداب
  • Faculty of Education- كلية التربية
  • Faculty of Law- كلية الحقوق
  • Faculty of Engineering- كلية الهندسة
  • Faculty of Veterinary Medicine- كلية الطب البيطري
  • Faculty of Nursing-كلية النمريض’’’
  • Faculty of Agriculture- كلية الزراعة
  • Faculty of Science- كلية العلوم
  • Faculty of Specific Education- كلية التربية النوعية
  • Faculty of Physical Education Males- كلية التربية الرياضية بنين
  • Faculty of Physical Education Females-كلية التربية الرياضية’’بنات
Dengan Fakulti-fakulti yang ditawarkan ini Universiti Zaqaziq kini mempunyai hampir 180,000 orang pelajar dari pelbagai negara.Kini terdapat juga pelajar dari Malaysia yang mengambil jurusan kedoktoran di Universiti ini.


Universiti Al-Azhar Cawangan Zaqaziq
Al-Azhar As-Syarif juga terdapat di bandar Zaqaziq sebagai cawangannya. Manhaj dan pembawakan serta sistem pentadbirannya juga sama seperti yang diperuntukkan oleh Al-Azhar yang berpusat di Kaherah.
Universiti Al-Azhar cawangan Zaqaziq ini hanya untuk pelajar lelaki.

Mahasiswa Malaysia juga turut dihantar ke cawangan Zaqaziq ini. Dan terdapat sebuah organisasi iaitu DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA ZAQAZIQ (DPMZ) (http://www.dpmz.blogspot.com)/sebagai sebuah badan yang mengawal selia dan menjaga hal ehwal mahasiswa Malaysia samada mahasiswa pengajian islam di Universiti Al-Azhar mahupun mahasiswa/wi di Universiti Zaqaziq. DPMZ ini bernaung dibawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( www.pmram.org )yang sekian lama menabur bakti buat mahasiswa/wi Malaysia di Bumi Mesir ini dari tahun penubuhannya sehingga sekarang.

Akhukum Fillah
Abu Bakar bin Razak
2.59 pagi 24/05/2009
Asrama Darul Aman Hayyu Asyir,Kaherah.